Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

TRANSFORMASI UBK

Alhamdulillah setelah 2 minggu berhempas pulas bekerja untuk indahkan lagi UBK, akhirnya semua kerja penyelenggaraan dan hiasan dalaman telah selamat dijalankan...berkat kerjasama daripada rakan sejawat Kak Lotfiah serta dibantu oleh pembantu makmal, Puan Zainab.....rasa lebih tenang, aman dan tenteram dlm setting kerja yang kondusif....

 Bilik Pengurusan UBK (Kaunselor)

 Ruang Tamu Bilik Pengurusan (Kaunselor)

Ruang Tamu Luar 

Cantik tak? sentuhan 2 kaunselor wanita =)........lupa plak nak ambek gambar bunga tulip....kesemua kos kain untuk alas notice board, skirting semua meja, scallop notice board, meja-meja dan meja panjang bilik pengurusan, bunga-bunga, ribbons, karpet dan yg sewaktu dengannya berjumlah kira-kira RM1 000.00 secara kasarnya.....alhamdulillah pelajar-pelajar juga nampak lebih selesa bertandang ke UBK kerana keselesaan, kecantikan dan ketenangan yg ada di sini...lebih-lebih lagi ada a/cond =)....

Merasmikan perpindahan ke bilik baru ini beserta siap menghiasnya, sempat juga aku bergambar dengan anakanda kesayangan.....bersamaan dengan meraikan penurunan berat badanku sebanyak 5kg hehehehe...semoga target berat badan untuk raya tercapai dengan jayanya....salam ramadhan buat semua, semoga ramadhan al-mubarak ini penuh barokah warohmah...mudah2an kita semua berada dalam mawaddah Ilahi.....












Thursday, May 10, 2012

RUMAH PERTAMAKU

Gambar Hiasan (Semi D)
Alhamdulillah semester 5 dah berakhir...it means, no more classes, no more assignments and no more quiz/test...tapi masih ada tugas yang perlu setel...penulisan kertas projek bab 1-3 masih perlu diperbaiki...banyak lagi proses yang perlu dilakukan untuk menyiapkan penulisan kertas projek...perlu dihabiskan sebelum berakhir julai 2012 kerana pihak senat uum akan bermesyuarat bagi menentukan kelayakan konvokesyen pada Oktober 2012 nanti di Sintok, insyaAllah....

Sedar tak sedar, diam-diam masa berlalu...kini dah nak masuk pertengahan Mei....bermakna telah sebulan lebih urusan mencari rumah untuk dibeli...proses tinjauan, pemerhatian dan penilaian yang cukup memeritkan...penat...tapi puas hati...hajat hati nak cari rumah yang bukan bertaraf banglo besar...sekadar untuk didiami bersama-sama anakanda kesayangan...penat meninjau ke merata tempat, segala aspek diambil kira...di antaranya :
  1. Lokasi tapak rumah
  2. Harga keseluruhan rumah
  3. Harga guaman
  4. Nilai pinjaman yang akan dipohon (agar tidak membebankan potongan bulanan)
  5. Aksesori yang disediakan oleh kontraktor/pemaju
  6. Baki bersih pinjaman (untuk tempah grill dan juga perabot)
Dalam masa sebulan terlalu banyak perkara yang dipelajari....perancangan, pengurusan..segalanya memang memeningkan...tapi adat belajar, tak tahu kene bertanya...so banyak juga sumber yang dirujuk...banyak juga pendapat yang diterima....cuma yang perlu dilakukan ialah mengesahkan sumber dan seterusnya membuat keputusan...alhamdulillah, berkat asuhan sejak dulu lagi, dah memang terdidik untuk membuat pertimbangan dan keputusan, maka semuanya dilalui dengan lapang hati....inilah hasilnya:
  1. Rumah Semi D berkembar gaya kontemporari RM220 000.00 (3 bilik 2 bilik air)
  2. Keluasan tanah 370m2, keluasan tapak rumah 1350 sqft
  3. Accessories  (Auto Gate, Sliding door beserta grill, Downlights dlm rumah, pemanas air bagi 2 bilik air, Siling kapur, Bata merah untuk binaan rumah)
  4. Letrik 3 phase (Plug point bagi 3 unit a/cond di master bedroom, 2 bedrooms dan living room)
  5. Porch boleh masuk 2 buah kereta
  6. Bukaan sisi kanan rumah 20ft dan bukaan depan 20ft
  7. Keluasan ruang tamu anggaran 16ft
  8. Dijangka siap sepenuhnya pada Januari/Februari 2013
Banyak pilihan yang aku ada tapi setelah mempertimbangkan semuanya, aku berpendapat inilah pakej terbaik yang aku dapat....lagipun rumah ni bukanlah permanently aku tinggal di situ...ada hajat lain yang lebih besar lagi....after tamat Sarjana, aku berkeinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Kedoktoran...mudah-mudahan suatu hari nanti aku akan bergelar pensyarah atau pegawai psikologi di UNiSZA atau UMT....

