Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Monday, July 14, 2014

TENANG DAN BAHAGIA

"IF YOU DO NOT FIND PEACE IN URSELF, U'LL NEVER FIND IT ANYWHERE ELSE"

Setiap orang berhak punyai banyak sebab untuk merasai bahagia dan tenang. Namun, ketenangan yang gagal dicari dalam diri sendiri takkan kita temui di mana-mana tempat sekalipun. Seandainya ketenangan itu diperolehi kerana 'seseorang' atau 'sesuatu', maka di mana ketenangan andai 'seseorang' atau 'sesuatu' itu tiada lagi.

Bahagia...iya, kita boleh jadi punya banyak sebab untuk merasa bahagia. Bahagia punya zuriat yang cerdik soleh...bahagia punya kehidupan yang stabil..bahagia didampingi insan tersayang...bahagia tiada konflik dan pertelingkahan...bahkan 1001 kebahagiaan lagi yang boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata....

Pokok pangkalnya adalah HATI...ia merupakan ibu atau kunci kepada segala rasa....perasaan seringkali mempengaruhi apa yang kita ingin lihat dan fikirkan....kacamata apakah yang ingin kita gunakan? besar mana kaca mata itu? segalanya berkait rapat dengan apa yang kita rasai...

Amat menyedihkan bukan, bagi golongan yang hanya ingin melihat apa yang ingin dia lihat...tanpa die mengambil-kira sisi lain juga.....ia juga bergantung kepada emosi....rasa kecewa remuk-redam menghalang akal fikiran daripada melihat kenyataan sebenar...maka layar keikhlasan boleh tenggelam dek pancaran hati dan akal fikiran yang tidak sirna. 

Duhai hati..bertabahlah...redhalah...insyaAllah jernih pandangan menerusi kacamata yang besar lagi berwarna-warni....duhai hati....

"Saya memang mempunyai banyak sebab untuk merasai bahagia yang sedang saya kecapi sekarang tetapi saya cukup bersyukur kerana ANDA adalah di antara salah satu sebab itu"

"Hadirnya seseorang mungkin tidak sebagai tempat bergantung tetapi ia lebih kepada pengalaman dan sebahagian daripada warna-warni kanvas kehidupan"



Monday, April 9, 2012

SEMANGAT SENTAP

Irfan tumpang besday kawan...haha cam chinese look anak teruna aku nih ;)


Sebenarnya aku tak tau nak letak tajuk apa untuk entry kali ni....tapi sejujurnya, semangat sem 5 memang dah sentap....entah laa...tak tau di mana puncanya...tapi yang pastinya memang silap diri sendiri....mungkin bila dah makin bergelar senior semakin MALAS.....barangkali juga atas dorongan bebanan tugasan yang dirasakan tidak setimpal dengan jumlah jam kredit di samping menanggung bebanan tugas di sekolah......tambahan, tahun 2012 ibarat tahun dukacita kerana banyak sangat masyaqqah sejak awal lagi....bukan nak menyalahkan takdir....tapi mungkin kerana dah lama tak diuji dengan bebanan yang amat berat bertubi-tubi, maka ketahanan diri juga kian rapuh....semangat juga kian luntur.....syukurlah masih ada "Putera Hati" yang sentiasa di sisi.....yang setia menemani ummi menyiapkan tugasan...yang sentiasa sabar menanti ummi meluangkan masa untuknya sebaik sahaja menyudahkan tugasan....juga yang sentiasa menghulurkan 10 jari untuk memicit bahu tatkala dilihatnya ummi dah kepenatan....dan juga yang sentiasa menghulurkan senyuman dan petah ulas bicara sebagai penawar di kala hati gusar dan emosi tidak tertanggung lagi.....

Namun...yang sebenarnya berlaku ialah ----> Dia ingin agar aku sentiasa dekat denganNya...dan aku juga memohon agar diri tidak jauh daripada gapaian rahmatNya...ujian sebagai tanda Dia mengingati aku...Dia tidak lupa untuk mengujiku agar aku dekat padaNya....

Tabahlah duhai hati...dah tak lama lagi....tinggal lagi 3 hari....semua ini akan berlalu...selepas ini hanya tinggal fasa-fasa terakhir....tapi yang penting, baju Irfan untuk hari Konvokesyen Ummi dah pun siap dibeli...bertemakan merah+biru....hahaha sedikit teruja walhal konvokesyen i/Allah pada bulan September nanti...mudah2an tiada aral....


Thursday, March 8, 2012

ALLAH BAGI PINJAMAN MACAM BANK???

Cabaran itu guru terbaik sekiranya ia memberi pengalaman....itulah pembelajaran bermakna dlm hidup=)

Walau tak senang, tapi yang penting hati tenang, hepiiiiii......
Walau gundah, tapi yg penting kawalan hati itu mantap......
mungkin kerana hati merasa REDHA dan TAWAKAL setelah BERUSAHA......
siapalah kita jika nak dibandingkan dengan Agungnya Tuhan yg 1......
siapalah kita nak menentukan apa yang patut kita dapat???

