Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

SEJUK HATI UMMI



Semester lepas dikejutkan sikit dengan ujian kecil....akibat kemalangan kecil, kaki kiri mengalami kecederaan ringan...meskipun sedikit sahaja nikmat Allah tarik, namun aku tidak mampu bergerak seperti biasa....menurut doktor, kakiku mengalami "soft tissue injury" di kawasan sekitar pergelangan kaki hingga menyebabkan buku lali dan kawasan sekitarnya membengkak...kaki nampak sedikit sembab....sekarang ni aku dapat mc 3 hari (18-20/3) dan terpaksa menggunakan tongkat bagi mengelakkan pressure di tempat yg injured....namun semua kuharungi dengan tabah dan senang hati....tiada sikitpun buruk sangka pada Allah...kerana bagiku ujian ini hanya sepicing drp nikmat yang dianugerahkan padaku meskipun tanpa kupinta....

Namun dalam tempoh ini, hatiku banyak kali tersentuh dengan gelagat si kecil yang telah genap usianya 4 tahun pada 6/5/2012 ini....meskipun masih kecil, tapi sikap prihatin dan tanggungjawab Irfan sesekali menyentuh dasar hati seorang ibu....sejak diberitakan aku mengalami kemalangan kecil, terus airmata Irfan mengalir dan memeluk neneknya kerana berdukacita....kemudian, after berehat dan tidur, aku terjaga semasa azan maghrib...hajat hati nak ke tandas utk urus diri namun sebaik sahaja kaki kiri berpijak, aku hampir terduduk....dgn terhencot2 menahan kesakitan, akhirnya keluar dari tandas menyebabkan aku terduduk di atas katil krn kesakitan yg teramat sangat...teresak2 sendiri....akhirnya mulut memanggil Irfan...segera si anak berlari masuk bilik...sebaik sahaja melihat aku menangis teresak2 kerana sakit, Irfan terus menangis dan memanggil neneknya....mmg tidak dapat kutahan kesakitan pada waktu itu....segera aku dihantar ke klinik...Irfan juga bersusah-payah ingin menolak kerusi roda dan tolong buka-tutup pintu klinik....

Sepanjang berada di rumah, Irfan sgt sensitif dengan keperluan aku....pantang aku nak bergerak, die akan segera ambilkan aku tongkat....then sedia menunggu di pintu tandas sekiranya diminta menghantar tuala dan juga kain....dah siap mandi, Irfan juga yang menghulurkan deodorant dan baju utk aku....

Bayangkan, usianya 3 tahun 10 bulan (pada masa itu) dah pandai menguruskan umminya...juga sgt sensitif dengan keupayaan dan keperluan ummi....tido malam juga irfan tidak lagi lasak...manakala susu juga sudah pandai buat sendiri......mudah-mudahan Irfan menjadi anak soleh yang mampan tiang agamanya, luhur budi pekertinya....moga di suatu hari nanti Irfan juga sebahagian drp cendekiawan Islam yang memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara...amin

Sunday, August 14, 2011

RASA ITU....

Irfan : mi, cantiknya bulan tu...irfan nak pegi ke bulan laa..
Umi : Syg nak naik ke bulan?
Irfan : (angguk)...irfan nak..
Umi : Kalau irfan nak naik ke bulan, irfan kene blaja rajin2...kene pandai baca, pandai mengira...boleh?
Irfan : (senyum)...sambil mengangguk dengan laju...
Umi : (Senyum dan mengusap kepala si anak dengan penuh kasih sayang)

Perbualan ringkas itu berlangsung ketika dalam kereta sewaktu perjalanan pulang ke KTrg....indahnya bulan...budak kecik pun tau bulan itu cantik dipandang.....namun, hati kecilku terdetik...sesuatu...di pinggir kenangan....ada rasa yang hadir....meskipun kita jauh, namun kita tetap memandang bulan yg sama....hati kita memasang impian dan angan-angan yang sama....tapi sayangnya keindahan bulan hanya di kejauhan....hakikat sebenarnya tak cantik.....tak seindah pandangan dari jauh.....

Duhai hati, kenapa perlu ada rasa itu?? pergilah jauh-jauh kerana ia menyiksaku....Allah punya rencana yang lebih baik daripada itu....sabarlah....sesungguhnya kesabaran itu ibarat memecahkan bekuan ais dengan titis-titis air....selama mana kau mampu bersabar, pasti ada ganjaran untukmu....

Namun, hati ini membungkam...lebih tega begitu daripada terus-terusan terzahir apatah lagi terbias dek pancaran memori silam.....sulit benar bagiku....hati terus mendesah....mungkin juga ria...mungkin juga hiba......bersarang menjadi 1..sebenarnya apa bacaan hatiku? kalau manusia, ibarat yang demam tapi tidak demam...apakah kondisinya??

Di saat mentari memancarkan sinar teriknya...sang guruh berdentum di langit sudah sekian lama....tanah yang makin gersang tiada ditemani titis-titis gerimis.....hanya sinar suria di balik awan yang gemalai berarak....sentiasa terlindung....namun kini, makin hampir gerimis turun di saat sang suria mulai mengelak daripada terus ditabiri awan....bila tiba saatnya, harus bagaimana lagi hendak ku rasa? aku tidak pasti apakah rasa yang aku bakal rasai kelak....bila tiba masanya....

Lepaskanlah...bebaskanlah.....itu perlu untuk tujuan kelangsungan hidup....kerana memori itu akan terus menghambat...kayuhan tapakku bukan kerana mengejar....kerana yang berlalu tetap dah berlalu....

Monday, August 1, 2011

RASA MUSYKIL

Salam ramadhan...semoga kedatangan ramadhan kareem ini akan benar2 menyucikan diri dan jiwa kita....semoga hati kita sentiasa terpanggil untuk bermunajat kepadanya...semua syaitan dan iblis la'natullah telah diikat, dirantai...justeru itu tiada lagi halangan untuk mengerjakan amal ibadah, kan?

Hatiku merasa terpanggil...setelah menonton filem PAPADOM malam tadi...aku pun tak tahu kenapa...memang sejak dulu lagi, apa sahaja perkara yang berkait ibu bapa, mudah benar hatiku tercuit...cepat benar airmata ini mengalir...mungkin juga aku dah berpengalaman melahirkan seorang zuriat lelaki secara normal...kepayahan dari saat mengandung, melahirkan dan membesarkan sedikit-sebanyak meruntun hatiku tentang pengorbanan ibu bapaku terhadap diriku....hatiku terusik bila melihat gelagat anak-anak zaman sekarang....bukankah di dalam Al-Quran telah dinyatakan :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).



Cuba lihat senarai di bawah dan fikirkan, adakah ia membawa kpd dosa atau tidak??
  1. Tidak menjawab apabila ditanya oleh ibu/bapa
  2. Menguncikan diri di dalam bilik meskipun dipanggil berulang kali
  3. Bermuka masam/memalingkan muka (kerana amarah)
  4. Menjawab sehingga mengguris hati ibu/bapa
  5. Meninggi suara dengan ibu/bapa
  6. Mengguris hati ibu/bapa dengan perbuatan/suara

Senarai di atas di antara picisan perkara yang sering ditonton pada hari ini, dilakukan oleh golongan anak.....semoga anak-anak yang berada di luar sana, termasuk diriku, segera bertaubat dan memohon keampunan drp ibu bapa dan berjanjilah kpd diri sendiri bahawa perbuatan tersebut tidak akan diulangi lagi...masih ingatkah kalian tentang kisah seorang anak yang tekun mengerjakan solat sunat sehingga tidak menghiraukan panggilan ibunya dari luar rumah? meskipun banyak amal ibadatnya, namun sekali hati ibu terguris, maka si anak berhadapan dengan kesukaran untuk melafazkan kalimah syahadah sehinggalah ibunya mengampunkan dosa-dosanya...

Na'udzu billahimin dzaalik...semoga diriku dan anakku terpelihara drp sikap sedemikian...keutamaan ibu/bapa dapat kita lihat menerusi hadith-hadith dan juga firman Allah di dalam Al-Quran....bahkan banyak juga kisah2 teladan yg dapat kita jdkan pedoman....semoga hati kita tidak pernah lagha drp mengutamakan ibu/bapa....Allah tetap yang terutama...Nabi dan rasul juga yang teratas...namun ibu bapa merupakan kunci untuk kita ke syurga.....amal ibadat yang menggunung tinggi takkan dipandang Allah krn redha ibu bapa adalah redha Allah jua....ibu menjaga kita dlm kandungan selama 9 bulan 10 hari....ibu bapa membesarkan kita sehingga sanggup mengorbankan kehendak peribadi asalkan anaknya mbesar dengan sihat dan menjadi anak pintar cerdas...hitunglah usia kita sekarang...berapa lama kita bergantung hidup kpd ibu bapa...berpuluh2 tahun....tapi kenapa kita tak mampu bersabar dengan karenah ibu bapa yang hanya picisan drp usia kita hidup.....kita tak mampu sabar jika dimarahi walau tidak melakukan kesalahan....kerana masa lampau kita, masa kecil kita, tak pernah kita sedari...krn masa lampau itu sangat jauh...tapi kene ingat, yang dekay itu kematian....berubahlah sebelum malaikat maut datang menjemput...jangan nanti kita atau ibu atau bapa yang dipanggil pulang mengadapNya, kita masih mempunyai hutang dengan mereka....wallahua'lam...


