Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Wednesday, May 12, 2010

Irfan dengan wajah baru

Kali nie cerita pasal irfan..dengan imej baru..hehe...hari isnin baru nie aku potong rambut irfan..guna mesin rambut..ermmm may be korunk tertanya2 kan?? Apakah alat yang aku guna?? Siapakah yang menggondolkan kepala irfan?? Bagaimanakah reaksi irfan semasa dalam proses menggondolkan kepala?? hehehe kalo korunk nak tau, sejak irfan masih baby agi aku memang jadi tukang gunting rambut untuk irfan..hehehe..korang boleh lihat beza wajah irfan dengan imej barunya..hihihi..

Mesin untuk gondolkan kepala irfan

Nie rambut yang dikumpul selepas gondol..haha

Ni aksi di Giant Mall

Camane?? hensem tak?? hehe..yang penting bagi aku, irfan nampak kemas dan rapi...rambut irfan dah agak panjang baru nie..tu yang mata aku sakit tengok rambut die..buat masa nie, ini sahaja untuk paparan korunk...

Tuesday, May 11, 2010

Children Learn What They Live

A child s life is like a piece of paper on which every passerby leaves a mark..be careful in child's education..


If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.


Of course u dun want ur child to be like this, rite??

If a child lives with criticism, he learns to condemn . . .
If a child lives with hostility, he learns to fight . . .
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive . . .
If a child lives with pity, he learns to feel sorry for himself . . .
If a child lives with ridicule, he learns to be shy . . .
If a child lives with jealousy, he learns to feel guilt . . .

BUT

If a child lives with tolerance, he learns to be patient . . .
If a child lives with encouragement, he learns to be confident . . .
If a child lives with , he learns to be appreciative . . .
If a child lives with acceptance, he learns to love . . .
If a child lives with honesty, he learns what truth is . . .
If a child lives with fairness, he learns justice . . .
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him . . .
If a child lives with friendlienss(sic), he learns the world is a nice place in which to live . . .

Kejaiban???

Thanx sara God, pagi nie masih berpeluang meneruskan nafas =).....seawal pagi nie dah ada sumthin yang berlaku...ermm korang pecaye pada keajaiban tak?? sebenarnya bukan kejaiban jgk..lebih sesuai dikatakan "Kalau Allah menghendaki sesuatu itu berlaku seperti kehendak kita, ia akan berlaku dengan tiba2 dan tanpa sebarang alasan.." begitu juga sebaliknya...aku pecaye kalian di luar sana pasti punya cita-cita dan impian yang pelbagai...kalian sendiri tak tahu bila ia akan dicapai...selalu juga kita diberi apa yang kita tak mahu...dalam bahasa mudahnya, apa yang aku tak nak tu la yang datang...betul tak???

Tak mustahil, kan??

selalu jugak kita berkata pada diri sendiri, "kenapa laa tak jadi begini atau begitu...??" ermmm tapi bagi aku, lebih baik jangan mengharap...ibarat kata seorang kekasih teman.. "usah mengharap, kelak diri sendiri yang kecewa...bila ia datang, terima apa adanya..." bila difikir2 balik, memang ada benarnya kata teman itu...sebab pagi ini aku dapat duit 1 juta (ak ennaaa, kl btl kan best..ekeke) apa yang tak disangka2..sebenarnya aku mengharap sesuatu itu berlaku tetapi dah lama ia tak berlaku...aku rasa penat sangat menunggu..akhirnya aku membiarkan ia ibarat angin lalu..tapi pagi ini alhamdulillah angin lalu itu singgah di depan lobang hidungku rumahku...haih..hape laa..actually sgt2 xsangka apa yang aku harapkan selama ini terbentang di depan mata...maka...bermulalah episod pagi yang sangat menarik dan mengujakan =)

Semangat punya pasal, kacang je nie...

