Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Sejak akhir-akhir ini banyak berita yang kurang menyenangkan sama ada di dada akhbar, kaca televisyen mahupun suara radio....cuma ada beberapa perkara yang membuatkan hati kecilku tersentuh...jom kita review sekejap...

  1. Masalah pelajar sosial di luar negara
  2. Isu dibangkitkan: Inilah agenda pendidikan sekular UMNO (means UMNO yg salah)Idea saya : Idea aku: Kenapa perlu ditudingkan jari kepada UMNO sahaja apabila timbul masalah gejala sosial? pada pendapat aku la kan, itu isu peribadi...lagipun berapa banyak pelajar Malaysia di luar negara yang masih teguh agamanya, kebal jati diri Islamnya..tapi ada tak orang nak highlight perkara tu?
    Kesimpulan: Manusia memang cepat benar menghukum kesalahan seseorang dengan menuding jari kepada orang lain walhal isu akhlak dan pendidikan adalah t/jawab bersama
  3. Baucer Buku RM200
  4. Isu dibangkitkan: Pelajar jual baucer di internet--->Kerajaan ajar rakyat menjadi korup
    Idea aku  : Kenapa perlu disalahkan kerajaan? niat kerajaan tu baik, nak bantu ringankan beban kewangan pelajar dan menggalakkan pelajar IPT rajin membaca. Sepatutnya pelajar disalahkan keraan menyalahgunakan baucer tersebut. aku sendiri mengakui RM200 memang tak cukup untuk beli buku2 psikologi dan kaunseling yang rata2 berharga RM70 ke atas bagi sebuah  buku.
    Kesimpulan: Kenapa perlu disalahkan pihak yang memberi sedangkan yang menerima sendiri tidak amanah? ini adalah soal tanggungjawab. let say ada orang kata menteri2 dan YB2 ramai yg korup dats why pelajar IPT jadi camtu. 1 analogi mudah yg boleh saya bagi. kalau menteri kita makan taik, takkan kita rakyat jelata ni nak ikut makan taik? sendiri punya badan, minda dan iman, sendiri pilih dan bertanggungjawab atas pilihan tersebut.
  5. Bantuan Sakit/Khairat kematian
  • Isu dibangkitkan: Si sakit (org kerajaan) dan si pelawat (YB pembangkang) adalah dari parti berlainan. Keluarga si pesakit tak puas hati dengan sumbangan drp YB yang bagi mereka tak memadai dengan kereta besar dan jawatan YB.
  • Idea aku: Melawat/Ziarah kerana sakit/kematian adalah tanggungjawab sesama Islam. Kenap perlu mempersoalkan berapa jumlah sumbangan dan berapa banyak barangan yang disumbangkan? Rasulullah sendiri mengajar umatnya agar ikhlas dalam memberi dan juga ikhlas dalam menerima. Sekecil-kecil pemberian walau sebiji kurma atau sekeping roti kosong mungkin boleh menjadi penyelamat kita dari pintu neraka.
  • Kesimpulan:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Dari Adiyie bin Hatim Radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Takutlah kamu akan api Neraka walaupun dengan separuh buah kurma".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa amalan bersedekah itu walaupun hanya sedikit dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api Neraka.
Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba' ayat 39 yang tafsirnya :
"Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".
 Firman Allah s.w.t di dalam surah al Baqarah, ayat 261 dan 262; "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkitkan pemberiannya, dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Dalam ayat ini Allah memperingatkan hambaNya akan kelebihan berbelanja pada jalan Allah
Dalam dunia akhir zaman ini, siapakah yang sebenarnya boleh menggalas harapan dan boleh dijadikan tempat untuk berpaut khususnya bagi rakyat beragama Islam? kalau kita yang beragama Islam tidak mampu mencontohi akhlak Rasulullah dalam pentadbiran dan akhlak baginda, janganlah suka menudingkan jari ke arah orang lain kerana 1 jari yang dituding, 4 jari lagi kembali pada diri kita. Suka juga saya petik kata-kata akhi Hilal Asyraf, "Kalau Solat Subuh pun belum, jangan bermimpi nak ubah negara"...Fahami betul2 kata2 H.A tersebut..sangat mendalam sebenarnya....usahlah kita menjadi golongan pengikut yang taksub tanpa ilmu...Tak kisahlah sape kita dan apa parti kita, soalan pertama yang akan ditanya dalam kubur esok2 ialah amalan solat..selepas itu baru ditanya tentang tanggungjawab, amanah dan amal kebajikan kita dan lain2...Maaflah kalau ada sesiapa yang tidak menyenangi apa yang ditulis di sini..hanya sekadar apa yang dirasai...
"Kalau Nak Menurut Biar Berakal,
Kalau Mengikut Biar Pintar"


