Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Saturday, July 23, 2011

GELAGAT MANUSIA BIADAB

Sudah menjadi rutin, tiap kali pulang ke kampung, kalau mak atau abah atau kedua2nya nak shopping barang2 dapur, aku akan menjadi driver tetap....kebetulan pulang dari Bangi kali ini, abah menyuarakan hasrat nak ke bandar...katanya nak shopping barang2 dapur....lantas aku mempersiapkan diri dan juga irfan...manakala bonda pula tak ikut serta kerana kurang sihat...oleh itu kami keluar bertiga...memang seronok sesekali keluar bersama....sempat makan nasi ayam yang lazat di Gong Kapas dan bungkus untuk mak....namun, di sebalik keseronokan itu, terpalit sedikit kekecewaan...apa taknya, kecewa dengan gelagat pemandu yang biadab...mau je rasanya mulut ni menyumpah2..tapi minda segera mengawal... semasa memandu pulang, sememangnya aku perlu merentasi jalanraya yang sememangnya luas terbentang...jalan 2 lorong...5km pertama, aku berada di lorong kanan mengekori sebuah kereta myvi manakala sebuah unser berada di lorong kiri mengekori sebuah lori....tak semena-mena, unser tersebut cilok masuk ke lorong kanan sedangkan body myvi tersebut telah 1/2 berada di hadapan...terkejut mungkin, pemandu myvi tersebut segera memperlahankan kereta....abah yg berada di sebelah mengomel tanda tak puas hati....

10km berikutnya, aku berada di lorong kiri...selamat kufikir...kerana tiada niat utk speeding...kebetulan aku melihat ada satu simpang di sebelah kiri dan sedang menanti untuk keluar ialah sebuah kereta model sedan...tiada kenderaan di hadapan keretaku...manakala di lorong kanan pula terdapat unser dan juga beberapa buah kereta yang lain, berderetan....tiba2 tanpa kuduga, unser berkenaan sekali lagi mencilok sedangkan body keretanya berada 1/2 di hadapan keretaku...dengan pantas kukilas stereng kereta ke kiri tetapi tidak terlalu jauh ke kiri memandangkan terdapat sebuah kereta sedan menunggu di simpang kiri..dengan marahnya, tangan kutekan hon berulang kali dan panjang sebagai tanda marah dan juga amaran...namun apa yang kukesali, pemandu tersebut dengan biadabnya langsung tidak menghentikan perbuatannya malahan terus mencilok ke lorong kiri...sekali lagi abah mengomel tanda tak puas hati...beberapa saat ku tarik nafas panjang lantas kukejar pemandu biadab tersebut....aku juga melihat jarum meter keretaku mencecah 130km/j...sebaik sahaja aku berjaya memotong unser tersebut, lagi sekali ku picit hon sekuat-kuat hati..hajat hati nak buat brek mengejut di depan unser tersebut sebaik sahaja memotong...namun akal kewarasanku masih mampu mengawal amarah yg sedang beraja...

aku yakin dan hingga kini masih yakin bahawa pemandu tersebut sememangnya tidak akan merasa serik atau merasa bersalah di atas perbuatannya.....ya, memang aku pemandu perempuan tetapi aku tidak melakukan pemanduan secara melulu atau terlalu lembab sehingga menyulitkan pemanduan orang lain...walaupun kau pemandu lelaki, tetapi jangan sekali2 menunjukkan kejaguhanmu di jalanraya...kerana mungkin kesilapanmu akan menyebabkan nyawa org lain diragut....

kepada pemandu2 di luar sana, tolong jangan jadikan jalanraya ini sebagai litar anda kerana tindakan kamu itu mungkin mengundang padah buat pengguna jalanraya yg lain...kalau berlaku kecelakaan ke atas diri kamu akibat kecuaian diri sendiri, itu tidak mengapa..bagaimana andainya ada nyawa yang diangkat kerana kelalaian tersebut? dan bagaimana pula jika berlaku korban nyawa dalam kalangan ahli keluarga kamu sendiri akibat kecuaian pemandu lain? sama-sama fikirkan dan berubahlah.....

Friday, July 15, 2011

STATEMENT ORANG...

