Berlabuh sudah tirai 2012....banyak sekali lakaran pada kanvas kehidupan
tahun sudah...kini lembaran baru bermula...2012 menggamit 1001 kenangan,
pamitan 2013 membuai-buai...hati digamit pelbagai rasa...telah berusaha sedaya
mungkin menetapkan minda bagi menelusuri perjalanan 2013...yang pasti makin
besar onak n ranjau serta pancarobanya, sesuai dengan kematangan yang akan
bertambah selari dengan pertambahan usia...memasuki tahun baru bermakna usia
menginjak setahun ke hadapan, bermakna umur semakin tua..juga memberi erti diri
semakin hampir dengan kematian.....
Penghujung akhir tahun 2012 memalit kisah duka, seorang teman seperjuangan
yang telah kembali ke rahmatullah, pada Disember 2012....Januari 2013 pula
mengheret kisah duka dengan pemergian isteri kesayangan kepada sahabat
seperjuangan yang juga merupakan ketua UBK di SESTER....Ya Allah, sesungguhnya
Engkau tidak memerlukan sebab untuk mentakdirkan sesuatu itu berlaku...juga
tidak memerlukan alasan untuk menangguh-nangguh dalam urusan memakbulkan doa-doa
hamba-Mu....persoalannya, bersediakah kita???
Banyak yang bersarang dalam fikiran...namun tidak berdaya untuk
kuungkap...apa yg ada dalam fikiran, apa yag dirasai dalam hati, seolah-olah
‘wordless’ untuk diungkap....persoalan yang sering jelma dalam kotak fikiran
dalam tempoh beberapa hari ini apabila melihat 2 anak kecil yang menatap
jenazah ibunya...2 kanak-kanak yang berusia 5 & 3 tahun...usia yg sangat
mentah dan belum mengerti hakikat kehidupan..belum memahami kematian dan
kehidupan....Allahurabbi, bagaimana agaknya keadaan anakku seandainya aku
dipanggil mengadap Ilahi? Anak yang sangat jarang berenggang dgn
umminya...hatta mandi dan tidur pun masih damba umminya....hati tersentuh bila
bercakap tentang kematian...menangis-nangis si Irfan dan dengan linangan
airmata merayu Ummi janganlah mati, nanti Irfan nak tidur dengan sape? Hati dan
minda bekerja pantas memikir-mikirkan kondisi 4 anak kepada sahabat yang baru
sahaja kehilangan isteri.....Ya Robb, Engkau limpahkan segenap kasih sayangMu
kepada hamba-hambaMu itu, moga dengan rahmat mahabbahMu, maka hati-hati mereka
cekal dan tegar dengan kehilangan...moga hati-hati mereka erat dan bersatu dlm
1 dakapan ukhuwah yang takkan terlerai ilaljannah...kerana si isteri dan bayi
dalam kandungan sedang menanti suami dan juga bapa di pintu
syurga...bercerailah mereka di dunia, insyaAllah dengan izinMu mereka bersatu
di syurgaMu...
Ya Allah, terima kasih atas kurniaan rahmat dan nikmatMu di sepanjang tahun
2012....moga aku makin cekal dan tabah melalui pancaroba yang
melintang....sesungguhnya itulah tanda kasih sayangMu bagi memastikan
hamba-hambaMu tidak terus hanyut dengan tipu daya dunia.....Ahlan wasahla Tahun
Baru Hijrah, 2013.....marilah berhijrah menjadi hambaNya yang lebih
baik...wallahua’lam...