Sunday, January 1, 2012

EPISOD BARU 2012

Alhamdulillah tirai 2011 telah berlabuh...kini langkah diorak menelusuri denai 2012....mungkin di luar sana ramai yg telah memasang azam baru...namun bagiku tiap hari juga boleh ditanam keazaman...dalam bahasa mudahnya, aku menggariskan proses transformasi diri bagi sepanjang tahun 2012...hahaha mungkin itu adalah 'niche area' secara kasarnya....akan kubina NKRA bagi setiap perkara yg ingin ditransformasikan...hehe bercakap mengalahkan Datin Seri Hajah Rose plak, NKRA bagai...hahaha...tapi sebenarnya bila bercakap tentang transformasi, ia tidaklah semudah diungkapkan....kerana tiap niat ke arah kebaikan pasti akan diuji....apabila kita berkata "aku berazam tak nak jadi panas baran" maka Allah akan datangkan pelbagai ujian yg memungkinkan kemarahan itu maujud....adakah Allah itu tidak adil? Jawapannya tidak...kerana mat salleh pun ada cakap "practice makes perfect"...maka sudah tentulah ujian demi ujian diberi sbg latih tubi ke arah perubahan yang diingini...


Allah juga ada berfirman...
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri”
(Ar-Ra’d: 11)
Adapun bagi orang-orang beriman, " (iaitu) Mereka yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik di antaranya. Merekalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan merekalah orang-orang yang berakal, ” (Azzumar: 18). .
“Allah telah menurunkan sebaik-baik kalam iaitu al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit-kulit orang-orang yang takutkan Tuhan mereka kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki,” (Azzumar: 23).
Firman Allah di atas boleh diperincikan bahawa kita memerlukan perancangan bagi melalui fasa-fasa perubahan yang diinginkan....kerana usaha mengubah nasib tidak diperincikan dengan jelas, namun akal yang jauh wawasannya boleh memperincikan bahawa untuk berjaya dalam perubahan perlu kepada perancangan dan pelan tindakan...juga perlukan kepada back up plan....semua ini boleh dikaitkan dengan usaha bersungguh-sungguh, kekuatan dan kecekalan hati, semangat yang jitu di samping doa dan juga tawakal.....laluan yang bakal kita lalui tidaklah semudah ABC tetapi seandainya hati dan akal mengatakan boleh, i/Allah semuanya akan dicernakan dalam bentuk tindakan....
Selain itu, ayat -ayat diatas jelas membuktikan bahawa apa cara sekalipun usaha perlu datang dari diri kita untuk mencintai Al quran kerana kesan Al-Quran terhadap mereka adalah kesan yang positif pada setiap masa, ia mengubah diri mereka daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain serta mendorong diri mereka untuk berhias dengan akhlak-akhlak yang mulia lagi terpuji. Memang benar semua yang ada di muka bumi ini, semuanya dalam lingkungan ilmu Allah. Amal soleh, ajal maut, rezeki dan segalanya sudah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali. Jika ia tidak berlaku maka ternafilah ilmu Allah. Namun demikian, adakah ia bermakna kita perlu meninggalkan semua asbab? Adakah kita mesti menolak semua wasilah untuk mencapai matlamat kita? Sama-sama kita fikirkan....

Adakah perlu jadi begini?


Atau begini???????

Atau mungkin beginikah???

Monday, May 24, 2010

ANTARA EGO LELAKI DAN KERENDAHAN HATI SEORANG WANITA


Ehemm..ehemm..best tak tajuk kat atas tue?? hehe..sebenarnya aku tringat 1 conversation between me n a guy, long long ago...haha..aku nak ajak korang berfikir...sebab aku pun tak pasti adakah ego lelaki tinggi sangat atau wanita yang terlalu rendah hati?? korang tertanya2?? wei, sabo aar..aku nak cite laa nie...haha..korang baca sendiri dialog nie..