Monday, July 4, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BUKU OLEH ISTERI MB TERENGGANU

 Di mekap sebelum majlis

Bercakap psl 2 Julai 2011, rasanya 1Malaysia tau apa event pd hari berkenaan...hurmm larian 1Murid, 1Sukan, 1Guru...huhuhu yg bestnya saya tak pegi sebab ada majlis penyerahan buku di Taska Permata Keluarga...seawal jam 7.30am saya n irfan dah berada di Taska meskipun majlis bermula jam 8.30am....sebagai seorang ibu, saya merasa teruja bila mendapat tahu anak akan membuat persembahan pembukaan...bukan setakat kamera DSLR yg saya bawa, turut bersama ialah camcorder Sony kesayangan..kononnya nak record Irfan..hahahaha...tapi 15 minit sebelum To' Puan Seri Norliza sampai, tiba2 cikgu Huda datang n bgtau...

cikgu: xpelah kak, Irfan dah takmo wat persembahan..
umi: haaa?? (tunduk n bercakap dgn irfan)...kenapa ni syg? sian cikgu...pegi laa duk dgn kawan2...
irfan: irfan nak duk ngan umi je...
(sesi konsultasi berlangsung selama beberapa minit namun menemui jalan buntu kerana Irfan tetap enggan membuat persembahan...mungkin aku sedikit hampa tetapi tidak pula memarahi si anak..biarlah..takpe...)

Bilik tayangan..

Kami para ibu bapa dipecahkan kepada bilik-bilik aktiviti bersama-sama anak masing-masing dan saya ditempatkan di bilik multimedia...hurmm To' Puan Seri akan melawat ke bilik-bilik utk menyaksikan bengkel belajar sambil bermain....



Bilik yg saya duduk tu merupakan bilik terakhir lawatan To' Puan Seri Norliza lawati...mmg sgt menarik kerana guru mengajar menggunakan skrin layar interaktif yg sangat besar...seorang demi seorang kanak-kanak diberi peluang berulang-kali utk menekan butang pada skrin...ada gambar kereta, bas, basikal, feri dan sebagainya mengikut kategori (kenderaan di darat, air, udara dan awam)...

umi: Irfan nak tekan lagi tak?
irfan: nak..(angguk kepala)
umi: kalau irfan nak tekan lagi, bgtau cikgu ye..
Irfan: cikgu..cikgu..irfan nak..
(belum ada respon drp cikgu sbb cikgu huda tgh seronok melayan bdk2 di barisan hadapan..suasana aga bingit)
irfan: cikgu..cikgu..irfan pulak..
(masih belum ada respon jugak sbb cikgu huda tak dengar suara irfan)
irfan: cikgu..cikgu..cikgu..(sambil angkat tangan)....
(cikgu huda beralih drp paparan kenderaan di air ke paparan kenderaan di darat)
irfan: (meraung-raung sambil berguling-guling dengan disaksikan oleh To' Puan Seri Norliza, JK Puteri Umno dan pegawai2 YPKT)
cikgu: ehh knp irfan?
umi: irfan pgil cgu, die nk tekan dr td lagi..
cikgu: (cpt2 hulurkan pointer..peg YPKT tlg angkat Irfan n bawa ke depan)
*Irfan menekan semua kenderaan yang dikehendakinya...manakala To' Puan Sri Norliza dan semua yg ada dlm tu melontarkan ketawa geli hati

Ketika tamat sesi lawatan di bilik tersebut, To' Puan Seri Norliza mengagihkan sampul duit utk setiap kanak-kanak...Irfan salam n cium tangan...

To' Puan Seri: Sape nama td?
umi : Irfan...(senyum)..irfan, ckp trma kasih..
irfan: terima kasih
To' Puan Seri: ooo irfan...(sambil usap pale irfan dan tersenyum...