Badan ni pun hanya pinjaman.....ibarat pinjaman bank, pasti ada interestnya...pinjaman ini juga menjadi pelaburan.....interest ni plak ada jenis2nya.....interest yang baik dan boleh dimanfaatkan....yg lagi satu interest hutang kalau kita gagal bayar pinjaman yang basic....apa plak pinjaman yg basic tu???? ermmm Rukun Islam dan Rukun Iman tu laaa namanya bayaran pinjaman yg basic....yang pelaburan??? agak2nya ape ek?? hurmmm yang pelaburannya tu ibadat-ibadat sunat yang lain, amal kebajikan dll laaaa....

Kalau gagal jugak bayo cmane??? hurmmm interest hutang makin tinggi laa jawabnye...pastu nak bayo cmane? kalau nak buat full settlement pun ok jugak....ermmm full settlement cmane plak???? (wondering)....
=) Taubat Nasuha------> diri manusia jadi macam baby yg baru lahir...suci....
=) Sentiasa memohon keampunan -----> sama ada setiap kali solat atau pada bila-bila masa yg kita tersedar bahawa kita telah melakukan dosa....

So??? =) saya rasa cukup bertuah kerana Allah bagi pinjaman yang sangat mudah untuk dibayar dan boleh plak dapat keuntungan berlipat-kali ganda =)......meskipun selalu je gagal bayar balik hutang tu, tapi Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani =)

Nota: Sebenarnya entry ni dah lama taip tapi lupe nak post...hahahaha....


Monday, February 6, 2012

KERANA TERLALU PERCAYA


Kata orang tua, "Kalau orang memberi kita merasa, Kalau orang berbudi kita berbahasa"....dalam kesibukan mengejar hari, menghabiskan hari demi hari dengan kerja-kerja hakiki, sesekali hati terusik...Pantai mana yang tidak dihempas ombak...lautan mana yang tidak bergelora....menguruskan kerjaya dan anak di samping terjahan onak ranjau kehidupan sesekali mencabar kekuatan emosi dan juga spiritual....

Abah selalu berpesan, "Jangan terlalu percayakan kawan"....mungkin pesanan itu kuabaikan...mendengar ibarat angin lalu, umpama curahan air ke daun keladi....mungkin juga kerana empati yg terlalu tinggi sehingga membuatkan rasa ingin menolong itu sangat tinggi...tapi benar juga kata orang, adakalanya hati yang baik ini menjadi mangsa ibarat "Melepaskan anjing tersepit".....pertolongan yang dihulur umpama susu dibalas tuba....

Maaflah,  mungkin terlalu banyak peribahasa yang diungkapkan entry kali ini....hati benar-benar ralat...benar-benar tersinggung...benar-benar tersentuh.....rasa sakit...juga gelisah....hanya kerana niat nak membantu rakan yg dalam kesusahan, akhirnya aku sendiri yang terpelecok....bukan lagi terseliuh urat, tapi sendi juga turut terkehel....hati mendesah....jiwa tidak tenteram...

Ya Allah, aku yakin dengan kuasa-Mu....aku percaya dengan segala ketentuan-Mu....aku benar-benar tau dan percaya bahawa sekecil-kecil kejadian yg Engkau takdirkan tersembunyi 1001 hikmah, pasti ada sebab-musabab....kuatkan imanku Ya Allah, cekalkan semangatku....moga aku tidak rebah dengan bisikan syaitan yg sentiasa mencuri ruang di dalam hati yg paling longgar rongga-rongganya....moga-moga bisikan di telingaku adlaah bisikan Malaikat yg sentiasa menyeru ke arah kebaikan...

Ampuni dia Ya Allah, lembutkan hatinya supaya tidak berlaku zalim terhadap orang yang berniat ikhlas untuk membantu....Pasrah bukan bermakna aku menyerah kerana aku tau Engkau tidak suka hamba-hamba-Mu yang dengan mudah menyerah tanpa usaha yang sewajarnya......

Tuesday, January 24, 2012

TARGET

Alhamdulillah hampir sebulan bernafas dalam tahun 2012...syukur masih diberi kekuatan fizikal, mental dan juga emosi.....semester 5 juga sedang rancak dengan tugasan demi tugasan....meskipun baru sebulan menjalani kehidupan sebagai guru, pelajar dan juga ibu kepada seorang cahayamata, sudah ada persoalan diajukan kepada diriku....hahaha kadangkala terasa ingin ketawa walhal memang sudah ketawa pun....mungkin aku dikenali oleh rakan2ku sebagai seorang yang langkah panjang kerana saban tahun ada saja destinasi luar Terengganu yang ku tuju sama ada secara formal atau informal....agenda lawatan bersama pelajar2 itu sememangnya menjadi agenda tahunan...sekurang2nya 2 kali setahun aku mengiringi lawatan ke sekitar lembah kelang atau Utara tanah air.....so apa agenda tahun ini?