aku : eh, ko tau x?? semalam aku baiki sendiri paip sinki rmh aku yg patah..siap tukar bulb agi..hehe
mr.guy : ko buat sendiri??
aku : ye laaa, sape agi. 'dia' tak tau urus sme tue..kl die ada kat umah pun, sume aku yg buat..
mr. guy : eh, tak boleh aar camtu
aku : y??
mr. guy : ko sbg pompuan, xle tunjuk ko sme boleh..
aku : even aku mmg tau buat sdri sme tue??
mr. guy : yup..
aku : nape plak?? spttnya lelaki bsykur ada pompuan yg xbergantung harap tau..
mr. guy : tu laaa silap..even ko tau baiki lampu, ko wat2 tak tau n mtak tlg 'die' yg betulkan..wlpun ko blh drive, ko cipta alasan pape pun, bia die yg anta ko..
aku : weeeiiii..xbetul tue beb!! abah aku ajar, even aku pompuan, aku kena tau sme per..sbb kl aku bergantung kt s'org, if 1 day org tue xde, aku yg mati akal..
mr.guy : tak boleh camtu..nti lelaki tu akan rs diri tak diperlukan..rasa takde peranan...
aku : ooooo..jd aku kena blakon n tipu seolah2 aku tak mampu buat laa ye..sbb nk jg ati..
mr. guy : ko mesti buat camtu..supaya 'die' rasa tiap ms kau perlukan die, rasa dihargai, rasa diperlukan...

Cuba korang hayati betul2 dialog kat atas tue..korg rasa laa kan, kl aku ikut sme saranan tue, dan all women outside do the same thing, mmg lelaki akan rs dihargai, diperlukan...tp tak ke tue menyusahkan?? bukan ke, ego namanya tue?? dan perempuan yang sanggup buat sme tue adalah wanita yang rendah hati...aku xle jd hipokrit..bkn kerana aku ego, tapi niat aku, aku xnak susahkan sape2..aku tak nak kerana sikap kebergantungan aku, lelaki yg berada di sisi aku akan susah krn sikap dependant tue...msg2 ada tanggungjawab..msg2 tau..msg2 buat..tp aku ada prinsip aku sendiri..kl benda yg memang aku tak tau, aku akan admit yg aku xtau dan aku akan belajar...

korg baca sirah nabi dan korang tengok cmane Rasulullah treat wives baginda...adakah isteri2 Rasulullah hdp bergantung?? tidakkah saidatina Khadijah menjadi pelindung Nabi, tanpa sedikit pun Nabi merasakan yang isterinya lebih dominan..hikmah perkahwinan Rasulullah dgn Saidatina Khadijah adalah untuk mendidik kematangan keperibadian Rasulullah..Nabi Muhammad tak ajar umatnya hidup berlandaskan keegoan..kl korg hidup ngan ego korg tue, leh sara hdp korg, leh bg kenyang ke?? ingat beb!! Rasulullah manusia agung..kekasih Allah...tapi baginda sendiri tidak pernah mengagung2kan status sbg lelaki...

haha..kl camni br best..

Bahkan, Rasulullah sendiri sentiasa bersama-sama dengan isteri melaksanakan aktiviti di rumah..baginda turut sama memasak, bkn tunggu dihidangkan makanan..adakalanya membantu tugasan isteri di rumah..wahai kaum Adam, takde termaktub dlm mana2 kitab, tugas isteri untuk memasak, kemas rmh dsb...tp kerana fitrah wanita itu ringan tulang dan sanggup mengabdikan jiwa raganya utk lelaki yang bergelar suami, maka wujud satu stigma dlm masyarakat lelaki bahawa tugas2 rmh sme tugas hakiki seorang isteri..walhal itu tanggungjawab bersama....bukan aku minta darjat wanita diangkat setinggi2nya...tp cuba korang renung kata-kata nie..

"Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai"


Not like this..



but..like this..love forever


Sama ada korang setuju atau tak dengan apa yg aku cakap, terpulanglah..masing2 punya hak untuk berfikir n bersuara..dan takde sesiapa berhak memaksa orang lain untuk menerima buah fikirannya...silakan beri pendapat sekiranya berminat...tapi apa yang aku luah sekadar apa yang aku rasa..apa yang telah aku lalui..sampai mati pun aku tetap akan ingat pesan abah...itulah prinsip hidup aku..kerana prinsip itu juga aku rasa aku tidak bergantung kepada sesiapa, hanya Allah tempatku mengadu dan meminta pertolongan...walahua'lam...