Ketika majlis penyerahan buku, sekali lagi aku rasa tercuit...selepas namaku diumum, aku tampil ke depan bersama-sama Irfan..lagi sekali Irfan menyalami To' Puan Seri...

To' Puan Seri: ni tadi namanya Irfan kan? )senyum)
umi : ye To' Puan Seri..(senyum dan angguk)

Hurmmm dalam 30 kanak-kanak di Taska tersebut, akhirnya To' Puan hanya mengingati nama Irfan...hanya kerana 1 insiden...hahahaha..selepas tamat majlis...

cikgu huda: Irfan, kenapa Irfan nangis tadi? sian cikgu, Irfan buat camtu...(senyum)
umi: hahaha dah berulang kali Irfan pgil cikgu tapi no respon..tu yg die ngamuk..
cikgu huda: dah laa cikgu menggigil td..Irfan buat camtu..sampai hati Irfan...(senyum+ketawa)...
irfan: (muka polos)...

Irfan dan Haikal

Akhirnya kami pulang ke rumah dengan 1000 kenangan manis =)

Si Kecil Yang Petah III

Saat-saat bahagia

Dah lama tak update blog...tetiba idea mencurah2 plak...hurmm lagi2 si Irfan yg mencuit hati...meskipun jadual yang agak padat sekarang, namun itu bukanlah batasan waktu utk aku bersama Irfan..aku akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan waktu yg berkualiti utk anakanda tercinta....sekarang ni Irfan dah pandai macam2....mulut mengalahkan org dewasa...baru-baru ni aku terpinga-pinga dengan muntahan kata2 Irfan...
Irfan : umi, makan setan dengan sayur...
Umi : erkk!! jgn ckp camtu sayang...xbaek...
Irfan : (terpinga-pinga).....makan setan dengan sayur laa..cikgu kate, makan setan dengan sayur...
Umi : ok ok nti umi tanya cikgu...(mode:berfikir apa sebenarnya)
Hari berikutnya aku menghantar Irfan ke TASKA dan berpeluang bertanya cikgu Huda (guru yang uruskan group Irfan)...
Umi: Maaf cikgu, saya nak tanya ni...Irfan ada cakap "makan setan dengan sayur"...boleh saya tau apa maksud die ckp camtu? dah puas saya fikir tp xdapat jawapan..
Cikgu Huda : Ekk!! Irfan ckp camtu? jap saya fikir..(berfikir)...(tiba-tiba ketawa)...ooo baru saya teringat...aritu saya ada bgtau kat bdk2 masa tengah makan..."jangan bercakap semasa makan...sape bercakap masa makan, dia makan sama-sama setan.."
Umi: (ketawa)...ooo mcm tu ceritanya..terima kasih...(senyum)...
seperti biasa, sang anak pantas menyalami umi dan tidak lupa juga ciuman di mulut...setelah itu, aku lihat Irfan ceria bersama-sama kawan2 di depan TV...Hi 5...(berlalu sambil tersenyum)...
Paling petah di sekolah...

Wednesday, October 13, 2010

Si Kecil Yang Petah II

lagi kisah pasal irfan..entry sebelum nie kisah yg pertama..ni kisah yang ke2 plak...hehe...kisha nie berlaku sehari sebelum raye...dat tyme aku dan mak tgh sibuk lapah ayam untuk buat sate...bagi mengelakkan irfan mengganggu keje2 kami, aku letak sate ikan..korang pnh mkn makanan kering yg mcm sotong kering, ikan sira...tp yg aku beli 1 peket utk irfan nie jenis sate...aku buka dan letak dpn irfan..

umi : irfan, nie umi buka sate utk adik..kl adik nk mkn nti, amek satu2 ye...
irfan : tak moh..adik posye kan...

aku ternganga dan saling berpandangan dengan mak..akhirnya kami ketawa kelucuan...irfan plak terpinga2 bl lihat umi dan tok gelak kuat2... mak ckp, maknanya die fhm laa maksud pose..hehe..tp y plg best, xsampai 2 minit die tibai sate tue...

tok : eeee tadi kate pose..knp mkn plak??
irfan : tok nak ke??
tok : tak moh..tok pose..adik x pose..x malu...
irfan : ooo tok posye eeee...tak aluuuu...

hahahaha kami gelak lagi kuat sbb irfan ckp camtu kat mak sambil muka die malu2 alah...hahahahaha...