Lihatlah simley di atas, barangkali sama lebar jugak dengan senyuman terukir di bibirku...hehehe...sebetulnya, tiada jadual khusus yg boleh ku uar2kan di sini kerana semuanya masih dalam perancangan....2 lawatan (PRS dan Pengawas) masih dalam proses penyediaan kertas kerja...manakala projek kerjaya tajaan Khazanah Nasional juga belum diketahui venue asas bagi tahun 2012 dan berapa kali pertemuan yg akan berlangsung.....ada juga rakan2 yang mengesyorkan agar aku menganjurkan kumpulan melancong berkumpulan khusus untuk rakan2 terdekat....tapi memandangkan limitasi masa yang sangat menguji ketangkasanku menyusun jadual, rasanya tidak mampu ku rancangkan satu trip percutian...sementelah aku masih perlu berjuang bagi menghabiskan saki-baki semester 5 yang dijangka berakhir pada hujung Mac 2012....manakala aku hanya punya kesempatan waktu Januari-Julai untuk menyiapkan serta memurnikan Kertas Projek bagi melengkapkan kesarjanaanku seandainya aku berhasrat untuk konvo menjelang Oktober 2012 di Kampus Induk UUM, Sintok....dan aku merasakan hasrat besar aku pada tahun ini ialah melengkapkan cabaran menamatkan Ijazah Sarjana pada tahun ini....InsyaAllah, sekiranya semua berjaya kuharungi dengan jayanya, tahun depan aku berhasrta membawa anakanda kesayangan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah & Ziarah (sekitar Mekah & Madinah)...tapi seandainya ada kekawangan kewangan, maka aku meletakkan sasaran selewat2nya 2014 untuk mengambil Pakej Umrah+Ziarah (sama ada Istanbul, Jordan atau Sepanyol).....Aku tidak meletakkan sasaran yang fix kerana memikirkan limitasi wang dan juga waktu yang kumiliki....namun kuberdoa kepada Allah s.w.t agar selalu mempermudahkan urusanku...agar Dia selalu mengurniakan rezeki yang murah agar tercapai hasrat utk menjadi 'Tetamu Allah'....
1st target
 2nd target

Seumur hidupku inilah saatnya di mana aku meletakkan sasaran yang tinggi...impian yang besar, menggunung tinggi....beserta doa dan juga harapan agar semuanya dimakbulkan Allah....wallahua'lam..

Saturday, December 31, 2011

PERCUTIAN PALING PANJANG

Alhamdulillah tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya....pelbagai kisah suka duka dialami sepanjang tahun ini....banyak juga pahit maungnya tetapi apabila sekeping hati itu redha, maka ketenangan dan rasa bahagia tetap hadir dalam diri....redha itu bukan hanya di kala suka tetapi juga di saat air mata berjuraian..itulah kekuatan....tapi bukan kisah suka duka yang ingin aku kongsikan di sini....hanya lakaran rasa sekeping hati di sepanjang percutian bersama keluarga....percutian kali ini disertai oleh mak, abah dan anak sedara selain daripada aku dan irfan....maka secara automatiknya aku menjadi ketua rombongan...mengatur jadual perjalanan dan tempat tinggal, semuanya diuruskan sendiri, dengan bantuan sepupu-sepupu yang sangat supportive dengan izin-Nya semua yang dirancang berjalan dengan baik walaupun ada sedikit masyaqqah sejak awal hingga akhir (manusia hanya mampu merancang tapi Allah yg jd penentu)....

Percutian yang paling indah seumur hidupku....perjalanan dari bumi Terengganu ke KL agak membosankan kerana terpaksa transit di Tune Hotel sementara menunggu next trip ke Miri....boarding pada jam 4.20pm dari KL akhirnya kami tiba jam 7.00pm di a/port Miri....disambut mesra oleh pasangan suami isteri sepupuku beserta anak mereka....sangat gembira kerana inilah satu-satunya negeri yg belum pernah kujejakkan kaki...alhamdulillah tercapai hajat....teruja dengan makanan NASI LALAPAN KELI yang sangat popular di sarawak...



Wow!! Credit to Saiful Azri Jamian dan Salwa Idris yang memperkenalkan menu ini kepada kami...tapi sayangnya tak sempat nak ber'photoshoot' banyak2 memandangkan dah keletihan+irfan dan anas asek bergerak je...susah nak capture bdk 2 org ni tau....2 hari di Miri, sempat jua kami dibawa melawat ke galeri Petronas...means telaga minyak pertama dan tertua di sarawak...
 Pemandangan seluruh bandar Miri

 Sepupu bersama anaknya

Bersama anak sepupu, Anas 

 MMMuahhh abg syg adik Anas
inilah peserta trip Miri-Brunei

Pengalaman paling menarik bagiku apabila terpaksa memandu sendiri ke Brunei kerana sepupu tak dapat cuti....aku cuma diberi pelan untuk ke Masjid Hassanal Bolkiah kerana Abg Hafeiz (sepupu) menanti di sana....alhamdulillah tiada halangan utk kami sampai dengan selamat....tidaklah sesat sehingga tak jumpa jalan...semuanya dipermudahkan....tinggal di Brunei selama 2 malam sangat mengujakan....biarlah aku senaraikan sahaja kelebihan warga Brunei terutamanya bagi PENJAWAT AWAM...

  1. Gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda ialah BRU2 600.00 (gaji pokok)-sektor awam
  2. Pinjaman perumahan maksimum BRU300 000.00; tanpa interest -sektor awam
  3. Setiap rakyat brunei diberi pilihan s/ada mahu sebidang tanah atau sebuah rumah yg telah siap (projek perumahan rakyat)-semua rakyat brunei layak mohon
  4. Jika seseorang memilih untuk memiliki sebidang tanah percuma, maka kerajaan Negara Brunei mensyaratkan tanah tersebut wajib dibina rumah di atasnya dalam tempoh 2 tahun. sekiranya gagal membina rumah dalam tempoh 2 tahun maka tanah tersebut wajib diserahkan kembali kepada kerajaan.
  5. Penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan tidak dikenakan sebarang bayaran sewa rumah/perabot kerajaan (tinggal percuma)
  6. Kuarters kerajaan lengkap dengan pemanas air (mcm dlm bilik hotel), mempunyai 5 buah bilik yang lengkap dengan bilik air di dlm bilik masing2, lengkap dengan penghawa dingin, peti ais dan mesin basuh, manakala sistem pembuangan sampah adalah secara terus dari dapur (disediakan lubang campak sampah terus ke bawah; lori bandaran akan datang selenggara pungutan sampah)
  7. Tiada satu bar/kelab malam/kedai arak dalam negara Brunei.
  8. Harga beras siam wangi adalah BRU10 sekampit (10 kg)
  9. Kadar bayaran letrik sangat rendah (bayangkan sebuah rumah yang punyai 5 buah penghawa dingin yang dipasang sepanjang masa, bil letrik sekitar BRU150.00 sebulan
  10. Gunalah sebanyak manapun air (hatta untuk membasuh pakaian menggunakan mesin basuh setiap hari) hanya dikenakan caj BRU4.00
  11. Harga nasi beriani (3 mangkuk kecil nasi+ayam yg dipotong 6) sekitar BRU3.50
Nah, lihatlah senarai di atas...itu baru sedikit yg aku senaraikan....ternyata kekagumanku bukan setakat itu...perbualan singkat dengan anak sepupu (ting. 1 institut tahfiz brunei)...

Aku : Eihaab pegi mengaji di istana tiap bulan ke?
Eihaab: taklah, tiap minggu...
Aku: ermmm mesti sultan bagi duit kan?
Eihaab: ha'ah, setiap minggu kami pelajar inst tahfiz dihadiahkan BRU50.00 untuk setiap orang yg mengaji di sana...

Aku terkedu....2 hari menjelajah di Brunei sudah cukup menceritakan keindahan Islam yg menjadi gaya hidup keluarga diraja Brunei dan juga rakyatnya....rumah-rumahnya besar-besar, dipenuhi dengan hiasan-hiasan yg menunjukkan ciri keislaman....jom kita lihat gambar-gambar di bawah...

 Bersama anak sepupu di Empire Hotel, Brunei (hotel 6 star)

Di sekitar Pasar Gadong 

Rumah rakyat Brunei (penjawat awam) 

Rumah penjawat awam (dalam pembinaan)

Akhirnya, jadi begini...hahaha (kepenatan)
 
 
Irfan bersama duapupu Brunei, Mehyar.. 

Murtabak Indomee kegemaran ummi =)

Kegemaran Irfan, Ais Milo tabur..
 
Maaflah kerana tidak dapat meng'upload' gambar banyak2 sebab kebetulan aku terrrrrrrlupa nak bawak Sony DSLR punye charger...so bateri kene jimat2 penggunaannya...hehehe....apa pun, ini hanyalah sekadar luahan kekaguman yg aku rasai sepanjang trip ini....aku pulang ke Miri dengan rasa kekaguman yg tak pernah padam...sempat meluah isi hati kepada sepupuku, Salwa...pulang semula ke Miri dengan perasaan berbunga-bunga....berada di Miri semula bererti percutian sudah hampir ke hujungnya....selepas satu malam di Miri, esoknya kami berangkat ke a/port Miri untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur kerana kami masih perlu transit di Shah Alam....
 
Rindukan Salwa & Anas 

Penerbangan pulang Miri-KL
 
 
Itulah coretan khusus untuk penutup tirai 2011....insyaAllah lembaran 2012 akan dipenuhi dengan warna-warni transformasi hidup....bercakap itu mudah, namun hakikat pelaksanannya memerlukan kecekalan hati dan kekuatan semangat untuk istiqomah dlm arus perubahan yg diingini....semoga pengalaman di Miri dan juga Brunei mampu mentarbiyyahkan jiwaku untuk terus tunduk kpd-Nya....sekarang ini sedang berjinak-jinak dengan buku-buku keluaran Langit Ilahi, karya Hilal Asyraf.....moga minda dan  juga hatiku mampu dibuka seluas-luasnya bagi menerima apa yang haq dan menolak yang bathil....Selamat Tahun baru 2012...
 
 
 

Saturday, October 15, 2011

HATI TERUSIK...

