Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Thursday, May 10, 2012

RUMAH PERTAMAKU

Gambar Hiasan (Semi D)
Alhamdulillah semester 5 dah berakhir...it means, no more classes, no more assignments and no more quiz/test...tapi masih ada tugas yang perlu setel...penulisan kertas projek bab 1-3 masih perlu diperbaiki...banyak lagi proses yang perlu dilakukan untuk menyiapkan penulisan kertas projek...perlu dihabiskan sebelum berakhir julai 2012 kerana pihak senat uum akan bermesyuarat bagi menentukan kelayakan konvokesyen pada Oktober 2012 nanti di Sintok, insyaAllah....

Sedar tak sedar, diam-diam masa berlalu...kini dah nak masuk pertengahan Mei....bermakna telah sebulan lebih urusan mencari rumah untuk dibeli...proses tinjauan, pemerhatian dan penilaian yang cukup memeritkan...penat...tapi puas hati...hajat hati nak cari rumah yang bukan bertaraf banglo besar...sekadar untuk didiami bersama-sama anakanda kesayangan...penat meninjau ke merata tempat, segala aspek diambil kira...di antaranya :
  1. Lokasi tapak rumah
  2. Harga keseluruhan rumah
  3. Harga guaman
  4. Nilai pinjaman yang akan dipohon (agar tidak membebankan potongan bulanan)
  5. Aksesori yang disediakan oleh kontraktor/pemaju
  6. Baki bersih pinjaman (untuk tempah grill dan juga perabot)
Dalam masa sebulan terlalu banyak perkara yang dipelajari....perancangan, pengurusan..segalanya memang memeningkan...tapi adat belajar, tak tahu kene bertanya...so banyak juga sumber yang dirujuk...banyak juga pendapat yang diterima....cuma yang perlu dilakukan ialah mengesahkan sumber dan seterusnya membuat keputusan...alhamdulillah, berkat asuhan sejak dulu lagi, dah memang terdidik untuk membuat pertimbangan dan keputusan, maka semuanya dilalui dengan lapang hati....inilah hasilnya:
  1. Rumah Semi D berkembar gaya kontemporari RM220 000.00 (3 bilik 2 bilik air)
  2. Keluasan tanah 370m2, keluasan tapak rumah 1350 sqft
  3. Accessories  (Auto Gate, Sliding door beserta grill, Downlights dlm rumah, pemanas air bagi 2 bilik air, Siling kapur, Bata merah untuk binaan rumah)
  4. Letrik 3 phase (Plug point bagi 3 unit a/cond di master bedroom, 2 bedrooms dan living room)
  5. Porch boleh masuk 2 buah kereta
  6. Bukaan sisi kanan rumah 20ft dan bukaan depan 20ft
  7. Keluasan ruang tamu anggaran 16ft
  8. Dijangka siap sepenuhnya pada Januari/Februari 2013
Banyak pilihan yang aku ada tapi setelah mempertimbangkan semuanya, aku berpendapat inilah pakej terbaik yang aku dapat....lagipun rumah ni bukanlah permanently aku tinggal di situ...ada hajat lain yang lebih besar lagi....after tamat Sarjana, aku berkeinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Kedoktoran...mudah-mudahan suatu hari nanti aku akan bergelar pensyarah atau pegawai psikologi di UNiSZA atau UMT....

Berkat sokongan dan juga doa daripada ibu bapa, aku mengharapkan tiada masyaqqah yang boleh mengganggu kelancaran proses memiliki rumah yang sempurna (bagi diriku dan Irfan)...mudah-mudahan juga "Rumah Pertamaku" ini akan membawa sejuta kerahmatan dan kebahagiaan buat diriku...amin...

SEJUK HATI UMMI



Semester lepas dikejutkan sikit dengan ujian kecil....akibat kemalangan kecil, kaki kiri mengalami kecederaan ringan...meskipun sedikit sahaja nikmat Allah tarik, namun aku tidak mampu bergerak seperti biasa....menurut doktor, kakiku mengalami "soft tissue injury" di kawasan sekitar pergelangan kaki hingga menyebabkan buku lali dan kawasan sekitarnya membengkak...kaki nampak sedikit sembab....sekarang ni aku dapat mc 3 hari (18-20/3) dan terpaksa menggunakan tongkat bagi mengelakkan pressure di tempat yg injured....namun semua kuharungi dengan tabah dan senang hati....tiada sikitpun buruk sangka pada Allah...kerana bagiku ujian ini hanya sepicing drp nikmat yang dianugerahkan padaku meskipun tanpa kupinta....