Berkat sokongan dan juga doa daripada ibu bapa, aku mengharapkan tiada masyaqqah yang boleh mengganggu kelancaran proses memiliki rumah yang sempurna (bagi diriku dan Irfan)...mudah-mudahan juga "Rumah Pertamaku" ini akan membawa sejuta kerahmatan dan kebahagiaan buat diriku...amin...

Thursday, March 8, 2012

ALLAH BAGI PINJAMAN MACAM BANK???

Cabaran itu guru terbaik sekiranya ia memberi pengalaman....itulah pembelajaran bermakna dlm hidup=)

Walau tak senang, tapi yang penting hati tenang, hepiiiiii......
Walau gundah, tapi yg penting kawalan hati itu mantap......
mungkin kerana hati merasa REDHA dan TAWAKAL setelah BERUSAHA......
siapalah kita jika nak dibandingkan dengan Agungnya Tuhan yg 1......
siapalah kita nak menentukan apa yang patut kita dapat???

Badan ni pun hanya pinjaman.....ibarat pinjaman bank, pasti ada interestnya...pinjaman ini juga menjadi pelaburan.....interest ni plak ada jenis2nya.....interest yang baik dan boleh dimanfaatkan....yg lagi satu interest hutang kalau kita gagal bayar pinjaman yang basic....apa plak pinjaman yg basic tu???? ermmm Rukun Islam dan Rukun Iman tu laaa namanya bayaran pinjaman yg basic....yang pelaburan??? agak2nya ape ek?? hurmmm yang pelaburannya tu ibadat-ibadat sunat yang lain, amal kebajikan dll laaaa....

Kalau gagal jugak bayo cmane??? hurmmm interest hutang makin tinggi laa jawabnye...pastu nak bayo cmane? kalau nak buat full settlement pun ok jugak....ermmm full settlement cmane plak???? (wondering)....
=) Taubat Nasuha------> diri manusia jadi macam baby yg baru lahir...suci....
=) Sentiasa memohon keampunan -----> sama ada setiap kali solat atau pada bila-bila masa yg kita tersedar bahawa kita telah melakukan dosa....

So??? =) saya rasa cukup bertuah kerana Allah bagi pinjaman yang sangat mudah untuk dibayar dan boleh plak dapat keuntungan berlipat-kali ganda =)......meskipun selalu je gagal bayar balik hutang tu, tapi Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani =)

Nota: Sebenarnya entry ni dah lama taip tapi lupe nak post...hahahaha....


HECTIC LIFE

Aaaaaaiiiikkkk??? ummi work pun irfan mengekor jgk? =)