Alhamdulillah minggu ini aku berpeluang pulang ke pangkuan family tercinta....kebetulan juga ada 2 walimah yang wajib dihadiri....hari jumaat 14/10/2011, anak sepupu yang kawen manakala hari Sabtu 15/10/2011 pula sepupu yang kawen....memang agak memenatkan sebab walimah berlangsung di 2 daerah yg berbeza....Dungun dan Kemaman....kalau hari jumaat aku bersama kakak dan anak-anak bergerak ke sana sebab mak dan abah terlebih awal ke sana untuk bantuan tenaga....manakala hari sabtu pula kami gerak satu kereta je sebab abah dah tak larat nak drive jauh....jam 9.00 pagi semua dah bersiap dan masuk dalam kete...abah request utk singgah ke rumah salah sorang warga felda...katanya isteri cikgu rosdi uzur sangat...aku tak bertangguh kerana kebetulan cikgu Edlin dan cikgu Rosdi juga merupakan bekas guruku....

Tiba di rumah orang tua cikgu Rosdi, aku segera menyalami cikgu Edlin yg juga merupakan bekas guru Bahasa Inggeris masa aku di sekolah rendah dulu....beliau mengidap parkinson....sekarang ni bergantung kpd ubat...tanpa ubat beliau tidak berupaya bangun atau berdiri.... beberapa kali aku menahan air mata supaya tidak gugur sewenang-wenangnya....sebak melihat keadaan cikgu Edlin...di akhir ziarah aku menyalami dan mencium tangan cikgu Edlin serta memeluknya sambil berkata... "cikgu, terima kasih kerana pernah mendidik saya dulu...akhirnya saya menjadi guru juga, berkat didikan cikgu...saya doakan cikgu terus diberi nikmat kesihatan selepas ni....." aku tau cikgu Edlin memandangku dengan senyuman dan aku juga tau die perasan mataku yang berkaca-kaca kerana sedih melihat keadaannya hari ini....

Aku lebih terseksa perasaan kerana melihat cikgu Edlin yang tidak pernah lekang dengan senyumannya.....hatiku cukup terusik...walaupun perbualan kami singkat tapi terkesan ke dasar sanubariku....cikgu Edlin merupakan salah sorang guru yg sangat dedikasi dengan tugas...beliau menjadi kesayangan pelajar-pelajarnya...mendidik dengan penuh kelembutan tapi dalam lembutnya ada tegasnya....melihat cikgu Edlin hari ini membuatkan aku terkenang kepada arwah cikgu Fauzi Agus yg merupakan guru matematik...arwah seorang yg sangat garang...aku di antara pelajar yg selalu didenda dan dirotan kerana melakukan kesilapan dalam kira-kira....tapi jauh di lubuk hatiku tidak pernah ada rasa dendam atau benci walau sekelumit pun...kerana didikan mereka maka hari ini aku menjadi 'seseorang'....

Cikgu Edlin....satu nama yang membuatkan emosiku terusik ketika memandu ke Kemaman tadi....aku bertekad selepas ni akan mengunjungi teratak cikgu Edlin dan cikgu Rosdi di Dungun sebagai tanda ingatanku....cikgu Edlin, restui aku dalam meniti arus dunia perguruan ini...suntikkan aku semangatmu yang sangat teguh ibarat gunung tertinggi di dunia.....berikan aku kekuatanmu menongkah dugaan duniawi....Cikgu Rosdi, aku kagumi kesabaranmu, kesetiaanmu, kelembutanmu dan kasih sayangmu buat cikgu Edlin...meskipun isterimu telah lama menderita kesakitan namun tidak kau tinggali dia atau abaikan dia...

Ya Allah, Kau berkati guru-guruku....berkati hidup mereka...Kau ampuni dosa-dosa mereka....limpahi mereka dengan kasih sayangMu..kuatkan dan satukan hati-hati mereka dalam keimanan kepadaMu...kau masukkan mereka dalam jannahMu yg paling agung....ya Allah sesungguhnya aku amat menyayangi guru-guruku...jasa mereka tidak terbalas...aku berhutang dengan mereka ya Allah, seumur hidupku.....Robbanaa aatinaa fiddunya hasanah..wafil aakhirotihasanatanwaqinaa "adzaabannnaar......


*Tiada ilustrasi y sesuai dipaparkan bagi menunjukkan emosiku kala ini...

Thursday, October 13, 2011

LAGI...

Malam tadi mengalami tido yg sangat lena selepas makan ubat batuk dan selesema....mimpi juga berulang lagi.....2 malam berturut-turut mimpi yang lebih kurang sama....kalau malam sebelum ni mimpi agak pelik dan panjang tapi kali ni mimpi yang singkat tapi penuh makna....dia hadir dalam mimpi dan menghadiahkan sebuah senyuman....sangat bermakna hingga masih terasa sisa senyuman itu masih berbaki walaupun roh sudah kembali ke alam realiti....meskipun hanya silent conversation tapi terasa segar....ku doakan dari jauh semoga dirinya diberkati...takpelah, andai masih ada cebisan kerinduan pasti layangan inatan akan menerpa diriku nanti....bukan aku menjauhkan diri, cuma takut kecewa bila setiap kali berharap dan harapan itu tidak tertunai......menunggu detik manis itu tiba....pasti tiba nanti...insyaAllah...