Namun dalam tempoh ini, hatiku banyak kali tersentuh dengan gelagat si kecil yang telah genap usianya 4 tahun pada 6/5/2012 ini....meskipun masih kecil, tapi sikap prihatin dan tanggungjawab Irfan sesekali menyentuh dasar hati seorang ibu....sejak diberitakan aku mengalami kemalangan kecil, terus airmata Irfan mengalir dan memeluk neneknya kerana berdukacita....kemudian, after berehat dan tidur, aku terjaga semasa azan maghrib...hajat hati nak ke tandas utk urus diri namun sebaik sahaja kaki kiri berpijak, aku hampir terduduk....dgn terhencot2 menahan kesakitan, akhirnya keluar dari tandas menyebabkan aku terduduk di atas katil krn kesakitan yg teramat sangat...teresak2 sendiri....akhirnya mulut memanggil Irfan...segera si anak berlari masuk bilik...sebaik sahaja melihat aku menangis teresak2 kerana sakit, Irfan terus menangis dan memanggil neneknya....mmg tidak dapat kutahan kesakitan pada waktu itu....segera aku dihantar ke klinik...Irfan juga bersusah-payah ingin menolak kerusi roda dan tolong buka-tutup pintu klinik....

Sepanjang berada di rumah, Irfan sgt sensitif dengan keperluan aku....pantang aku nak bergerak, die akan segera ambilkan aku tongkat....then sedia menunggu di pintu tandas sekiranya diminta menghantar tuala dan juga kain....dah siap mandi, Irfan juga yang menghulurkan deodorant dan baju utk aku....

Bayangkan, usianya 3 tahun 10 bulan (pada masa itu) dah pandai menguruskan umminya...juga sgt sensitif dengan keupayaan dan keperluan ummi....tido malam juga irfan tidak lagi lasak...manakala susu juga sudah pandai buat sendiri......mudah-mudahan Irfan menjadi anak soleh yang mampan tiang agamanya, luhur budi pekertinya....moga di suatu hari nanti Irfan juga sebahagian drp cendekiawan Islam yang memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara...amin

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH....

Maha Suci Allah....Segala puji bagi Allah....sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya....Sejurus mengetahui keputusan peperiksaan semester 5, aku merafa'kan kesyukuran kepadaNya di atas nikmat dan rahmat daripadaNya....memang sangat tidak dijangka.....kerana sesungguhnya ujian demi ujian yang bertubi-tubi, akhirnya hasil yang diperolehi sangat mengujakan....Sesungguhnya Dia menguji kerana sayangkan hambaNya...dan sesungguhnya bagi orang-orang yang sabar, untuknya sebaik-baik ganjaran...alhamdulillah Ya Robb =)

Monday, April 9, 2012

SEMANGAT SENTAP

Irfan tumpang besday kawan...haha cam chinese look anak teruna aku nih ;)


Sebenarnya aku tak tau nak letak tajuk apa untuk entry kali ni....tapi sejujurnya, semangat sem 5 memang dah sentap....entah laa...tak tau di mana puncanya...tapi yang pastinya memang silap diri sendiri....mungkin bila dah makin bergelar senior semakin MALAS.....barangkali juga atas dorongan bebanan tugasan yang dirasakan tidak setimpal dengan jumlah jam kredit di samping menanggung bebanan tugas di sekolah......tambahan, tahun 2012 ibarat tahun dukacita kerana banyak sangat masyaqqah sejak awal lagi....bukan nak menyalahkan takdir....tapi mungkin kerana dah lama tak diuji dengan bebanan yang amat berat bertubi-tubi, maka ketahanan diri juga kian rapuh....semangat juga kian luntur.....syukurlah masih ada "Putera Hati" yang sentiasa di sisi.....yang setia menemani ummi menyiapkan tugasan...yang sentiasa sabar menanti ummi meluangkan masa untuknya sebaik sahaja menyudahkan tugasan....juga yang sentiasa menghulurkan 10 jari untuk memicit bahu tatkala dilihatnya ummi dah kepenatan....dan juga yang sentiasa menghulurkan senyuman dan petah ulas bicara sebagai penawar di kala hati gusar dan emosi tidak tertanggung lagi.....