Dah lama rasanya tak meng'update' blog...banyak sangat yg dirasai dan ingin dikongsi, tapi malangnya takde masa yg terluang untuk blogging....sekarang ni nak kata dah reda dengan keje-keje, tak jugak laa...tapi syukur alhamdulillah almost done....ermmm tetiba terasa nak semak checklist jap..jommm..hehehe
  1. Proposal utk project paper (dah approved dan ready utk pilot test)
  2. Eseimen Survey Research (dah submit 2, tinggal lagi 2)
  3. Eseimen Pedagogy (ada 3, belum buat satu pun lagi ;P)
  4. Instrumen penarafan sistem rumah (borang dah submit, slaid presentation dh 80% siap)
  5. Instrumen AAT (dah serah kepada HEM, so takyah nak pikir hehe)
  6. Orientasi tingkatan 4 ambilan ke2 (sedang berjalan)
  7. Fasilitator kursus KESUMA peringkat kebangsaan (dah setel, dlm proses buat pelaporan utk dokumentasi unit)
  8. Kejohanan Hoki SBP Zon Timur (baru sahaja berlalu)
  9. Lawatan PRS 28-31 Mac 2011 (Melaka-KL)
  10. Lawatan Pengawas 27-30 April (UTP, Cameron Highlands dan Leadership Outreach SK Pos Brooke)
Ok, rasanya tu je aktiviti untuk penggal 1 persekolahan (setakat ni)....harap-harap jangan plak sampai surat arahan utk program lain plak...sebabnya??? sebabnya KPI saya untuk tahun ni ialah meminimakan aktiviti di luar sekolah dan banyakkan kerja-kerja peringkat dalaman....ermmm ada sape2 nak gantikan saya tak? silakan, boleh je kalau ada orang suka jalan2...sebab tahun ni saya tak suka jalan2...hahahaha

Stress? ermm kalau ikutkan mmg laa stress sebab jadual padat all the time...sampaikn budak2 PRS pun tegur muka saya dah nampak pucat (sebenarnya lupa nak pakai lipstick sket masa sesi icebreaking malam tadi)....then mata saya juga nampak lebam....hehehehe tapi takde laa cam rupa beruang panda tau....

arini, 8/3/2012 larian SESTER Half Marathon dibatalkan sebab hujan lebat...so arini kene siapkan segera surat2 dan laporan sesi individu yg request nk transfer to old skul, nak kene hantar ke sbp....kene setel jugak surat lawatan ke Media Prima.....ermm so far tu je kot....tapi walau apa pun rutin dan transformasi yg berlaku, saya suka life saya sekarang kerana itulah pilihan saya.....dalam senang ataupun waktu2 sukar, saya bersyukur padaNya =)

Tuesday, November 22, 2011

NO TITLE...



Rasanya dah lama tak menjengah ke blog ni...rindu nak berceloteh...tapi kesibukan dgn aktiviti dan pelaporan tahunan membantutkan usaha utk blogging....tambahan, minggu depan ada final exam utk paper statistic..cukup memeningkan kepala....urusan passport mak dan abah pun blm setel lagi...passport?? hehehe nak ke mana agaknya ek? biarlah saya untaikan senarai aktiviti utk sepanjang bln 11 dan 12 ni....
  1. 13-15/11/2011 : Kem Jati Diri f4
  2. 16-17/11/2011 : Laporan perkhidmatan UBK dan program
  3. 18-20/11/2011 : Siapkan tugasan Statistik+Study
  4. 20-22/11/2011 : UTP Online/pengesahan dokumen 3 pemohon/sedia hand-out utk upu dan mock interview; taip setiap no.unik id pelajar ke ms word (136 org)
  5. 23/11/2011 : Taip laporan tahunan; urusan passport mak dan abah; pos dokumen pemohon utp
  6. 24/11/2011 : Taip laporan tahunan dan laporan perkhidmatan UBK; Taklimat khas mock interview dan UPU
  7. 25-26/11/2011 : Taip laporan tahunan Perkhidmatan UBK dan Program sepanjang tahun
  8. 27/11/2011 : Group discussion utk tugasan Human Motivation
  9. 28-30/11/2011 : Siapkan laporan untuk hantar ke SBP; siapkan tugasan statistik dan revision utk final exam
  10. 1/12/2011 : Kelas statistik
  11. 2/12/2011 : Final exam; Petang bertolak ke KL
  12. 3/12/2011 : Bermalam di KL
  13. 4/12/2011 : Ke LCCT, jemput kwn & family; bermalam di KL
  14. 5/12/2011 : Ronda2 KL; petang bertolak balik ke Trg
  15. 6-9/12/2011 : Bawa kwn & family ronda2 trg
  16. 10/12/2011 : Penerbangan KT-KL-Miri bersama2 mak, abah, irfan dan sorang anak sedara-bmalam di rmh cousin di Miri
  17. 11-14/12/2011 : Ronda2 Miri dan Brunei (mungkin bermalam di Brunei-rmh cousin)
  18. 15/12/2011 : Flight Miri-KL --->Transit di rmh sepupu di Shah Alam
  19. 15-17/12/2011 : Bermalam di Shah Alam dan ronda2
  20. 18/12/2011 : Flight balik KL-TRG
  21. 19/12/2011 : Rehat2 dan sedia utk mesyuarat pengurusan, HEM, Akademik dan KOKO bagi tahun 2012.