Sunday, October 9, 2011

PASTI...

Malam tadi, termimpikan seseorang....mimpi yang sangat panjang...pelik...terjaga je terus beristighfar....pastinya mainan syaitan....tapi yang pastinya juga saya amat merinduinya...dan saya juga pasti dia lupakan saya....takpelah....redha....


Thursday, October 6, 2011

BILA RASA ITU TIDAK KU TAHU...



Sukarnya nak mengungkapkan isi hati.....adakalanya aku tidak tahu apa yang ku rasai...aku tidak pasti apa yang sedang ditanggung....jika nak dikatakan hidupku tak tenteram, aku yakin dan pasti hidupku sangat tenang dan tidak lagi complicated...tak macam dulu....alhamdulillah dah 2 thn lebih kurasa hidupku lebih tenang berbanding dulu...mungkin juga faktor tanggungjawab yang digalas kini dah berlainan....

Adakah hidup ini kurasa seolah-olah kosong? juga tidak dapat kuberi jawapan itu...kerana ku sangat pasti tiap waktu yg berlalu sentiasa terisi dan terluang dengan detik-detik bahagia bersama Al-Kautsar di sisiku..... rasa kehilangankah? rasa kekurangankah? mungkin....rasa hilang sesuatu....ermmm sesuatu atau seseorang? dulu dekat di hati tapi kini menjauh...dan aku yakin bukan aku yg menjauh...takpelah, aku redha.... sebab seumur hidupku, tak pernah kupinta balasan baik bagi tiap tali ukhwah yg dihulur....andai tak berbalas juga syukur alhamdulillah...pasti ada sebab kan? cuma aku tak tahu apakah rasa yg sebenar yg sedang aku rasai....

Akhir-akhir ini seringkali hujan lebat dan ribut di waktu senja dan malam....seolah-olah seiring pulak dgn keributan di hati...cuma bezanya hujan ribut di hati segera reda sebaik sahaja melihat wajah Al-Kautsar di sisi...tiap malam pelukannya menenangkan dan mendamaikan....Hilang segala duka nestapa...hilang segala keributan...kerana Al-Kautsar di hatiku itu adalah segala-galanya, yg memberi erti....sebab itu aku tak dapat nak tafsirkan apa yang kurasakan sekarang....la baksa...Hanya Allah yg Maha Mengetahui...

Tuesday, September 20, 2011

RAMBUT PUN TAK SAMA HITAM, NI KAN PLAK HATI....

Minggu ni memang minggu tak sihat...since minggu lepas lagi mmg minggu busy...semalam tak masuk meeting sebab ke klinik, amek ubat....then need to rest sebab malam nk datang sek utk key in matrix bsama2 bdk2 f5....masih byk keje yg urgent dan perlu diselesaikan segera dan aku nak elak bertangguh...sebab tak nak berat kemudian ari...

Pagi2 lagi mood dah kacau sebab mendapat berita kurang menyenangkan...biasalah, dlm lapangan kerja, tak semestinya semua org puas hati dgn kita....walau pun kat depan pijak semut tak mati, tapi kat belakang kita tak tau...manusia ni ada beberapa kategori yg dapat aku senaraikan di sepanjang pemerhatian peribadi...

  1. Sangat bertanggungjawab dengan tugas
  2. Tidak bertanggungjawab/lepas tangan
  3. Suka komplen keje orang
  4. Suka campur hal peribadi orang
  5. Suka bermegah diri
  6. Pendengar setia
  7. Tak ambil hirau keadaan sekeliling
  8. Kaki bangkang
  9. Banyak cakap tapi keje tak jalan
  10. Kurang bercakap tapi rajin keje
  11. PERASAN DIRI BAGUS
Haaaaaa kategori yang terakhir yang sengaja aku CAPS LOCK tu sbenarnya yg paling aku nak highlight dlm en3 kali nih...bro, kalo tak puas ati ko cakap depan2...tak maen aar cakap2 blakang....agaknya ko nih mmg suke main blakang kot....knpa nk tunggu org yg ko nak kutuk tu takde baru brani nak cakap? ade brann nk ckp depan2 tak? huh nampak sangat laa kan ko nih mmg jenis hantam blakang je....sesia ko buat amal ibadat banyak2 pastu ko sedekah kat org yg ko kutuk...ingat laa beb!! bukan ko sorang je keje bagus...ko nampak ke org lain keje waktu bila? ko tau ke org tu dtg keje siang malam? atau pun ko nih mmg jenis yang nak kene report selalu kot....pendek cite, ko prasan ko jek yg bagus, kan? ingat beb!! lu ada anak...arini ari lu..esok lusa blom pasti lagi....kalau balasan tak kene kat lu, sok2 kene kat anak cucu lu...

