Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Thursday, January 26, 2012

Sejak akhir-akhir ini banyak berita yang kurang menyenangkan sama ada di dada akhbar, kaca televisyen mahupun suara radio....cuma ada beberapa perkara yang membuatkan hati kecilku tersentuh...jom kita review sekejap...

  1. Masalah pelajar sosial di luar negara
  2. Isu dibangkitkan: Inilah agenda pendidikan sekular UMNO (means UMNO yg salah)Idea saya : Idea aku: Kenapa perlu ditudingkan jari kepada UMNO sahaja apabila timbul masalah gejala sosial? pada pendapat aku la kan, itu isu peribadi...lagipun berapa banyak pelajar Malaysia di luar negara yang masih teguh agamanya, kebal jati diri Islamnya..tapi ada tak orang nak highlight perkara tu?
    Kesimpulan: Manusia memang cepat benar menghukum kesalahan seseorang dengan menuding jari kepada orang lain walhal isu akhlak dan pendidikan adalah t/jawab bersama
  3. Baucer Buku RM200
  4. Isu dibangkitkan: Pelajar jual baucer di internet--->Kerajaan ajar rakyat menjadi korup
    Idea aku  : Kenapa perlu disalahkan kerajaan? niat kerajaan tu baik, nak bantu ringankan beban kewangan pelajar dan menggalakkan pelajar IPT rajin membaca. Sepatutnya pelajar disalahkan keraan menyalahgunakan baucer tersebut. aku sendiri mengakui RM200 memang tak cukup untuk beli buku2 psikologi dan kaunseling yang rata2 berharga RM70 ke atas bagi sebuah  buku.
    Kesimpulan: Kenapa perlu disalahkan pihak yang memberi sedangkan yang menerima sendiri tidak amanah? ini adalah soal tanggungjawab. let say ada orang kata menteri2 dan YB2 ramai yg korup dats why pelajar IPT jadi camtu. 1 analogi mudah yg boleh saya bagi. kalau menteri kita makan taik, takkan kita rakyat jelata ni nak ikut makan taik? sendiri punya badan, minda dan iman, sendiri pilih dan bertanggungjawab atas pilihan tersebut.
  5. Bantuan Sakit/Khairat kematian
  • Isu dibangkitkan: Si sakit (org kerajaan) dan si pelawat (YB pembangkang) adalah dari parti berlainan. Keluarga si pesakit tak puas hati dengan sumbangan drp YB yang bagi mereka tak memadai dengan kereta besar dan jawatan YB.
  • Idea aku: Melawat/Ziarah kerana sakit/kematian adalah tanggungjawab sesama Islam. Kenap perlu mempersoalkan berapa jumlah sumbangan dan berapa banyak barangan yang disumbangkan? Rasulullah sendiri mengajar umatnya agar ikhlas dalam memberi dan juga ikhlas dalam menerima. Sekecil-kecil pemberian walau sebiji kurma atau sekeping roti kosong mungkin boleh menjadi penyelamat kita dari pintu neraka.
  • Kesimpulan:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Dari Adiyie bin Hatim Radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Takutlah kamu akan api Neraka walaupun dengan separuh buah kurma".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa amalan bersedekah itu walaupun hanya sedikit dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api Neraka.
Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba' ayat 39 yang tafsirnya :
"Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".
 Firman Allah s.w.t di dalam surah al Baqarah, ayat 261 dan 262; "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkitkan pemberiannya, dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Dalam ayat ini Allah memperingatkan hambaNya akan kelebihan berbelanja pada jalan Allah
Dalam dunia akhir zaman ini, siapakah yang sebenarnya boleh menggalas harapan dan boleh dijadikan tempat untuk berpaut khususnya bagi rakyat beragama Islam? kalau kita yang beragama Islam tidak mampu mencontohi akhlak Rasulullah dalam pentadbiran dan akhlak baginda, janganlah suka menudingkan jari ke arah orang lain kerana 1 jari yang dituding, 4 jari lagi kembali pada diri kita. Suka juga saya petik kata-kata akhi Hilal Asyraf, "Kalau Solat Subuh pun belum, jangan bermimpi nak ubah negara"...Fahami betul2 kata2 H.A tersebut..sangat mendalam sebenarnya....usahlah kita menjadi golongan pengikut yang taksub tanpa ilmu...Tak kisahlah sape kita dan apa parti kita, soalan pertama yang akan ditanya dalam kubur esok2 ialah amalan solat..selepas itu baru ditanya tentang tanggungjawab, amanah dan amal kebajikan kita dan lain2...Maaflah kalau ada sesiapa yang tidak menyenangi apa yang ditulis di sini..hanya sekadar apa yang dirasai...
"Kalau Nak Menurut Biar Berakal,
Kalau Mengikut Biar Pintar"


No comments:

Post a Comment