Tiba-tiba terfikir...tiba-tiba teringat...lantas tangan laju mencapai lappy kesayangan....sekadar cetusan minda bingkisan rasa.....dalam hidup ni pasti kita selalu mendapat respon spontan yang tidak dijangkakan, btl tak? adakalanya statement2 yang dibuat oleh org lain membuatkan kita terfikir...sebab kita tak pernah merasa diri kita macam tu tapi org berkata itulah kita....

Situasi 1
T: cikgu dr mana?
aku: SESTER
T: mengajar ape ye?
aku: (senyum)...saya tak ngaja..kaunselor...
T: ooo patut la..(senyum)
aku: (kerut kening)...kenapa ckp camtu?
T: (senyum)...sebab nampak always ready in wuteva situation....
aku: (senyum)...mungkin sbb byk deal dgn rmai org, byk mendengar n byk berfikir tu yg npk lbh berusia drp usia saya kot..(senyum)..
T: eh, bkn npk tua..sbnrnya npk matang dan berkeyakinan...wlpun duk di tpt baru tp karakter u npk meyakinkan...
aku: ....senyum....ketawa....???? (mode: berfikir)

Situasi 2
M: u sangat sesuai sgt jd lecturer...
aku: (kerut kening)...ye ke???
M: iye, btl..i ngan kwn i dh tgk kl u present or bcakap, ur style lbh sesuai jd lecturer...u ada karisma..
aku: (ketawa)....karisma kapoor ke?
M: eisyy! saya serious ni...u main-main plak..(senyum)...
aku: (senyum)...saya tak penah rasa camtu pun....kl duk kt dpn, nervous ada laa..
M: btl, my fren pn ckp bende yg sama...
aku: (senyum)...thanx

Situasi 3
ND: saya berterima kasih krn berpluang jpa org mcm cikgu..i nvr met any teacher like u..
aku: (senyum)...ermm?? mksud kamu?
ND: cikgu tlh membuatkan saya rs sangat dihargai dan disayangi...cikgu amat memahami jiwa remaja...
aku: (senyum)...kalau cgu xfaham remaja, xbolehlah cgu jd kaunselor (senyum)...
ND: terima ksh cgu..saya syg cikgu...
aku: (senyum)...sama-sama...

Situasi 4
G: ye cgu, nak beli apa?
aku: saya nk tengok2 je...(senyum)..
G: ermm maafkan saya..keje cikgu ke?
aku: (kerut kening)...mana tau saya ni cikgu?
G: (senyum)..ermm tgk gaya pn dah tau...
aku: (senyum)...mode: berfikir

Itulah sebahagian situasi yang aku pernah lalui..walhal aku tak pernah merasakan itulah diri aku....masih ada situasi-situasi lain yang tak dicatat di sini..tapi overall statement atau soalan yg diberi adalah lebih kurang aje sama....membuatkan aku terfikir.....muhasabah diri....ya Allah, andai itulah kekuatan dan kelebihan dan ia memberi manfaat kpdku, Kau kekalkanlah..andainya ia tidak benar dan atau tidak elok utk diriku, Kau lemparkannya jauh2....aku mencari redhaMu...satu yg sentiasa diingati..awaluddin ma'rifatullah...tiada satu sifat yg sempurna sesempurna sifatmu....wallahua'lam..

Monday, July 11, 2011

ALONE...

I need time for myself....so sorry dear frens, i deactivated my fb account juz temporary....i juz wana be alone...there are 2 persons only will be wit me during da silent tyme....juz need space for myself...so sorry...i'll come back...soon..


Tuesday, July 5, 2011

TOUCH MY HEART


Seumur hidup saya, banyak perkara yang boleh menarik pandangan...tapi hanya ada 1 yang benar2 masih melekat di hati sehingga kini...sukar nak digambarkan dengan kata-kata....ya, benar kata orang..."kenangan itu boleh ditinggalkan tapi ia tak mungkin dilupakan..."

Senang je Bukan mudah nak membuang sesuatu yg terpatri di hati dan terpahat kuat dalam ingatan....namun, untuk mengundur semula adalah mustahil sebab masa yg dah berlalu tidak akan kembali lagi...sekiranya peluang kedua masih ada, sayalah orang yang paling berbahagia di dunia ini...tapi saya tahu perkara itu takkan berlaku....biarlah...asalkan saya senang dan gembira hingga melompat-lompat  menjalani kehidupan sekarang...berhentilah berharap andainya itu menyakitimu tapi teruskan bermimpi andai itu dapat memberi rasa bahagia....

