Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Saturday, May 8, 2010
Bermusuh Dengan Sifat Malas
Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Cuba anda renungi diri sendiri, tanya diri sendiri " Aku ni okey ke?". "Aku ni okey ke pada pandangan mata aku sendiri dan pada pandangan mata orang lain?"
Mungkin pada padangan mata kita sendiri, kita adalah orang sempurna, sebab kita tahu siapa kita, kita memutuskan apakah yang hendak kita nilai pada diri kita. Namun hakikatnya, jarang sekali dalam penilaian tersebut mengambilkira tingkahlaku yang baik atau buruk serentak.
Macam mana pula pada pandangan mata orang lain terhadap kita? Cuba fikirkan... Jawapannya, sudah tentu mereka mengatakan kita okey. Lainlah kalau memang kita orang yang bermasalah. Mengapa mereka mengatakan kita okey?, sebab orang lain tidak selamanya berada bersama kita. Oleh itu, kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu. Jadi, marilah kita sama-sama tanya diri kita sendiri, ?Kita ni okey ke?', dan jawapannya mestilah dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas.
Berbalik pada persoalan asal iaitu berkaitan perkataan yang amat dimusuhi oleh perkataan motivasi. Iaitu malas.
Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).
Pelajar - pelajarannya akan merosot
Pekerja - hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.
Suri rumah - banyak tidur dan mengumpul lemak
Pemimpin - kepimpinannya hentam keromok
Cth: Sebelum pergi ke pejabat; kalau kita sudah set minda bahawa banyak benda kita nak buat dipejabat, esoknya bangun pagi sahaja kita dah katakan pada diri kita "Malasnya nak pergi ke pejabat".
Malasnya nak bangun
Malasnya nak solat subuh
Malasnya nak mandi
Malasnya nak buat sarapan
Malasnya nak pandu kereta/motor
Malasnya nak buat kerja
Saya percaya hari tersebut merupakan hari yang kurang berkualiti bagi diri kita. Semua ini sebab apa? Sebab ada perkataan malas. Hanya satu perkataan ini boleh merubah begitu sekali nilai hidup kita. Hanya kerana malas, bukan sahaja hidup tidak berkualiti malah matlamat yang menjadi target hidup pun boleh tersasar. Keseimpulannya, MALAS pembunuh motivasi diri manusia yang utama.
3 cara untuk mengelak rasa malas;
Buang perkataan malas dengan pantas - malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan
malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.
Guna otak kanan iaitu otak kreatif - selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat,
target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.
Beri stamina kepada diri sendiri - orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran,
kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.
Renungan " Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan".
Kadang-kadang
Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia
Kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita
Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama
Kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu
Kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya
Kadang-kadang kita tak sedar yang ramai orang menyayangi kita
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu yang kita lakukan
Kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita
Kadang-kadang kita tak tahu yg dia tak suka kita
Kadang-kadang kita tak tau pula yg serius itu benar2 serius
Kadang-kadang kita tak respect kawan kita yg byk membantu kita
Kadang-kadang kita hanya akan ingat seseorang bila kita memerlukan
Kadang-kadang kita akan lupa kawan bila kita sedang gembira
Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang jika ketinggalan sesuatu berita
Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang walhal kesalahan itu berpunca drp kita
Kadang-kadang kita akan utamakan yg baru drp yg lama
Kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kita
Kadang-kadang kita cakap kita takkan begitu padahal kita lakukan juga
Kadang-kadang kita cuba melakukan yang terbaik padahal kita menyusahkan orang lain
Kadang-kadang kita suka memerhati drp kita menegur
Kadang-kadang kita mengharapkan pertolongan tanpa kita meluahkannya
Kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yg tahu
Kadang-kadang kita hanya nampak kesalahan orang lain drp kesalahan diri kita
Kadang-kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja
Kadang-kadang kita selalu ingat kita saja betul
Kadang-kadang kita sukar mendengar pendapat orang lain
Kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yg serius itu sesuatu yg remeh temeh
Kadang-kadang kita terlalu berfikiran singkat tanpa memikirkan kesudahannya..

First Time..
Hai..salam perkenalan dunia blogger..hasil buah tangan yang pertama...kebetulan ada kelapangan, juz ingin mencuba...kalau jiwa rs dekat utk melakar jurnal kehidupan di sini, insyaAllah akan ada kesinambungan pada masa akan datang...dah lama tak meluah melalui blog..sebelum nie hanya aktif dlm frenster..then note facebook..kali nie ingin mencuba blogger plak...peace utk semua..salam 1Malaysia...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)