Nah, lihatlah jadual di atas....semoga Allah permudahkan apa yg telah dirancang...sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan segalanya.....harap2 flight tak delay...kl delay dr TRG nak ke KL, hope tak jejas penerbangan ke Miri....sebab 10/12 tu 2 flight sehari...8.20am-9.00am KT-KL dan 4.20pm-6.40pm KL-Miri...kali ni trip yg paling panjang dan lama sebab aku bawak mak dan abah skali....kl aku ngan irfan je, rsnya tak lama camni kot....pape pun, semoga ujian tahun ni mbawa berita gembira utk tahun 2012...especially kep peperiksaan utk sem 4 dan juga beban tugas 2012...sebabnya UBK dh dapat kaunselor ke3...i/Allah beban tugas tu akan terbahagi secara adil dan saksama...takde laaa sume bidang aku tibai...hehehehe...

Nice review utk aktiviti hjg tahun....walau perit walau padat jadual kerja n masa peribadi, aku tetap bersyukur kerana pastinya Allah menjanjikan suatu ganjaran yg manis utk masa depan...remember dat life is about learning and learning process will never stop.....
     

Monday, July 11, 2011

ALONE...

I need time for myself....so sorry dear frens, i deactivated my fb account juz temporary....i juz wana be alone...there are 2 persons only will be wit me during da silent tyme....juz need space for myself...so sorry...i'll come back...soon..


Sunday, January 30, 2011

TERKENANG...

bila terbaca blog seseorang, tiba2 shj hati terkenang pengalaman lalu..sampai sekarang masih merasakan apa yg kualami dulu mcm 1 mimpi..tapi hakikatnya ia telah berlalu...pengalaman melahirkan zuriat tercinta...irfan dilahirkan awal 2 minggu dari tarikh jangkaan doktor...sejak mengandungkan irfan, banyak sangat dugaan sebenarnya..especially hemoglobin..selalu kene refer kat doc...sbb darah merah xcukup...adakalanya bacaan hb mencecah 7@8...mmg agak cemas...thanx god sebab tak pnh ada pengalaman kena msk wad...hehehe...tp yg betul2 membuatkan hati berdegup kencang krn tiap kali scan, uri berada di bawah...hal itu berlarutan hingga kandungan mencecah 6 bulan...msk bulan ke-7, temujanji dengan doc pakar...alhamdulillah uri dah berada di atas...

5/5/2008, jam 6.30am...tiba2 rasa nak ke tandas..selepas buang air, kudapati ada kesan darah...terus jantung berdebar2...masa tue kepalaku duk rewind smla skrip yg nurse bagi...di antara tanda2 nak bersalin ialah turun darah...aku terus telefon mak dan mak sarankan segera ke hospital...namun nasihat berbeza drp keluarga mertua..mereka menyuruh aku tunggu hingga betul2 sakit...memandangkan aku mengandungkan anak sulung, maka aku tak berani menanggung risiko kl blaku apa2 yg buruk thadap kandungan...

8.00am aku dah berada di HSNZ...bukaan baru 3cm...sepanjang berada di hospital, contraction mmg sentiasa meningkat..makin kerap dan makin sakit...sehingga jam 7pm, bukaan msh 3cm...haih, bila laaa nak bersalin...namun aku menjalankan rutin eksesais ringan..membantu tugas dr dgn membuat lawatan dr katil ke katil dan bersembang dgn patient kat wad...hahahahaha...sehingga nurse memanggil aku utk periksa bukaan, aku menolak..bkn apa, rs sedikit sakit...biarlah...akhirnya tlena jua..jam 11.30pm....

jam 3.00 am aku dikejutkan nurse.."dik, bangun ye, nak check jantung baby"...aku segera bangun wl mata msh mengantuk...apa yg lucu ialah di saat sdg diperiksa jantung anak (wayar berselirat di perut), aku msh sempat terlena dek mengantuk yg tak tertahan..3 kali nurse kejutkan utk pertukaran posisi sebanyak 3 kali (menelentang, mengiring ke kanan dan lastly mengiring ke kiri)...akhirnya, dalam tak sedar, aku terbeliak krn tdengar bunyi letusan yg agak kuat..mcm belon pecah..serentak dengan itu, aku merasakan ada cairan yg mengalir dengan deras..teramat deras..dan panas...aku merasa..dgn jari..lalu ku lihat cairan itu..tiada warna..sgt jernih...dada berdegup kencang...secara spontan mulutku terjerit..."nurse!!"...."ye dik?? kenapa??"...2-3 org nurse bergegas sbb tkejut dgn jeritan kecilku...dgn wajah terpinga2 aku menjawab.."air ketuban dh pecah"....serentak dgn itu, nurse tsebut tgelak kecil..."ermm ingatkan apa tadi..saspen je"...

memandangkan bukaan dah mencecah 5cm, aku disorong ke dewan bersalin....6/5/2008 jam 5.00am aku dah berada di bilik bersalin..seorang diri...cuma aku beruntung kerana mempunyai ibu saudara yg mmg dah lama bekeja di HSNZ hingga pencen..maklong menelefon ke HSNZ dan bercakap dgn sister yg merangkap kwn baiknya semasa di sana..ya, sister itulah yg menjagaku hingga aku selamat melahirkan...beruntungnya aku di bilik itu semua nurse yg sangat ramah n mesra bersamaku...aku menjangka akan bersalin subuh nanti..rupanya aku silap...maklumlah belum ada pengalaman...waktu terus berdetik..jam menunjukkan angka 7am..bukaan masih 5cm..jam 8am...masih juga 5cm...jam 9am..masih juga 5cm..sedangkan contraction semakin kuat...aku merasa semakin tidak berdaya...setelah dimasukkan air 1 botol (aku tak pasti kandungan air tu dicampur dgn ubat atau tak)..contraction semakin kuat..akhirnya aku diberi injection..katanya utk mempercepatkan contraction di samping mengurangkan rs sakit...pada masa itu, aku semakin tidak berdaya...rasa kepenatan sejak 5am menahan kesakitan ditambah dengan kesan ubat, aku jadi mengantuk..bila hilang saja contraction, mataku terus terpejam krn mengantuk+kepenatan...namun tiap kali contraction tu hadir, mataku akan terbuka seluas2nya....seketika, aku melihat nurse yg bertugas sedikit sibuk...mcm kelam kabut...mungkin bacaan graf (jantung ibu dan anak) membuatkan nurse tersebut sedikit kalut...segera aku dipakaikan mask oxygen...mmg separuh sedar dah dat tyme...kemudiannya, rasa sakit contraction tu mmg dah tak tertanggung...muka rasa mcm dah merah..ibarat kesakitan mcm sembelit yg amat dahsyat..nurse memberikan teguran supaya tak push baby dulu sbb doc menjangka aku akan bersalin jam 12pm...nurse ckp kl betul2 rasa mcm nak buang air besar, bgtau...then dgn suara tak tertanggung, aku terus bgtau mmg rasa mcm nak buang air besar yg teramat sgt, dah tak mampu kutahan..wajah nurse segera berubah dan die dtg utk periksa...masa tue terus nurse menjerit..."cepat semua, kepala baby dah turun, rambut dah nampak"...sepantas kilat, beberapa org nurse bergegas ke tempatku...alhamdulillah dgn 3 kali push, baby meluncur dengan lajunya...pd saat kelahiran, nurse menggunting sikit laluan supaya koyakan lebih sekata dan memudahkan baby meluncur keluar...

Keluar dr labor room

Hari ke-3 Irfan lahir



nie masa kat rumah










1 tahun

Umur 2 thn


jam 10.30am irfan lahir...di saat nurse menghulur bayi untuk kudakap, kurenung tanpa berkelip...inikah zuriatku?? bila kukenang kembali, hingga saat ini pun aku msh belum percaya bahawa aku melahirkan muhammad irfan hanif dengan kelahiran normal...alhamdulillah diberi kemudahan utk bersalin...syukur tiada masalah...kelahiran, sesungguhnya satu anugerah..satu keajaiban...

Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA...

sepanjang hari ini aku tersenyum....riang...gembira...Muhammad Irfan Hanif mulai mendaftar di Taska Permata Keluarga cawangan Bukit Bayas (dekat dgn tpt keje aku...sejak semalam lagi aku mulai sibuk...mengemas rumah yang lama ditinggalkan...masih belum siap sepenuhnya...malam tadi aku packing barang2 irfan siap2...botol susu baru, susu, ubat gigi, berus gigi (semuanya di tag nama Irfan)..semuanya ku masukkan dalam beg mickey mouse irfan kaler biru..ingat nak pakai beg chuggington tapi baru aku perasan bahawasanya beg chuggington yg baru dibeli tu tak sesuai utk dibawa ke taska sbb saiznya yg sedikit kecil...

seawal jam 5.30am aku dah bangun mandi, bersiap dan solat subuh...semua barang yang perlu dibawa, aku masukkan ke dalam kereta terlebih awal...lastly baru kuangkat anak kesayanganku yg msh enak dibuai mimpi, masuk ke dalam kereta...seat sebelah driver aku rebahkan dan irfan lena dgn memeluk bantal upin ipin kesukaannya =)...

tepat jam 6.30am aku meredah dingin pagi menuju ke lokasi kerja terlebih dahulu..perlu di punch in tanda kehadiran ke sekolah then baru aku bergegas ke taska menghantar anak kesayanganku...

jam 7.10am aku bawa irfan beserta barang2nya masuk ke dalam taska..apa yang menggelikan hati, aku khabarkan padanya yg sekarang dh sampai ke sekolah baru..terus dibulatkan matanya dan bingkas bangun (see?? betapa semangatnya anak bujang aku nak sekolah..hihihi)

aku minta izin guru-guru taska utk mandikan irfan..alhamdulillah dia mudah diurus..guru-guru permata tersenyum melihat gelagat irfan..cepat2 je dia duk di meja bulat lantas diambil sebuah buku kanak-kanak dengan gaya membacanya...hihiihi....

akhirnya aku dengan lapang hati menganjakkan kaki..ingin melangkah keluar...tangan dihulur, pantas disalami si anak (extra ciuman di pipi n mulut...langsung tiada toleh...puas aku memanggil nama irfan sambil lambai n cakap 'bye bye'...akhirnya, kali ke5 baru ditoleh dan bye bye sebanyak 2 kali...bila sampai di muka pintu, aku menjengah kembali...hurmmm sungguh asyik anakku membawa diri..dengan mainan2 baru...takpelah, yg penting die suka n hepi...yg pentng die menunjukkan minat utk belajar....

sekejap lagi aku akan menjemput irfan...ya, nantikan cerita2 baru drp anakku..yg paling penting, aku takkan jemu menjadi pendengar cerita sang anak yg paling setia...mendengar dengan tersenyum...

Ya Allah, semoga anakku menjadi anak yg pintar cerdas, mampu menjadi khalifah di muka bumiMu dan mengimarahkannya....amin..

Saturday, November 20, 2010

Duhai Hati II

jika dihitung waktu yang berlalu pergi...jika dihitung berapa lama bulan menyinari...jika dihitung titis-titis air hujan...penat..adakalanya penat menghitung kerana tak terhitung...adakalanya penat menunggu kerana tak ketahuan sampai bila...hati...cebisan yg sangat kecil...tapi mempunyai ruang simpanan yg sangat menakjubkan...duhai hati...usahlah mudah berkecil hati...sampai bila harus kukhabarkan..sampai bila harus kuingatkan...usah selalu mengharap....kerana jarang sekali pengharapan itu tertunai...jika ada, anggaplah ia satu bonus...jika tidak, besarlah duhai hati...di saat sekeping hati tidak mampu menanggung, seluruh anggota turut sama merasai...jangan biarkan seluruh anggotaku lumpuh hanya kerana lumpuhnya sekeping hati...perjalanan masih panjang...perjuangan belum selesai...masih banyak hutang yang perlu dilangsaikan...kuatlah..tegarlah...cekallah...insyaAllah selagi ada iltizam, azam pasti digenggam...selagi ada tekad yang bulat, niat pasti didakap erat....

Friday, October 29, 2010

AKU KAH YANG SOMBONG??

sebenarnya hati tercuit petang semalam...setelah menghubungi teman rapat yang jauh tapi dekat di hati...perkhabaran yang disampaikan sedikit mencuit hati ini...ye, mungkin aku yang salah...sebab lama menyepi...bukan sengaja menjauh...tapi kesibukan barangkali menyekat peluang menghubungi rakan-rakan lama...sementelah, masing-masing berada jauh di perantauan...alhamdulillah facebook menjadi penghubung...mendekatkan yang jauh..menemukan yang terpisah...tapi perkhabaran daripada teman rapat membuatkan aku berfikir dan berfikir dan merenung kembali...seorang rakan lama berhubung dengan teman rapatku melalui facebook...rakan lama merisik khabar tentang aku daripada teman rapatku...temanku itu mencadangkan kpdnya untuk add aku di facebook..dialognya lbh krg camni...

rakan : ju, die katne skrg nie?? keje apa??
Temanku : die ada je di trg...add laa die di facebook..ada je die tue..
rakan : nak ke die layan kl request fren kat fb??
teman : rasanya die msh blm berubah..carilah nama die..masih menggunakan nama
asal..setakat nie die xpenah berubah..masih dirinya yg dulu..
rakan : die dah sombong sekarang..
temanku : ye ke?? tp die yg sy knl hari ni msh die yg dulu...xpnh berubah...
pape pun try laa dulu add..

(offline)

ermmm aku berfikir dan terus berfikir tentang rakan itu apabila disebut namanya oleh temanku...walhal seingat aku takde plak die menghubungi aku...ye, aku akui suatu waktu dulu aku amat rapat dgn dirinya...tapi setelah msg2 membawa arah sendiri mengejar segulung ijazah, semua tue hanya tinggal kenangan...aku jadi bingung sebenarnya...sebab suatu masa dulu rakan itu penah tak ikhlas dlm persahabatan kami...knp skrg msh mencari?? knp masih mengharap?? sebab kesilapan yg dulu aku takkan benarkan berulang...amat sakit bila persahabatan yg ku sangka permata itu sebenarnya hanyalah kaca...cukuplah...kl benar kau msh mengharapkan aku sahabatmu, kau datanglah..aku tidak akan membuang...tapi kemesraan y dulu tak mungkin dikembalikan...sebab hatiku hanya satu...hanya hati yg benar-benar tulus sahaja akan bercantum dgn hatiku...masih ramai yg lebih baek drp diriku..aku tak paantas untuk kau damba sbg seorang sahabat di kala suka dan duka..sbb bgku kau hanya rakan, bukan temanku...

Tuesday, October 26, 2010

DUHAI HATI...

aduyaiii...ada rasa yg tersekat...ada perkara yang terpendam..tak dimuntahkan..gimana ya?? hurrmmm..haih...ape laaa yag membuatkan aku rasa tak senang...nak wat keje pn takde mood...sebenarnya masih ada tugasan yang perlu disiapkan..tadi baru hantar 1 bucket of papers bout jamuan akhir tahun dan anugerah juara rumah...masih ada surat2 yang perlu disiapkan..biarlah dulu...bila dah ada mood nanti, sekejap je aku boleh siapkan...cuma hati masih tiada di sini...entah terbang ke mana...duhai hati...kembalilah...