Monday, July 4, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BUKU OLEH ISTERI MB TERENGGANU

 Di mekap sebelum majlis

Bercakap psl 2 Julai 2011, rasanya 1Malaysia tau apa event pd hari berkenaan...hurmm larian 1Murid, 1Sukan, 1Guru...huhuhu yg bestnya saya tak pegi sebab ada majlis penyerahan buku di Taska Permata Keluarga...seawal jam 7.30am saya n irfan dah berada di Taska meskipun majlis bermula jam 8.30am....sebagai seorang ibu, saya merasa teruja bila mendapat tahu anak akan membuat persembahan pembukaan...bukan setakat kamera DSLR yg saya bawa, turut bersama ialah camcorder Sony kesayangan..kononnya nak record Irfan..hahahaha...tapi 15 minit sebelum To' Puan Seri Norliza sampai, tiba2 cikgu Huda datang n bgtau...

cikgu: xpelah kak, Irfan dah takmo wat persembahan..
umi: haaa?? (tunduk n bercakap dgn irfan)...kenapa ni syg? sian cikgu...pegi laa duk dgn kawan2...
irfan: irfan nak duk ngan umi je...
(sesi konsultasi berlangsung selama beberapa minit namun menemui jalan buntu kerana Irfan tetap enggan membuat persembahan...mungkin aku sedikit hampa tetapi tidak pula memarahi si anak..biarlah..takpe...)

Bilik tayangan..

Kami para ibu bapa dipecahkan kepada bilik-bilik aktiviti bersama-sama anak masing-masing dan saya ditempatkan di bilik multimedia...hurmm To' Puan Seri akan melawat ke bilik-bilik utk menyaksikan bengkel belajar sambil bermain....



Bilik yg saya duduk tu merupakan bilik terakhir lawatan To' Puan Seri Norliza lawati...mmg sgt menarik kerana guru mengajar menggunakan skrin layar interaktif yg sangat besar...seorang demi seorang kanak-kanak diberi peluang berulang-kali utk menekan butang pada skrin...ada gambar kereta, bas, basikal, feri dan sebagainya mengikut kategori (kenderaan di darat, air, udara dan awam)...

umi: Irfan nak tekan lagi tak?
irfan: nak..(angguk kepala)
umi: kalau irfan nak tekan lagi, bgtau cikgu ye..
Irfan: cikgu..cikgu..irfan nak..
(belum ada respon drp cikgu sbb cikgu huda tgh seronok melayan bdk2 di barisan hadapan..suasana aga bingit)
irfan: cikgu..cikgu..irfan pulak..
(masih belum ada respon jugak sbb cikgu huda tak dengar suara irfan)
irfan: cikgu..cikgu..cikgu..(sambil angkat tangan)....
(cikgu huda beralih drp paparan kenderaan di air ke paparan kenderaan di darat)
irfan: (meraung-raung sambil berguling-guling dengan disaksikan oleh To' Puan Seri Norliza, JK Puteri Umno dan pegawai2 YPKT)
cikgu: ehh knp irfan?
umi: irfan pgil cgu, die nk tekan dr td lagi..
cikgu: (cpt2 hulurkan pointer..peg YPKT tlg angkat Irfan n bawa ke depan)
*Irfan menekan semua kenderaan yang dikehendakinya...manakala To' Puan Sri Norliza dan semua yg ada dlm tu melontarkan ketawa geli hati

Ketika tamat sesi lawatan di bilik tersebut, To' Puan Seri Norliza mengagihkan sampul duit utk setiap kanak-kanak...Irfan salam n cium tangan...

To' Puan Seri: Sape nama td?
umi : Irfan...(senyum)..irfan, ckp trma kasih..
irfan: terima kasih
To' Puan Seri: ooo irfan...(sambil usap pale irfan dan tersenyum...

Ketika majlis penyerahan buku, sekali lagi aku rasa tercuit...selepas namaku diumum, aku tampil ke depan bersama-sama Irfan..lagi sekali Irfan menyalami To' Puan Seri...

To' Puan Seri: ni tadi namanya Irfan kan? )senyum)
umi : ye To' Puan Seri..(senyum dan angguk)

Hurmmm dalam 30 kanak-kanak di Taska tersebut, akhirnya To' Puan hanya mengingati nama Irfan...hanya kerana 1 insiden...hahahaha..selepas tamat majlis...

cikgu huda: Irfan, kenapa Irfan nangis tadi? sian cikgu, Irfan buat camtu...(senyum)
umi: hahaha dah berulang kali Irfan pgil cikgu tapi no respon..tu yg die ngamuk..
cikgu huda: dah laa cikgu menggigil td..Irfan buat camtu..sampai hati Irfan...(senyum+ketawa)...
irfan: (muka polos)...