ermm korang tak faham?? takpelah...yang penting aku dapat luahkan betapa gembiranya aku pagi ini..Doa kita akan makbul seandainya ia datang dr sudut hati yg paling dalam..cuma lambat atau cepat je..yang penting sabar dan tawakal setelah berusaha...memandangkan hari ini mood aku baik seawal pagi nie..so aku nak sambung keje2 yang terbengkalai semalam...yang pastinya sepanjang hari aku akan tersenyum =)


Monday, May 10, 2010

Jiwa kacau...haha





Alhamdulillah Kejohanan Bola Tampar MSSMT dah berakhir 8 Mei 2010 di Setiu baru2 nie...aku merangkap Jurulatih+Pengurus P18 rasa sangat hepi dan nk wish congratulation to my VB girl team..even dorang kalah di peringkat kumpulan..aku sangat bangga at least dorang dah tak jadi pasukan belasahan lagi..sebab kami ada superb spiker n setter..yeah!! hehehe over excited plak...2 minggu yang sangat memenatkan...aku sebenarnya dah tolak tawaran jadi jurulatih masa peringkat awal lagi...aku ingat dah terlepas..rupanya terlepas daripada menjadi jurulatih, terpaksa plak menjadi pengurus
pasukan...huhuhu..lastly aku terpaksa menjadi jurulatih+pengurus....rasa bengang sangat2..but it's ok, sbb aku mampu pikul 2 tugas tue...thanx god aku xrebah je..hahaha..superbionic woman nih...xcaye?? tue tgk laa gambar kat atas tue..baby je tp leh tekan tubi ngan sebelah tangan je..ekekeke aku le tu kot..ceh!! perasan je lebey...


camane agaknya kalau irfan camni..hehe

9/5/2010 (ahad) aku amek cuti rehat..penat weyhh!! btl2 nak rest ngan anak terchenta..kukuku..yang bestnya, irfan asek kiss je then ckp "aaaaaayaaangg mie"...hehehe sempena Hari Ibu nie, aku rasa akulah ibu yang paling bahagia sebab dikurniakan anak yang boleh menjadi penyejuk di mata penawar di hati...sebagai hadiah harijadi Irfan yang ke-2 tahun, aku belikan hadiah yang cukup istimewa...tapi hadiah tue tak terbanding ngan perasaan sayang yg ada di hati aku nie...ermmm irfan pun nampaknya suka sgt ngan hadiah tue...tp walau apa pun, aku sangat bahagia sebab kerap kali irfan datang cium dan bgtau die sayang aku..huhuhu hilang sume kepenatan umi, dik...


10/5/2010 (isnin) aku start masuk keje semula..mak aiihh!! macam lipas kudung...bundle of task waiting n have to settle as soon as possible..dah laa keje2 tue kebanyakannya melibatkan data...sakit belakang aku neh ngadap laptop..tu yang aku relax jap ngan writing kat blog yg baru aku join 2 hari..hehe..still have a lot things to learn...neija n mai..korang bantu laa utk 'up' kan lagi blog nie..blom chantek..mcm dolah chantek ade laa..ekekeke..baru try n error..hihihi...


haha jgn sampai jadi gini dah aar..

apapun, minggu nie aku mesti siapkan permohonan status projek khas ting.4 dan markah sistem rumah...banyak bende agi weiii!! tensen betollll..tue..tue..mcm gambar kat atas tue..tapi aku xmo aar jd cenggitu...nanti calar imej kaunselor aku niey..hehe..oklah, nak sambung wat keje dulu..lenkali sambung agi..chalooo...bye..

Saturday, May 8, 2010

Bermusuh Dengan Sifat Malas


Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Cuba anda renungi diri sendiri, tanya diri sendiri " Aku ni okey ke?". "Aku ni okey ke pada pandangan mata aku sendiri dan pada pandangan mata orang lain?"

Mungkin pada padangan mata kita sendiri, kita adalah orang sempurna, sebab kita tahu siapa kita, kita memutuskan apakah yang hendak kita nilai pada diri kita. Namun hakikatnya, jarang sekali dalam penilaian tersebut mengambilkira tingkahlaku yang baik atau buruk serentak.