Oppss!! lupa...sllnya orang jns camni memang takkan penah sedar....berapa ramai org yg ko sakiti hati2 mereka? dah banyak kali aku terdengar di kalangan kawan2 yang pernah terkena ngan ko, mereka mendoakan sesuatu yg tak baik utk ko...pity lorr...tapi aku doakan semoga Allah bukakan pintu hati ko utk bertaubat...dah masuk lewat usia nie bawak2 laa bertaubat..banyakkan amal....KURANGKAN BERCAKAP BANYAKKAN BERAMAL.....sampai masa nanti aku akan melaporkan jugak apa aktiviti aku dan sahabat2 aku yg tak pernah berkira kerja...dah nak masuk 3 minggu berturut2 aku dan sahabat2 bekeje hujung minggu...datang ke sekolah waktu malam...aku akan uar2kan nanti, bila tiba masanya....dan sekaligus hentam kau balik dalam mesyuarat...so get well prepared, keh?? Wallahua'lam...

Monday, September 19, 2011

JIWA KACAU II

Kepala berdenyut2...mata rasa membengkak...tekak terasa perit...semuanya serba tak kena...ada lbh kurang 6 tugasan yang perlu di teliti sebelum diambil tindakan...jom kita lihat senarai semak...

1) Ketas keje Mock Interview Khazanah Nasional - status done tp lom pos
2) ketas keje sponsor info board Khazanah Nasional - done tp blom pos jgk
3) matrikulasi on9 - 136 pelajar lom key in lagi sbb xleh msk server matrix wktu ptg (pinda waktu ke mlm hari)
4) Majlis temu raye kuarga angkat di Felda Jerangau(23-24/9/2011) - Dh setel, cuma tunggu duit n plan ngan Persatuan Belia
5) Rehat Minda di Gambang -dah setel kecuali duit yuran dan booking tiket
6) ketas keje Jati Diri F4 di setiu -Lom buat apa2 lagi (huhuhuhu)
7) Kamis ni ke Pekan utk amek bdk2 blk bertanding dari kedah...depa transit di INSTAR...

Sosioemosi sekarang ni tak stabil...skrg ni pun pale tengah bdenyut2....takleh nak pikir satu hape pun....blk keje nanti nak singgah di farmasi utk amek bekalan ubat...akan kubunuh virus2 demam sebelum btl2 demam...bukan apa, aku takmo MC...hahahahaha...kalau skrg ni tgh tak byk keje, dgn segera aku gi amek MC....hehehehe....ape pun, badan perlukan rehat...byk perkara nak share sebenarnya ni tapi masa tak mengizinkan dgn keadaan badan yang krg sht...memang kacau dibuatnye...haisehhh...

Sunday, August 14, 2011

RASA ITU....

Irfan : mi, cantiknya bulan tu...irfan nak pegi ke bulan laa..
Umi : Syg nak naik ke bulan?
Irfan : (angguk)...irfan nak..
Umi : Kalau irfan nak naik ke bulan, irfan kene blaja rajin2...kene pandai baca, pandai mengira...boleh?
Irfan : (senyum)...sambil mengangguk dengan laju...
Umi : (Senyum dan mengusap kepala si anak dengan penuh kasih sayang)

Perbualan ringkas itu berlangsung ketika dalam kereta sewaktu perjalanan pulang ke KTrg....indahnya bulan...budak kecik pun tau bulan itu cantik dipandang.....namun, hati kecilku terdetik...sesuatu...di pinggir kenangan....ada rasa yang hadir....meskipun kita jauh, namun kita tetap memandang bulan yg sama....hati kita memasang impian dan angan-angan yang sama....tapi sayangnya keindahan bulan hanya di kejauhan....hakikat sebenarnya tak cantik.....tak seindah pandangan dari jauh.....

Duhai hati, kenapa perlu ada rasa itu?? pergilah jauh-jauh kerana ia menyiksaku....Allah punya rencana yang lebih baik daripada itu....sabarlah....sesungguhnya kesabaran itu ibarat memecahkan bekuan ais dengan titis-titis air....selama mana kau mampu bersabar, pasti ada ganjaran untukmu....

Namun, hati ini membungkam...lebih tega begitu daripada terus-terusan terzahir apatah lagi terbias dek pancaran memori silam.....sulit benar bagiku....hati terus mendesah....mungkin juga ria...mungkin juga hiba......bersarang menjadi 1..sebenarnya apa bacaan hatiku? kalau manusia, ibarat yang demam tapi tidak demam...apakah kondisinya??

Di saat mentari memancarkan sinar teriknya...sang guruh berdentum di langit sudah sekian lama....tanah yang makin gersang tiada ditemani titis-titis gerimis.....hanya sinar suria di balik awan yang gemalai berarak....sentiasa terlindung....namun kini, makin hampir gerimis turun di saat sang suria mulai mengelak daripada terus ditabiri awan....bila tiba saatnya, harus bagaimana lagi hendak ku rasa? aku tidak pasti apakah rasa yang aku bakal rasai kelak....bila tiba masanya....

Lepaskanlah...bebaskanlah.....itu perlu untuk tujuan kelangsungan hidup....kerana memori itu akan terus menghambat...kayuhan tapakku bukan kerana mengejar....kerana yang berlalu tetap dah berlalu....