Irfan dan Haikal

Akhirnya kami pulang ke rumah dengan 1000 kenangan manis =)

SUARA HATI

Ada orang kata selalu berangan tu tak bagus...ada juga orang kata mimpi siang selalunya jd nyata...ada pula orang kata mimpi di malam hari hanya mainan tidur....tapi yang pasti saya suka berangan..saya juga suka bermimpi...walau adakalanya mimpi-mimpi itu membuatkan saya penat setelah terjaga...kerana mimpi dikejar hantu atau mimpi melalui perjalanan atau pendakian yg sangat panjang/tinggi....berangan a.k.a khayal...saya suka kerana ia pendorong inspirasi...meskipun saya tahu tak semua yang kita angankan akan menjadi realiti...namun yang pasti, dihambat realiti lebih memenatkan......

Mencipta angan2 cukup mudah...tapi nak mengerjakannya bukan semudah yang dianggarkan...tiada satu makhluk pun yang tidak cinta pada keelokan, tidak cinta pada keindahan...tapi itu semua subjektif...sukar diukur..kerana tiap orang punya alat ukur tersendiri...yang elok di mata saya tak semestinya indah di mata orang lain..tapi walau apapun, saya tetap menyukai apa yang saya suka....
dan saya akan menyayangi apa telah saya perolehi....sebab melepaskan sesuatu yg telah digenggam lebih mudah daripada mempertahankannya....untuk melepaskannya hanya perlu masa 1 saat mungkin tidak sampai 1 saat pun...sebab itu saya akan sentiasa menghargai dan menyayanginya....
Juga kita tidak dapat elakkan diri daripada terus tertanya-tanya dan sentiasa ingin tahu....setiap jalan ada aturannya...tiap aturan pasti juga ada rencananya....rencana itu meskipun kita yang mengolahnya tapi jangan sesekali lupa bahawa yang berhak menentukan hanya Dia....selagi nyawa masih digalas, selagi itu kaki kan terus melangkah dan selama itu juga tangan akan terus melakari kanvas kehidupan dengan warna-warninya....
Bila hati berbicara.....

Si Kecil Yang Petah III

Saat-saat bahagia

Dah lama tak update blog...tetiba idea mencurah2 plak...hurmm lagi2 si Irfan yg mencuit hati...meskipun jadual yang agak padat sekarang, namun itu bukanlah batasan waktu utk aku bersama Irfan..aku akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan waktu yg berkualiti utk anakanda tercinta....sekarang ni Irfan dah pandai macam2....mulut mengalahkan org dewasa...baru-baru ni aku terpinga-pinga dengan muntahan kata2 Irfan...
Irfan : umi, makan setan dengan sayur...
Umi : erkk!! jgn ckp camtu sayang...xbaek...
Irfan : (terpinga-pinga).....makan setan dengan sayur laa..cikgu kate, makan setan dengan sayur...
Umi : ok ok nti umi tanya cikgu...(mode:berfikir apa sebenarnya)
Hari berikutnya aku menghantar Irfan ke TASKA dan berpeluang bertanya cikgu Huda (guru yang uruskan group Irfan)...
Umi: Maaf cikgu, saya nak tanya ni...Irfan ada cakap "makan setan dengan sayur"...boleh saya tau apa maksud die ckp camtu? dah puas saya fikir tp xdapat jawapan..
Cikgu Huda : Ekk!! Irfan ckp camtu? jap saya fikir..(berfikir)...(tiba-tiba ketawa)...ooo baru saya teringat...aritu saya ada bgtau kat bdk2 masa tengah makan..."jangan bercakap semasa makan...sape bercakap masa makan, dia makan sama-sama setan.."
Umi: (ketawa)...ooo mcm tu ceritanya..terima kasih...(senyum)...
seperti biasa, sang anak pantas menyalami umi dan tidak lupa juga ciuman di mulut...setelah itu, aku lihat Irfan ceria bersama-sama kawan2 di depan TV...Hi 5...(berlalu sambil tersenyum)...
Paling petah di sekolah...