Namun...yang sebenarnya berlaku ialah ----> Dia ingin agar aku sentiasa dekat denganNya...dan aku juga memohon agar diri tidak jauh daripada gapaian rahmatNya...ujian sebagai tanda Dia mengingati aku...Dia tidak lupa untuk mengujiku agar aku dekat padaNya....

Tabahlah duhai hati...dah tak lama lagi....tinggal lagi 3 hari....semua ini akan berlalu...selepas ini hanya tinggal fasa-fasa terakhir....tapi yang penting, baju Irfan untuk hari Konvokesyen Ummi dah pun siap dibeli...bertemakan merah+biru....hahaha sedikit teruja walhal konvokesyen i/Allah pada bulan September nanti...mudah2an tiada aral....


Thursday, March 8, 2012

ALLAH BAGI PINJAMAN MACAM BANK???

Cabaran itu guru terbaik sekiranya ia memberi pengalaman....itulah pembelajaran bermakna dlm hidup=)

Walau tak senang, tapi yang penting hati tenang, hepiiiiii......
Walau gundah, tapi yg penting kawalan hati itu mantap......
mungkin kerana hati merasa REDHA dan TAWAKAL setelah BERUSAHA......
siapalah kita jika nak dibandingkan dengan Agungnya Tuhan yg 1......
siapalah kita nak menentukan apa yang patut kita dapat???

Badan ni pun hanya pinjaman.....ibarat pinjaman bank, pasti ada interestnya...pinjaman ini juga menjadi pelaburan.....interest ni plak ada jenis2nya.....interest yang baik dan boleh dimanfaatkan....yg lagi satu interest hutang kalau kita gagal bayar pinjaman yang basic....apa plak pinjaman yg basic tu???? ermmm Rukun Islam dan Rukun Iman tu laaa namanya bayaran pinjaman yg basic....yang pelaburan??? agak2nya ape ek?? hurmmm yang pelaburannya tu ibadat-ibadat sunat yang lain, amal kebajikan dll laaaa....

Kalau gagal jugak bayo cmane??? hurmmm interest hutang makin tinggi laa jawabnye...pastu nak bayo cmane? kalau nak buat full settlement pun ok jugak....ermmm full settlement cmane plak???? (wondering)....
=) Taubat Nasuha------> diri manusia jadi macam baby yg baru lahir...suci....
=) Sentiasa memohon keampunan -----> sama ada setiap kali solat atau pada bila-bila masa yg kita tersedar bahawa kita telah melakukan dosa....

So??? =) saya rasa cukup bertuah kerana Allah bagi pinjaman yang sangat mudah untuk dibayar dan boleh plak dapat keuntungan berlipat-kali ganda =)......meskipun selalu je gagal bayar balik hutang tu, tapi Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani =)

Nota: Sebenarnya entry ni dah lama taip tapi lupe nak post...hahahaha....


HECTIC LIFE

Aaaaaaiiiikkkk??? ummi work pun irfan mengekor jgk? =)

Dah lama rasanya tak meng'update' blog...banyak sangat yg dirasai dan ingin dikongsi, tapi malangnya takde masa yg terluang untuk blogging....sekarang ni nak kata dah reda dengan keje-keje, tak jugak laa...tapi syukur alhamdulillah almost done....ermmm tetiba terasa nak semak checklist jap..jommm..hehehe
  1. Proposal utk project paper (dah approved dan ready utk pilot test)
  2. Eseimen Survey Research (dah submit 2, tinggal lagi 2)
  3. Eseimen Pedagogy (ada 3, belum buat satu pun lagi ;P)
  4. Instrumen penarafan sistem rumah (borang dah submit, slaid presentation dh 80% siap)
  5. Instrumen AAT (dah serah kepada HEM, so takyah nak pikir hehe)
  6. Orientasi tingkatan 4 ambilan ke2 (sedang berjalan)
  7. Fasilitator kursus KESUMA peringkat kebangsaan (dah setel, dlm proses buat pelaporan utk dokumentasi unit)
  8. Kejohanan Hoki SBP Zon Timur (baru sahaja berlalu)
  9. Lawatan PRS 28-31 Mac 2011 (Melaka-KL)
  10. Lawatan Pengawas 27-30 April (UTP, Cameron Highlands dan Leadership Outreach SK Pos Brooke)
Ok, rasanya tu je aktiviti untuk penggal 1 persekolahan (setakat ni)....harap-harap jangan plak sampai surat arahan utk program lain plak...sebabnya??? sebabnya KPI saya untuk tahun ni ialah meminimakan aktiviti di luar sekolah dan banyakkan kerja-kerja peringkat dalaman....ermmm ada sape2 nak gantikan saya tak? silakan, boleh je kalau ada orang suka jalan2...sebab tahun ni saya tak suka jalan2...hahahaha