Irfan dan drama TV

Setiap hari sentiasa tercipta kenangan...adakalanya tak dapat nak memorize which 1 yg nak dikongsi..sebab terlalu byk sampaikan pale jd biol jap..haha...tapi 1 thing yg bagus tentang irfan, die dah pandai tengok drama..bkn apa, aku taknak die terlalu asyik dgn cite katun...di antara drama yang sering ditonton bersama irfan ialah sinetron cahaya, Ular Emas, Siti Kelembai, Chinta...hurmm selalunya irfan menempel sebelah umi laa kl menonton drama2 nie...kl sinetron Cahaya, irfan dh boleh hafal lagu sebelum cahaya, dendangan letto...tapi versi irfan laaaa...haha..kl cite Ular Emas plak, kl dgr je muzik saspen, terus die menempel dgn umi sbb takut..hihihi...lucu laaa irfan nie...lagu tema Ular Emas pn irfan tau..dgr je muzik, die dh start nyanyi...hehehe..

Si Kecil Yang Petah

Alhamdulillah baru hari ni aku ada idea nak share sumthing...sebenarnya tiap ari sentiasa ada sumthing yg interesting...tapi selalunya hati tak ingin meluah di sini...kerana tiap ari ada penghibur di sisi...hehe..siapa lagi kalau bukan putera hatiku..doktor hatiku...Muhammad Irfan Hanif...kini dah berusia 2 tahun 5 bulan...mulut yang petah..tiap dialog aku pn dah dihafal..kdg2 aku rasa die nie mcm kaunselor pn ada jugak..hahahaha...

Kisah 1 :
Aku tengah siapkan assignment di bilik adik bujang aku..sbbnya aku pinjam lappy adik utk cari bhn dan siapkan esei...seperti biasa, irfan keluar masuk bilik sbb jenguk umi wat keje..then tb2 aku dh tak dengar suara irfan...aku jenguk ke luar bilik..satu rumah aku cari tapi irfan takde...aku jenguk ke luar, nampaknya kereta abang dah takde..konpem irfan ikut pakcik die kuar round kampung..dat tyme jam dah kul 9.30pm..aku terus sambung keje..dl kul 10pm tiba2 irfan jengah ke bilik....aku n irfan berdialog...

umi : adik gi ane?? umi cari 1 rmh tp adik xde pun...
irfan : adik g alan ngan pokdi..
umi : adik ikut pokdi gi jln? adik tinggal umi eee..
irfan : sape ingga..adik kabo kan..

aku terus tersenyum dan akhirnya ketawa sambil memeluk putera kesayanganku dengan rasa kasih..sebab aku teringat dialog aku n irfan ketika aku bz attend kelas utk master..korg bandingkan dialog yang ni plak...

(irfan diletak dlm jagaan kakak ketika aku attend kelas master dan aku akan ambil irfan di rmh kakak sebaik shj tamat kelas)
irfan : mi..adik angis
umi : knp adik nangis??
irfan : mi ingga adik
umi : sape tinggal adik...umi kabo doh kang, umi gi kelas..umi tak tinggal laa syg...

hurmmm kl tgk blk dialog tue, lebey krg je...hahahahaha...copycat dialog aku..so it means, jgn laa aku ada slp ckp benda x elok dpn anak..takut nti die pn akan copycat jgk..huhu mtak jauh Ya Allah...

Wednesday, May 12, 2010

Irfan dengan wajah baru

Kali nie cerita pasal irfan..dengan imej baru..hehe...hari isnin baru nie aku potong rambut irfan..guna mesin rambut..ermmm may be korunk tertanya2 kan?? Apakah alat yang aku guna?? Siapakah yang menggondolkan kepala irfan?? Bagaimanakah reaksi irfan semasa dalam proses menggondolkan kepala?? hehehe kalo korunk nak tau, sejak irfan masih baby agi aku memang jadi tukang gunting rambut untuk irfan..hehehe..korang boleh lihat beza wajah irfan dengan imej barunya..hihihi..

Mesin untuk gondolkan kepala irfan

Nie rambut yang dikumpul selepas gondol..haha

Ni aksi di Giant Mall

Camane?? hensem tak?? hehe..yang penting bagi aku, irfan nampak kemas dan rapi...rambut irfan dah agak panjang baru nie..tu yang mata aku sakit tengok rambut die..buat masa nie, ini sahaja untuk paparan korunk...