Macam mana pula pada pandangan mata orang lain terhadap kita? Cuba fikirkan... Jawapannya, sudah tentu mereka mengatakan kita okey. Lainlah kalau memang kita orang yang bermasalah. Mengapa mereka mengatakan kita okey?, sebab orang lain tidak selamanya berada bersama kita. Oleh itu, kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu. Jadi, marilah kita sama-sama tanya diri kita sendiri, ?Kita ni okey ke?', dan jawapannya mestilah dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas.

Berbalik pada persoalan asal iaitu berkaitan perkataan yang amat dimusuhi oleh perkataan motivasi. Iaitu malas.

Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).

Pelajar - pelajarannya akan merosot
Pekerja - hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.
Suri rumah - banyak tidur dan mengumpul lemak
Pemimpin - kepimpinannya hentam keromok

Cth: Sebelum pergi ke pejabat; kalau kita sudah set minda bahawa banyak benda kita nak buat dipejabat, esoknya bangun pagi sahaja kita dah katakan pada diri kita "Malasnya nak pergi ke pejabat".

Malasnya nak bangun
Malasnya nak solat subuh
Malasnya nak mandi
Malasnya nak buat sarapan
Malasnya nak pandu kereta/motor
Malasnya nak buat kerja


Saya percaya hari tersebut merupakan hari yang kurang berkualiti bagi diri kita. Semua ini sebab apa? Sebab ada perkataan malas. Hanya satu perkataan ini boleh merubah begitu sekali nilai hidup kita. Hanya kerana malas, bukan sahaja hidup tidak berkualiti malah matlamat yang menjadi target hidup pun boleh tersasar. Keseimpulannya, MALAS pembunuh motivasi diri manusia yang utama.

3 cara untuk mengelak rasa malas;

Buang perkataan malas dengan pantas - malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan
malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

Guna otak kanan iaitu otak kreatif - selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat,
target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

Beri stamina kepada diri sendiri - orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran,
kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

Renungan " Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan".

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia

Kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita

Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama

Kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu

Kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya

Kadang-kadang kita tak sedar yang ramai orang menyayangi kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu yang kita lakukan

Kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita

Kadang-kadang kita tak tahu yg dia tak suka kita

Kadang-kadang kita tak tau pula yg serius itu benar2 serius

Kadang-kadang kita tak respect kawan kita yg byk membantu kita

Kadang-kadang kita hanya akan ingat seseorang bila kita memerlukan

Kadang-kadang kita akan lupa kawan bila kita sedang gembira

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang jika ketinggalan sesuatu berita

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang walhal kesalahan itu berpunca drp kita

Kadang-kadang kita akan utamakan yg baru drp yg lama

Kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kita

Kadang-kadang kita cakap kita takkan begitu padahal kita lakukan juga

Kadang-kadang kita cuba melakukan yang terbaik padahal kita menyusahkan orang lain

Kadang-kadang kita suka memerhati drp kita menegur

Kadang-kadang kita mengharapkan pertolongan tanpa kita meluahkannya

Kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yg tahu

Kadang-kadang kita hanya nampak kesalahan orang lain drp kesalahan diri kita

Kadang-kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja

Kadang-kadang kita selalu ingat kita saja betul

Kadang-kadang kita sukar mendengar pendapat orang lain

Kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yg serius itu sesuatu yg remeh temeh

Kadang-kadang kita terlalu berfikiran singkat tanpa memikirkan kesudahannya..


First Time..


Hai..salam perkenalan dunia blogger..hasil buah tangan yang pertama...kebetulan ada kelapangan, juz ingin mencuba...kalau jiwa rs dekat utk melakar jurnal kehidupan di sini, insyaAllah akan ada kesinambungan pada masa akan datang...dah lama tak meluah melalui blog..sebelum nie hanya aktif dlm frenster..then note facebook..kali nie ingin mencuba blogger plak...peace utk semua..salam 1Malaysia...hehehe