Stress? ermm kalau ikutkan mmg laa stress sebab jadual padat all the time...sampaikn budak2 PRS pun tegur muka saya dah nampak pucat (sebenarnya lupa nak pakai lipstick sket masa sesi icebreaking malam tadi)....then mata saya juga nampak lebam....hehehehe tapi takde laa cam rupa beruang panda tau....

arini, 8/3/2012 larian SESTER Half Marathon dibatalkan sebab hujan lebat...so arini kene siapkan segera surat2 dan laporan sesi individu yg request nk transfer to old skul, nak kene hantar ke sbp....kene setel jugak surat lawatan ke Media Prima.....ermm so far tu je kot....tapi walau apa pun rutin dan transformasi yg berlaku, saya suka life saya sekarang kerana itulah pilihan saya.....dalam senang ataupun waktu2 sukar, saya bersyukur padaNya =)

Monday, February 6, 2012

KERANA TERLALU PERCAYA


Kata orang tua, "Kalau orang memberi kita merasa, Kalau orang berbudi kita berbahasa"....dalam kesibukan mengejar hari, menghabiskan hari demi hari dengan kerja-kerja hakiki, sesekali hati terusik...Pantai mana yang tidak dihempas ombak...lautan mana yang tidak bergelora....menguruskan kerjaya dan anak di samping terjahan onak ranjau kehidupan sesekali mencabar kekuatan emosi dan juga spiritual....

Abah selalu berpesan, "Jangan terlalu percayakan kawan"....mungkin pesanan itu kuabaikan...mendengar ibarat angin lalu, umpama curahan air ke daun keladi....mungkin juga kerana empati yg terlalu tinggi sehingga membuatkan rasa ingin menolong itu sangat tinggi...tapi benar juga kata orang, adakalanya hati yang baik ini menjadi mangsa ibarat "Melepaskan anjing tersepit".....pertolongan yang dihulur umpama susu dibalas tuba....

Maaflah,  mungkin terlalu banyak peribahasa yang diungkapkan entry kali ini....hati benar-benar ralat...benar-benar tersinggung...benar-benar tersentuh.....rasa sakit...juga gelisah....hanya kerana niat nak membantu rakan yg dalam kesusahan, akhirnya aku sendiri yang terpelecok....bukan lagi terseliuh urat, tapi sendi juga turut terkehel....hati mendesah....jiwa tidak tenteram...

Ya Allah, aku yakin dengan kuasa-Mu....aku percaya dengan segala ketentuan-Mu....aku benar-benar tau dan percaya bahawa sekecil-kecil kejadian yg Engkau takdirkan tersembunyi 1001 hikmah, pasti ada sebab-musabab....kuatkan imanku Ya Allah, cekalkan semangatku....moga aku tidak rebah dengan bisikan syaitan yg sentiasa mencuri ruang di dalam hati yg paling longgar rongga-rongganya....moga-moga bisikan di telingaku adlaah bisikan Malaikat yg sentiasa menyeru ke arah kebaikan...

Ampuni dia Ya Allah, lembutkan hatinya supaya tidak berlaku zalim terhadap orang yang berniat ikhlas untuk membantu....Pasrah bukan bermakna aku menyerah kerana aku tau Engkau tidak suka hamba-hamba-Mu yang dengan mudah menyerah tanpa usaha yang sewajarnya......