LUAHAN...

kali ni aku rasa nak share sesuatu..tp tak tau cmane nak meluah...banyak yg kurasa, cuma xtau bagaimana melontarkan suara hati...ermmm result sem 1 akan keluar pada 28 November nie..ada laaa jugak rasa berdebar2...cmane agaknya result aku tue nanti...sebab aku tau aku bukannya orang yang rajin...hehehehe...tapi kalau laa aku dapat score 3.5 and above, mmg aku boleh tabik springggg kot kat diri sendiri...sebab aku sendiri pun xyakin sebenarnya...undergraduate ngan postgraduate sgt jauh bezanya...cara berfikir, cara mencari bahan, cara menulis dan melontarkan idea...pendek kata, sme lain lah!! haha...skrg nie pun aku tak tau cane rupa sem 2 hehehehe...i/Allah, bulan Noveber nanti akan bermula sem 2...2 paper yang ditawarkan untuk sem 2 aku rasa agak tough...SGDY5063 (EDU&PSYC MEASUREMENT&EVALUATION), SGDP6013 (RESEARCH METHOD IN EDU...4-5/11 nie dah start kelas bg minggu 1..

bila tengok smla jadual kuliah, aku dah menggaru kepala..sbb dlm masa yg sama aku bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM..aku tak suka skip kelas...sbb aku perlukan pemahaman 200% ketika di dlm kelas...tak sama input yg didengar sendiri dlm bilik kuliah berbanding aku tanya kawan then baca sendiri...then lagi satu, pada 17-19/12 nie jugak aku kena attend seminar di KL...means, 16/12 aku dah nak kena gi ke KL sbb 17/12 tue lapor diri...minggu ke2 kelas ialah pada 16-17/12...hurmmm hopefully bila jpa lecturer nanti dpt ejas smla jadual kelas....kebetulan jg pada 16/12 adalah tarikh aku jaga exam SPM...memang menggaru kepala yang tak gatal laaa sekarang nie....walau apa pun, aku sentiasa berharap Allah sentiasa mempermudahkan urusanku..semoga dijauhkan daripada masyaqqah agar tidak merentangi lalui perjalananku....amin..

Thursday, October 14, 2010

RINDU

Tiba-tiba hati ini merasa rindu...pada kenangan lalu..kl boleh ingin kuulangi lagi pengalaman itu...rindu untuk ber'snorkeling'...sebenarnya beberapa minggu yg lalu ada kesempatan untuk 'snorkeling'..tapi aku menolak...sebab hasrat hati nak snorkeling bersama HERO HATIKU...takpe, sabar...tunggu irfan besar sket...i/Allah kami akan snorkeling bersama-sama....masa itu akan kunjung tiba..tapi tak pasti bila dna di mana...mungkinkah ke pulau kapas lagi???

Wednesday, October 13, 2010

Cerita aku

sedar atau tak, dh nak masuk 2 tahun aku stay di kuarters kerajaan dlm sekolah...dlm ms yg sama, hampir 5 thn aku menjadi warden asrama....insyaAllah, hjg tahun nie aku akan berpindah ke rumah baru...sebenarnya aku dah penat..aku ingin ruang yg lebih luas n masa yg lebih lapang untuk diri sendiri dan juga anak yg semakin membesar...aku telah memohon untuk keluar dari kuarters..i/Allah berkuatkuasa 1 November nie...aku juga meminta pelepasan jawatan warden asrama berkuatkuasa 1 Januari 2011...aku akan berpindah ke Kg. Pagar Ubi..kampung abah...bukan rmh sewa atau rmh sdri..tapi sebagai 'penunggu'...hahahahaha xdelah...cousin aku dh beli rmh baru..so family die dah moved ke rmh br hampir 1 thn..so rmh lama die x sewakan dan die izinkan aku stay kat sana..just mintak aku jg rmh tue dgn baik..i/Allah aku akan jg mcm rmh aku sendiri...lgpun aku aman mendaftar ke sem 2 pada hujung november nie...rasanya jadual mungkin makin padat...so harap2 rumah baru nanti akan memberikan 1001 ketenangan dan privacy utk aku dan anak menginap di dalamnya...lagipun bila fikir balik, mudah untuk mak dan abah blk kampung..dorang boleh jenguk2 aku dan irfan dan bermalam di rumah kami nanti sambil menziarah sedara-mara...boleh dikatakan rumah yg bakal aku diami nanti sangat dekat dengan sedara-mara sebelah mak dan abah...aku juz tunggu hingga dapat master then kl ada rezeki, nak berhijrah ke tempat lain sebagai pensyarah...insyaAllah...