Hidup ini umpama roda...adakalanya kita berada di atas...ada tikanya kita berada di bawah...lumrah manusia, apabila diberi ujian dan dugaan mudah sekali mengeluh...berkeluh-kesah...sedangkan nikmat yg Allah kurniakan yang tak terhitung banyaknya, adakah sebanyak itu juga kita mensyukurinya?
Berbalik kepada apa yang ingin aku kongsikan di sini...secara jujurnya, mengimbangi kerjaya, pengurusan anak dan pembelajaran secara separuh masa amat menguji...segala-galanya...terutamanya dari segi kesabaran dan juga kesungguhan..juga kesetiaan...ya, kesetiaan....kesetiaan kepada rutin harian di rumah bersama keluarga dan juga anak....rutin mingguan pulang ke kampung menjengah ibu bapa yang semakin meningkat usia, semestinya memerlukan perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah-bahagi... masa di peringkat awal bekerja, ada juga niat nak sambung belajar tetapi rutin kerja di KL membendung hasrat itu drp tertunai...bila dah pulang ke terengganu, abah menjadi push factor...selalu menekan dengan soalan "bila nak sambung belajar?"..itu semua kerana adanya pull factor iaitu bilangan sepupu yang semakin ramai menuntut di peringkat sarjana dan juga kedoktoran...dalam kepayahan, akhirnya Allah buka 1 ruang...iaitu di saat aku bercadang menghantar permohonan ke UIAM, Gombak...akhirnya UUM menawrakan pengajian jarak jauh bertempat di kampus Politeknik Kota, Kuala Terengganu...Ya, seperti yg aku nyatakan sebelum ini, nikmat Allah itu sangat tak terhitung....diberi banyak kesulitan sekalipun, tetap takkan dapat mengatasi banyaknya nikmat kurniaanNya...
8 Julai 2010 (juga tarikh kemenjadian aku...hehe) aku mendaftar ke kampus polytech kota..sangat dekat dgn tempat kerjaku..satu lagi nikmat olehNya...kuikhtiarkan juga untuk mendapat dana bagi membiayai pengajian krn tak mahu menyusahkan abah....peringkat awal belajar, sumber kewangan abah yang dahulukan...sebab abah terlebih excited bila dapat tahu aku satu-satunya anak yg berusaha memenuhi impiannya untuk melihat anaknya menyambung pengajian di peringkat sarjana...semester 1 dan 2 abah yang membiayai yuran pengajianku...namun bermula sem 3 aku keluarkan duit sendiri yang dah cukup dlm simpanan...harap2 semester akan datang hingga akhir, aku tak perlu lagi bergantung harap kpd abah...rasa jugak malu sebenarnya...maklum laa dah bekeje dan ada anak, masih bergantung kat abah...takpe abah, i/Allah panjang umur abah, akan kubayar segala penat-lelahmu...
Dalam kepayahan juga aku menamatkan semester 1 dengan keputusan 3.84....terkedu sebenarnya...di luar jangkaan...namun seperti zaman dulu2 jugak, semester 2 aku hanyut...sekadar meraih 3.50...haih cemas dibuatnya...kebetulan terpaksa mengambil 2 subjek yang memang tidak digemari...research method dan pengujian dan penilaian dalam pendidikan....semester 3 aku bangkit kembali....ya, kembali ke trek sebenar...meraih sekali lagi angka 3.84...keseluruhan PNGK berjumlah 3.72 kini...semester 4??? ujian berat kali ini...subjek statistik dan learning motivation blh menjadi pengganggu...salah satu sebabnya, aku tak boleh nak get along dgn statistik...2nd, subjek learning motivation diajar oleh foreigner...from philipine...subjek tu sangat tough bagi aku, kl lecturer ajar dlm BM pun blm pasti boleh score A inikan pula foreigner yg ajar...takpe....fikir positif lagi...Allah nak beri kemahiran berbahasa inggeris utk aku agaknya...supaya term psikologi semua di hujung jari...hurmm hikmahnya...itulah sebabnya Allah gerakkan hati utk aku grab Galaxy Tab setelah mendapat rezeki mencurah2 tahun ni..sebenarnya byk benefit GT tu...aku blh wiki apa saje yg aku nak cari...so tak perlu mengusung kamus atau nota...aku punya aplikasi yg sgt pintar utk diguna bermula sem 4 ni...
Kalau semester 1 aritu aku mendapat surat drp Yayasan Terengganu yg menyatakan permohonan utk mendapat pinjaman ditolak....hal itu membuatkan aku terpaksa bergantung kpd abah utk support pengajian aku...bermula sem 4, aku mendapat makluman bahawa Yayasan Terengganu telah membuka peluang utk kami memohon pinjaman....RM8000 hanya utk setahun je lagi pengajian...bayar kembali juga RM8000....alhamdulillah...nah, lihatlah..betul kan, apa yg aku cakap kat atas tadi? apa yg aku duk bebel dari tadi, ada kebenarannya...sekali lagi Allah buka pintu nikmatnya....maka bermulalah kerja-kerja memuat turun borang dan membuat salinan sijil dan dokumen yg berkaitan...
Irfan juga semakin cerdik dan memahami...kalau dulu aku agak sukar nak tinggalkan die sebelum gi kelas sbb die ngamuk2 nak ikut...sekarang ni die lebih mengerti...alhamdulillah...lagi kemudahan yg diberiNya....mungkin juga faktor usia irfan dah 3 tahun menjadikannya lebih cerdik dan boleh berfikir dengan rasional berbanding sebelum ni...
Setelah kuhitung..kukira...kunilai semuanya...termasuk dugaan beban kerja di luar negeri dan dalam masa yg sama ada tugasan yg perlu disiapkan, sebenarnya hidup ini menuntut satu pengorbanan yang panjang...juga memerlukan kesabaran dan ketabahan yang padu...juga memerlukan kegigihan dan kesungguhan yang jitu....juga menuntut semangat yang berkobar-kobar...apabila dugaan melintang, maka jangan cepat melatah kerana kita hanya akan mampu melihat jalan yang terang apabila hati dan fikiran kita juga bersih...sekiranya dugaan yang diberi kita sambut dengan keluh-kesah dan merintih, maka jalan yg dilalui tampak gelita...teringat bait-bait nasyid hijjaz yg sangat digemari...Lukisan Alam...
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu
Sentiasa menjadi sumber inspirasi umi untuk terus berjuang di medan ilmu..
Semoga ujian mendatang akan menjadikan aku insan yg terus tabah dan sabar, tanpa keluh-kesah....sebelum menghitung dugaan yg diberi, hitunglah dulu berapa banya nikmatNya...i/Allah tiada keluh-kesah...tiada putus-asa....wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment