Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Saturday, December 31, 2011

PERCUTIAN PALING PANJANG

Alhamdulillah tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya....pelbagai kisah suka duka dialami sepanjang tahun ini....banyak juga pahit maungnya tetapi apabila sekeping hati itu redha, maka ketenangan dan rasa bahagia tetap hadir dalam diri....redha itu bukan hanya di kala suka tetapi juga di saat air mata berjuraian..itulah kekuatan....tapi bukan kisah suka duka yang ingin aku kongsikan di sini....hanya lakaran rasa sekeping hati di sepanjang percutian bersama keluarga....percutian kali ini disertai oleh mak, abah dan anak sedara selain daripada aku dan irfan....maka secara automatiknya aku menjadi ketua rombongan...mengatur jadual perjalanan dan tempat tinggal, semuanya diuruskan sendiri, dengan bantuan sepupu-sepupu yang sangat supportive dengan izin-Nya semua yang dirancang berjalan dengan baik walaupun ada sedikit masyaqqah sejak awal hingga akhir (manusia hanya mampu merancang tapi Allah yg jd penentu)....

Percutian yang paling indah seumur hidupku....perjalanan dari bumi Terengganu ke KL agak membosankan kerana terpaksa transit di Tune Hotel sementara menunggu next trip ke Miri....boarding pada jam 4.20pm dari KL akhirnya kami tiba jam 7.00pm di a/port Miri....disambut mesra oleh pasangan suami isteri sepupuku beserta anak mereka....sangat gembira kerana inilah satu-satunya negeri yg belum pernah kujejakkan kaki...alhamdulillah tercapai hajat....teruja dengan makanan NASI LALAPAN KELI yang sangat popular di sarawak...



Wow!! Credit to Saiful Azri Jamian dan Salwa Idris yang memperkenalkan menu ini kepada kami...tapi sayangnya tak sempat nak ber'photoshoot' banyak2 memandangkan dah keletihan+irfan dan anas asek bergerak je...susah nak capture bdk 2 org ni tau....2 hari di Miri, sempat jua kami dibawa melawat ke galeri Petronas...means telaga minyak pertama dan tertua di sarawak...
 Pemandangan seluruh bandar Miri

 Sepupu bersama anaknya

Bersama anak sepupu, Anas 

 MMMuahhh abg syg adik Anas
inilah peserta trip Miri-Brunei

Pengalaman paling menarik bagiku apabila terpaksa memandu sendiri ke Brunei kerana sepupu tak dapat cuti....aku cuma diberi pelan untuk ke Masjid Hassanal Bolkiah kerana Abg Hafeiz (sepupu) menanti di sana....alhamdulillah tiada halangan utk kami sampai dengan selamat....tidaklah sesat sehingga tak jumpa jalan...semuanya dipermudahkan....tinggal di Brunei selama 2 malam sangat mengujakan....biarlah aku senaraikan sahaja kelebihan warga Brunei terutamanya bagi PENJAWAT AWAM...

  1. Gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda ialah BRU2 600.00 (gaji pokok)-sektor awam
  2. Pinjaman perumahan maksimum BRU300 000.00; tanpa interest -sektor awam
  3. Setiap rakyat brunei diberi pilihan s/ada mahu sebidang tanah atau sebuah rumah yg telah siap (projek perumahan rakyat)-semua rakyat brunei layak mohon
  4. Jika seseorang memilih untuk memiliki sebidang tanah percuma, maka kerajaan Negara Brunei mensyaratkan tanah tersebut wajib dibina rumah di atasnya dalam tempoh 2 tahun. sekiranya gagal membina rumah dalam tempoh 2 tahun maka tanah tersebut wajib diserahkan kembali kepada kerajaan.
  5. Penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan tidak dikenakan sebarang bayaran sewa rumah/perabot kerajaan (tinggal percuma)
  6. Kuarters kerajaan lengkap dengan pemanas air (mcm dlm bilik hotel), mempunyai 5 buah bilik yang lengkap dengan bilik air di dlm bilik masing2, lengkap dengan penghawa dingin, peti ais dan mesin basuh, manakala sistem pembuangan sampah adalah secara terus dari dapur (disediakan lubang campak sampah terus ke bawah; lori bandaran akan datang selenggara pungutan sampah)
  7. Tiada satu bar/kelab malam/kedai arak dalam negara Brunei.
  8. Harga beras siam wangi adalah BRU10 sekampit (10 kg)
  9. Kadar bayaran letrik sangat rendah (bayangkan sebuah rumah yang punyai 5 buah penghawa dingin yang dipasang sepanjang masa, bil letrik sekitar BRU150.00 sebulan
  10. Gunalah sebanyak manapun air (hatta untuk membasuh pakaian menggunakan mesin basuh setiap hari) hanya dikenakan caj BRU4.00
  11. Harga nasi beriani (3 mangkuk kecil nasi+ayam yg dipotong 6) sekitar BRU3.50
Nah, lihatlah senarai di atas...itu baru sedikit yg aku senaraikan....ternyata kekagumanku bukan setakat itu...perbualan singkat dengan anak sepupu (ting. 1 institut tahfiz brunei)...

Aku : Eihaab pegi mengaji di istana tiap bulan ke?
Eihaab: taklah, tiap minggu...
Aku: ermmm mesti sultan bagi duit kan?
Eihaab: ha'ah, setiap minggu kami pelajar inst tahfiz dihadiahkan BRU50.00 untuk setiap orang yg mengaji di sana...

Aku terkedu....2 hari menjelajah di Brunei sudah cukup menceritakan keindahan Islam yg menjadi gaya hidup keluarga diraja Brunei dan juga rakyatnya....rumah-rumahnya besar-besar, dipenuhi dengan hiasan-hiasan yg menunjukkan ciri keislaman....jom kita lihat gambar-gambar di bawah...

 Bersama anak sepupu di Empire Hotel, Brunei (hotel 6 star)

Di sekitar Pasar Gadong 

Rumah rakyat Brunei (penjawat awam) 

Rumah penjawat awam (dalam pembinaan)

Akhirnya, jadi begini...hahaha (kepenatan)
 
 
Irfan bersama duapupu Brunei, Mehyar.. 

Murtabak Indomee kegemaran ummi =)

Kegemaran Irfan, Ais Milo tabur..
 
Maaflah kerana tidak dapat meng'upload' gambar banyak2 sebab kebetulan aku terrrrrrrlupa nak bawak Sony DSLR punye charger...so bateri kene jimat2 penggunaannya...hehehe....apa pun, ini hanyalah sekadar luahan kekaguman yg aku rasai sepanjang trip ini....aku pulang ke Miri dengan rasa kekaguman yg tak pernah padam...sempat meluah isi hati kepada sepupuku, Salwa...pulang semula ke Miri dengan perasaan berbunga-bunga....berada di Miri semula bererti percutian sudah hampir ke hujungnya....selepas satu malam di Miri, esoknya kami berangkat ke a/port Miri untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur kerana kami masih perlu transit di Shah Alam....
 
Rindukan Salwa & Anas 

Penerbangan pulang Miri-KL
 
 
Itulah coretan khusus untuk penutup tirai 2011....insyaAllah lembaran 2012 akan dipenuhi dengan warna-warni transformasi hidup....bercakap itu mudah, namun hakikat pelaksanannya memerlukan kecekalan hati dan kekuatan semangat untuk istiqomah dlm arus perubahan yg diingini....semoga pengalaman di Miri dan juga Brunei mampu mentarbiyyahkan jiwaku untuk terus tunduk kpd-Nya....sekarang ini sedang berjinak-jinak dengan buku-buku keluaran Langit Ilahi, karya Hilal Asyraf.....moga minda dan  juga hatiku mampu dibuka seluas-luasnya bagi menerima apa yang haq dan menolak yang bathil....Selamat Tahun baru 2012...
 
 
 

Tuesday, November 22, 2011

NO TITLE...



Rasanya dah lama tak menjengah ke blog ni...rindu nak berceloteh...tapi kesibukan dgn aktiviti dan pelaporan tahunan membantutkan usaha utk blogging....tambahan, minggu depan ada final exam utk paper statistic..cukup memeningkan kepala....urusan passport mak dan abah pun blm setel lagi...passport?? hehehe nak ke mana agaknya ek? biarlah saya untaikan senarai aktiviti utk sepanjang bln 11 dan 12 ni....
  1. 13-15/11/2011 : Kem Jati Diri f4
  2. 16-17/11/2011 : Laporan perkhidmatan UBK dan program
  3. 18-20/11/2011 : Siapkan tugasan Statistik+Study
  4. 20-22/11/2011 : UTP Online/pengesahan dokumen 3 pemohon/sedia hand-out utk upu dan mock interview; taip setiap no.unik id pelajar ke ms word (136 org)
  5. 23/11/2011 : Taip laporan tahunan; urusan passport mak dan abah; pos dokumen pemohon utp
  6. 24/11/2011 : Taip laporan tahunan dan laporan perkhidmatan UBK; Taklimat khas mock interview dan UPU
  7. 25-26/11/2011 : Taip laporan tahunan Perkhidmatan UBK dan Program sepanjang tahun
  8. 27/11/2011 : Group discussion utk tugasan Human Motivation
  9. 28-30/11/2011 : Siapkan laporan untuk hantar ke SBP; siapkan tugasan statistik dan revision utk final exam
  10. 1/12/2011 : Kelas statistik
  11. 2/12/2011 : Final exam; Petang bertolak ke KL
  12. 3/12/2011 : Bermalam di KL
  13. 4/12/2011 : Ke LCCT, jemput kwn & family; bermalam di KL
  14. 5/12/2011 : Ronda2 KL; petang bertolak balik ke Trg
  15. 6-9/12/2011 : Bawa kwn & family ronda2 trg
  16. 10/12/2011 : Penerbangan KT-KL-Miri bersama2 mak, abah, irfan dan sorang anak sedara-bmalam di rmh cousin di Miri
  17. 11-14/12/2011 : Ronda2 Miri dan Brunei (mungkin bermalam di Brunei-rmh cousin)
  18. 15/12/2011 : Flight Miri-KL --->Transit di rmh sepupu di Shah Alam
  19. 15-17/12/2011 : Bermalam di Shah Alam dan ronda2
  20. 18/12/2011 : Flight balik KL-TRG
  21. 19/12/2011 : Rehat2 dan sedia utk mesyuarat pengurusan, HEM, Akademik dan KOKO bagi tahun 2012.

Nah, lihatlah jadual di atas....semoga Allah permudahkan apa yg telah dirancang...sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan segalanya.....harap2 flight tak delay...kl delay dr TRG nak ke KL, hope tak jejas penerbangan ke Miri....sebab 10/12 tu 2 flight sehari...8.20am-9.00am KT-KL dan 4.20pm-6.40pm KL-Miri...kali ni trip yg paling panjang dan lama sebab aku bawak mak dan abah skali....kl aku ngan irfan je, rsnya tak lama camni kot....pape pun, semoga ujian tahun ni mbawa berita gembira utk tahun 2012...especially kep peperiksaan utk sem 4 dan juga beban tugas 2012...sebabnya UBK dh dapat kaunselor ke3...i/Allah beban tugas tu akan terbahagi secara adil dan saksama...takde laaa sume bidang aku tibai...hehehehe...

Nice review utk aktiviti hjg tahun....walau perit walau padat jadual kerja n masa peribadi, aku tetap bersyukur kerana pastinya Allah menjanjikan suatu ganjaran yg manis utk masa depan...remember dat life is about learning and learning process will never stop.....
     

Sunday, October 23, 2011

VOLLEYBALL VS TABLE TENNIS



VS








Kejohanan MSKPP Negeri Terengganu baru melabuhkan tirai....Tahniah KTS di atas kejayaan meraih Johan Bola Sepak dan Naib Johan Bola Tampar.....hati masih berbunga....bukan apa, sebab baru dapat pengalaman baru.....ni laaa kali pertama aku menyertai kejohanan MSKPP....Sedikit preview tentang 2 game kesukaan, Volleyball vs Table tennis....core game aku sebenarnya ialah ping pong manakala bola tampar hanya game suka-suka....aku boleh katakan yang game ping pong ni game terpijak aku kot...hehe...kenapa? ermm sebabnya dulu aku masuk sek agama...SMA Mahmudiah (SMAM) Kuala Berang selama 5 tahun....aku berjinak-jinak dengan ping pong since form 1 sebab masa tu cam tak ramai girl yang leh main game ni....kl badminton plak banyak saingan so aku rasa aku takkan terpilih....as a girl student, hanya 2 game yg ditawarkan iaitu ping pong dan badminton...start form 2 baru aku mewakili sekolah hingga ke ting 5...tapi masa form 2 hingga form 4 memang tak pernah menang pun sebab pencabar utama dan juara tahunan didominasi oleh SMA Khairiah (SMAKH)....kebetulan aku tinggal di Asrama Yayasan Trg Hulu Trg (AYTHT) maka pluang aku berlatih lebih banyak lagi laaa...aku dilatih oleh driver bas AYTHT yang banyak membantu aku membuat penampilan di pentas daerah dan negeri....kejohanan di bawah kelolaan Rakan Muda (Sukan) dan juga kejohanan sukanantara asrama yayasan trg.....aku ebenarnya banyak berlatih dengan boys di asrama...reason?? couple?? nooooo!! sebab aku tak jumpa orang pompuan pandai drp aku maen ping pong (ehem..ehem..perasan?? da fact ok?..hahaha)...dats why coach selalu suruh boys train aku....SMAM menanti selama 15 tahun untu ke pentas final kejohanan sukan sekolah2 agama negeri terengganu (MASMAT) dan penantian itu tamat pada tahun 1996....aku berjaya membawa pasukan ke pentas final dan sekaligus menyingkirkan pencabar selama 1 dekad, SMAKH dan juga SMA Setiu....aku bersyukur sebab dikurniakan EQ yang agak seimbang...sebab pemain SMA Setiu mengenakan tekanan psikologi terhadap aku selaku pemain pertama (utama)...syukur coach Ustaz Azmi banyak memberi semangat.....kami menang 3-2 dan itulah detik paling manis dlm sejarah hidupku di tahun akhir persekolahan....

Tahun 1997 aku mendaftar di KUSZA...aku ingat ping pong berkubur di situ...rupanya masih ada lagi...kejohanan sukan antara IPT Islam Malaysia telah dilangsungkan pada tahun 1998 di UIAM, Gombak yang pada masa itu masih dalam pembinaan kawasan asrama baru....aku berpeluang menimba pengalaman melalui tentangan daripada IPT Islam seperti KUIM yang sekarang ni digelar USIM, UIAM dan lain-lain......team kami pulang dengan gelaran johan....Bola Tampar??? ermmm sekadar mengisi masa lapang...setakat maen untuk inter-block, inter-course dan inter-part....tu pun kadang-kadang johan kadang-kadang naib johan....hehehehe...

Masuk ke UPSI pada tahun 2000 membawa sinar yang terang kerana aku berpeluang mengambil subjek ping pong untu kegiatan kokurikulum....alhamdulillah aku lulus cemerlang dengan A untuk subjek itu...kebetulan instruktor yang mengajar aku selama 4 semester juga merupakan kelahiran Terengganu...Abang Harman dan Abang Musa, trimas atas tunjuk ajar kalian...buat kali pertama dalam sejarah penubuhan UPSI, tahun 2002 pasukan ping pong perempuan dihantar ke kejohanan MASUM....pengalaman bermain dengan pemain Malaysia (UM) sangat memberi erti...selama ni aku tengok di TV je...tapi MASUM membawa sejarah baru dalam hidupku....

Tahun 2003 aku start keje di SESERI...ping pong?? bola tampar? langsung tak sentuh....hahahaha...sebab?? busy dengan kerja-kerja sebagai kaunselor....hinggalah aku pindah ke SESTER, tiba-tiba terlantik pulak jd penasihat bola tampar.....so sampai sekarang laaaa aku main bola tampar.....ping pong tah ke mana...nak tau sejauh mana penglibatan aku? jom tengok..preview jap..

1) Johan berpasukan Ping Pong Perempuan Kejohanan Sukan antara Asrama Yayasan
2) Naib Johan individu Ping Pong Kejohanan Individu/Regu MASMAT
3) Johan Beregu Ping Pong  Kejohanan Individu/Regu MASMAT
4) Johan Berpasukan Ping Pong Kejohanan Sukan Rakan Sukan Daerah Hulu Trg
5) Naib Johan Individu Ping Pong Kejohanan Sukan Rakan Sukan Daerah Hulu Trg
6) Johan Beregu Ping Pong Kejohanan Sukan Rakan Sukan Daerah Hulu Trg
7) Penyertaan Berpasukan Kejohanan Sukan Rakan Sukan Peringkat Negeri Terengganu
8) Johan Berpasukan Ping Pong Kejohanan MASMAT
9) Johan Berpasukan Ping Pong Kejohanan Sukan antara IPT Islam Malaysia
10) Johan Individu Ping Pong Kejohanan Sukan Tertutup UPSI
11) Johan Beregu Individu Ping Pong Kejohanan Sukan Tertutup UPSI
12) Johan Individu Ping Pong Kejohanan Sukan Terbuka UPSI
13) Johan Beregu Individu Ping Pong Kejohanan Sukan Terbuka UPSI
14) Wakil UPSI (Ping Pong) ke Kejohanan MASUM di UiTM Shah Alam

Senarai di atas adalah senarai kejohanan besar yang pernah aku sertai untuk ping pong....manakala kejohanan bola tampar sekadar pertandingan dalaman....macam yang aku cakap tadi laaa, juz untuk suka-suka.....so pengalaman menyertai MSKPP dijadikan pengalaman baru...gementar, takut, nerbes, sumenye ada.....walau apa pun, aku masih berharap andainya tahun depan aku dapat menyertai pasukan ping pong kerana itulah right track aku.....tapi kita mampu berharap, selebihnya itu urusan Allah....andai Allah tak memakbulkan permintaan aku, ada hikmahnya yang aku tak nampak....tak semua permintaan kita akan dimakbulkan...sendainya tak dapat yang satu, syukurlah kerana masih banyak nikmat yang diberi walau kita tak pernah mintak...wallahua'lam...

Saturday, October 15, 2011

HATI TERUSIK...

Alhamdulillah minggu ini aku berpeluang pulang ke pangkuan family tercinta....kebetulan juga ada 2 walimah yang wajib dihadiri....hari jumaat 14/10/2011, anak sepupu yang kawen manakala hari Sabtu 15/10/2011 pula sepupu yang kawen....memang agak memenatkan sebab walimah berlangsung di 2 daerah yg berbeza....Dungun dan Kemaman....kalau hari jumaat aku bersama kakak dan anak-anak bergerak ke sana sebab mak dan abah terlebih awal ke sana untuk bantuan tenaga....manakala hari sabtu pula kami gerak satu kereta je sebab abah dah tak larat nak drive jauh....jam 9.00 pagi semua dah bersiap dan masuk dalam kete...abah request utk singgah ke rumah salah sorang warga felda...katanya isteri cikgu rosdi uzur sangat...aku tak bertangguh kerana kebetulan cikgu Edlin dan cikgu Rosdi juga merupakan bekas guruku....

Tiba di rumah orang tua cikgu Rosdi, aku segera menyalami cikgu Edlin yg juga merupakan bekas guru Bahasa Inggeris masa aku di sekolah rendah dulu....beliau mengidap parkinson....sekarang ni bergantung kpd ubat...tanpa ubat beliau tidak berupaya bangun atau berdiri.... beberapa kali aku menahan air mata supaya tidak gugur sewenang-wenangnya....sebak melihat keadaan cikgu Edlin...di akhir ziarah aku menyalami dan mencium tangan cikgu Edlin serta memeluknya sambil berkata... "cikgu, terima kasih kerana pernah mendidik saya dulu...akhirnya saya menjadi guru juga, berkat didikan cikgu...saya doakan cikgu terus diberi nikmat kesihatan selepas ni....." aku tau cikgu Edlin memandangku dengan senyuman dan aku juga tau die perasan mataku yang berkaca-kaca kerana sedih melihat keadaannya hari ini....

Aku lebih terseksa perasaan kerana melihat cikgu Edlin yang tidak pernah lekang dengan senyumannya.....hatiku cukup terusik...walaupun perbualan kami singkat tapi terkesan ke dasar sanubariku....cikgu Edlin merupakan salah sorang guru yg sangat dedikasi dengan tugas...beliau menjadi kesayangan pelajar-pelajarnya...mendidik dengan penuh kelembutan tapi dalam lembutnya ada tegasnya....melihat cikgu Edlin hari ini membuatkan aku terkenang kepada arwah cikgu Fauzi Agus yg merupakan guru matematik...arwah seorang yg sangat garang...aku di antara pelajar yg selalu didenda dan dirotan kerana melakukan kesilapan dalam kira-kira....tapi jauh di lubuk hatiku tidak pernah ada rasa dendam atau benci walau sekelumit pun...kerana didikan mereka maka hari ini aku menjadi 'seseorang'....

Cikgu Edlin....satu nama yang membuatkan emosiku terusik ketika memandu ke Kemaman tadi....aku bertekad selepas ni akan mengunjungi teratak cikgu Edlin dan cikgu Rosdi di Dungun sebagai tanda ingatanku....cikgu Edlin, restui aku dalam meniti arus dunia perguruan ini...suntikkan aku semangatmu yang sangat teguh ibarat gunung tertinggi di dunia.....berikan aku kekuatanmu menongkah dugaan duniawi....Cikgu Rosdi, aku kagumi kesabaranmu, kesetiaanmu, kelembutanmu dan kasih sayangmu buat cikgu Edlin...meskipun isterimu telah lama menderita kesakitan namun tidak kau tinggali dia atau abaikan dia...

Ya Allah, Kau berkati guru-guruku....berkati hidup mereka...Kau ampuni dosa-dosa mereka....limpahi mereka dengan kasih sayangMu..kuatkan dan satukan hati-hati mereka dalam keimanan kepadaMu...kau masukkan mereka dalam jannahMu yg paling agung....ya Allah sesungguhnya aku amat menyayangi guru-guruku...jasa mereka tidak terbalas...aku berhutang dengan mereka ya Allah, seumur hidupku.....Robbanaa aatinaa fiddunya hasanah..wafil aakhirotihasanatanwaqinaa "adzaabannnaar......


*Tiada ilustrasi y sesuai dipaparkan bagi menunjukkan emosiku kala ini...

Thursday, October 13, 2011

LAGI...

Malam tadi mengalami tido yg sangat lena selepas makan ubat batuk dan selesema....mimpi juga berulang lagi.....2 malam berturut-turut mimpi yang lebih kurang sama....kalau malam sebelum ni mimpi agak pelik dan panjang tapi kali ni mimpi yang singkat tapi penuh makna....dia hadir dalam mimpi dan menghadiahkan sebuah senyuman....sangat bermakna hingga masih terasa sisa senyuman itu masih berbaki walaupun roh sudah kembali ke alam realiti....meskipun hanya silent conversation tapi terasa segar....ku doakan dari jauh semoga dirinya diberkati...takpelah, andai masih ada cebisan kerinduan pasti layangan inatan akan menerpa diriku nanti....bukan aku menjauhkan diri, cuma takut kecewa bila setiap kali berharap dan harapan itu tidak tertunai......menunggu detik manis itu tiba....pasti tiba nanti...insyaAllah...


Sunday, October 9, 2011

PASTI...

Malam tadi, termimpikan seseorang....mimpi yang sangat panjang...pelik...terjaga je terus beristighfar....pastinya mainan syaitan....tapi yang pastinya juga saya amat merinduinya...dan saya juga pasti dia lupakan saya....takpelah....redha....


Thursday, October 6, 2011

BILA RASA ITU TIDAK KU TAHU...



Sukarnya nak mengungkapkan isi hati.....adakalanya aku tidak tahu apa yang ku rasai...aku tidak pasti apa yang sedang ditanggung....jika nak dikatakan hidupku tak tenteram, aku yakin dan pasti hidupku sangat tenang dan tidak lagi complicated...tak macam dulu....alhamdulillah dah 2 thn lebih kurasa hidupku lebih tenang berbanding dulu...mungkin juga faktor tanggungjawab yang digalas kini dah berlainan....

Adakah hidup ini kurasa seolah-olah kosong? juga tidak dapat kuberi jawapan itu...kerana ku sangat pasti tiap waktu yg berlalu sentiasa terisi dan terluang dengan detik-detik bahagia bersama Al-Kautsar di sisiku..... rasa kehilangankah? rasa kekurangankah? mungkin....rasa hilang sesuatu....ermmm sesuatu atau seseorang? dulu dekat di hati tapi kini menjauh...dan aku yakin bukan aku yg menjauh...takpelah, aku redha.... sebab seumur hidupku, tak pernah kupinta balasan baik bagi tiap tali ukhwah yg dihulur....andai tak berbalas juga syukur alhamdulillah...pasti ada sebab kan? cuma aku tak tahu apakah rasa yg sebenar yg sedang aku rasai....

Akhir-akhir ini seringkali hujan lebat dan ribut di waktu senja dan malam....seolah-olah seiring pulak dgn keributan di hati...cuma bezanya hujan ribut di hati segera reda sebaik sahaja melihat wajah Al-Kautsar di sisi...tiap malam pelukannya menenangkan dan mendamaikan....Hilang segala duka nestapa...hilang segala keributan...kerana Al-Kautsar di hatiku itu adalah segala-galanya, yg memberi erti....sebab itu aku tak dapat nak tafsirkan apa yang kurasakan sekarang....la baksa...Hanya Allah yg Maha Mengetahui...