Monday, July 4, 2011

SUARA HATI

Ada orang kata selalu berangan tu tak bagus...ada juga orang kata mimpi siang selalunya jd nyata...ada pula orang kata mimpi di malam hari hanya mainan tidur....tapi yang pasti saya suka berangan..saya juga suka bermimpi...walau adakalanya mimpi-mimpi itu membuatkan saya penat setelah terjaga...kerana mimpi dikejar hantu atau mimpi melalui perjalanan atau pendakian yg sangat panjang/tinggi....berangan a.k.a khayal...saya suka kerana ia pendorong inspirasi...meskipun saya tahu tak semua yang kita angankan akan menjadi realiti...namun yang pasti, dihambat realiti lebih memenatkan......

Mencipta angan2 cukup mudah...tapi nak mengerjakannya bukan semudah yang dianggarkan...tiada satu makhluk pun yang tidak cinta pada keelokan, tidak cinta pada keindahan...tapi itu semua subjektif...sukar diukur..kerana tiap orang punya alat ukur tersendiri...yang elok di mata saya tak semestinya indah di mata orang lain..tapi walau apapun, saya tetap menyukai apa yang saya suka....
dan saya akan menyayangi apa telah saya perolehi....sebab melepaskan sesuatu yg telah digenggam lebih mudah daripada mempertahankannya....untuk melepaskannya hanya perlu masa 1 saat mungkin tidak sampai 1 saat pun...sebab itu saya akan sentiasa menghargai dan menyayanginya....
Juga kita tidak dapat elakkan diri daripada terus tertanya-tanya dan sentiasa ingin tahu....setiap jalan ada aturannya...tiap aturan pasti juga ada rencananya....rencana itu meskipun kita yang mengolahnya tapi jangan sesekali lupa bahawa yang berhak menentukan hanya Dia....selagi nyawa masih digalas, selagi itu kaki kan terus melangkah dan selama itu juga tangan akan terus melakari kanvas kehidupan dengan warna-warninya....
Bila hati berbicara.....

Friday, June 10, 2011

SESUNGGUHNYA....

sesungguhnya, di dasar hati yang paling dalam itu tersembunyi sebutir mutiara bahagia yg cukup indah....sehingga kilauannya mewarnai segenap ruang yg paling kelam sekalipun...

sesungguhnya, di puncak kerinduan yang paling tinggi, tersembunyi embun kasih sayang yang amat salju dan bening....sehinggakan kesaljuannya boleh melumpuhkan tangan yang cuba merenggutnya....

sesungguhnya, di sebalik kocakan amarah yang sesekali memercik terpadam api yang berkobar dek sirna kasih suci nan luhur....

Redup tatapan mata...Erat dakapan cinta suci...lembut elus tangan...mendamaikan satu jiwa...memberikan ketenangan dan menghalau kesepian yang beraja...

Benarlah.....sesungguhnya rasa rindu itu amat indah...rasa sayang itu amat enak..sekalpun santapan diraja menjadi hidangan, kelazatannya tiada taranya....

Lahirnya rasa rindu kerna wujudnya kasih sayang....

Saturday, May 14, 2011

BILA RASA TIDAK DIPERLUKAN...

sebenanrnya hati tersinggung...jauh hati...terasa rindu..tapi hati yg sdg terhimpit dengan rasa TIDAK DIPERLUKAN memilih untuk mendiamkan diri...sebelah hati ingin berhubung....tapi sebelah lagi menahan....sebab hingga kini terasa DIRI TIDAK DIPERLUKAN....biarlah..diam ini sebagai tanda mengisi hati yg lara..ingin merawat hati...sendainya kau masih memerlukan aku, biarlah kau yang memulakan....sebab bait-bait katamu benar2 menyinggung hati...aku tahu, kau takkan memahami apa yg aku rasa sebab kau selalu menyalahkan tindakanku seandainya berlaku sesuatu di antara kita....biarlah..aku rela...lagipun, KAU LEBIH MEMERLUKAN DIA BERBANDING AKU....

Friday, April 29, 2011

Rindu...

Dah lama tak mencurah idea...terasa rindu..terasa seakan tiada idea berputar...banyak yg ingin diluah tetapi tiada bahasa yang terbaik utk dimuntahkan...perasaan berbalam-balam...adakalanya sebak menjadi tamu......hidup ini satu episod perjalanan yg sgt panjang...belum ada noktah besinya...ibarat melalui sebuah lebuhraya...terlalu banyak hentiannya...setiap hentian punya kisah suka..duka..sendu...tawa..tapi di hentian itu hati terpaku...mati...kerana secebis hati tertinggal di situ...bila tiap kali perjalanan disambung...mana mungkin berpusing kembali...tiada lagi u-turn dlm episod hdp...kerana hdp mesti terus...andai kau tahu isi hatiku...bacalah..fahamilah..tak perlu lagi lidah bercerita...cukup hati saja yg berbicara....hati yg merasa, badan yang menanggung takkan sama ngan mata yang melihat.....wallahua'lam....