BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Saturday, July 23, 2011

GELAGAT MANUSIA BIADAB

Sudah menjadi rutin, tiap kali pulang ke kampung, kalau mak atau abah atau kedua2nya nak shopping barang2 dapur, aku akan menjadi driver tetap....kebetulan pulang dari Bangi kali ini, abah menyuarakan hasrat nak ke bandar...katanya nak shopping barang2 dapur....lantas aku mempersiapkan diri dan juga irfan...manakala bonda pula tak ikut serta kerana kurang sihat...oleh itu kami keluar bertiga...memang seronok sesekali keluar bersama....sempat makan nasi ayam yang lazat di Gong Kapas dan bungkus untuk mak....namun, di sebalik keseronokan itu, terpalit sedikit kekecewaan...apa taknya, kecewa dengan gelagat pemandu yang biadab...mau je rasanya mulut ni menyumpah2..tapi minda segera mengawal... semasa memandu pulang, sememangnya aku perlu merentasi jalanraya yang sememangnya luas terbentang...jalan 2 lorong...5km pertama, aku berada di lorong kanan mengekori sebuah kereta myvi manakala sebuah unser berada di lorong kiri mengekori sebuah lori....tak semena-mena, unser tersebut cilok masuk ke lorong kanan sedangkan body myvi tersebut telah 1/2 berada di hadapan...terkejut mungkin, pemandu myvi tersebut segera memperlahankan kereta....abah yg berada di sebelah mengomel tanda tak puas hati....

10km berikutnya, aku berada di lorong kiri...selamat kufikir...kerana tiada niat utk speeding...kebetulan aku melihat ada satu simpang di sebelah kiri dan sedang menanti untuk keluar ialah sebuah kereta model sedan...tiada kenderaan di hadapan keretaku...manakala di lorong kanan pula terdapat unser dan juga beberapa buah kereta yang lain, berderetan....tiba2 tanpa kuduga, unser berkenaan sekali lagi mencilok sedangkan body keretanya berada 1/2 di hadapan keretaku...dengan pantas kukilas stereng kereta ke kiri tetapi tidak terlalu jauh ke kiri memandangkan terdapat sebuah kereta sedan menunggu di simpang kiri..dengan marahnya, tangan kutekan hon berulang kali dan panjang sebagai tanda marah dan juga amaran...namun apa yang kukesali, pemandu tersebut dengan biadabnya langsung tidak menghentikan perbuatannya malahan terus mencilok ke lorong kiri...sekali lagi abah mengomel tanda tak puas hati...beberapa saat ku tarik nafas panjang lantas kukejar pemandu biadab tersebut....aku juga melihat jarum meter keretaku mencecah 130km/j...sebaik sahaja aku berjaya memotong unser tersebut, lagi sekali ku picit hon sekuat-kuat hati..hajat hati nak buat brek mengejut di depan unser tersebut sebaik sahaja memotong...namun akal kewarasanku masih mampu mengawal amarah yg sedang beraja...

aku yakin dan hingga kini masih yakin bahawa pemandu tersebut sememangnya tidak akan merasa serik atau merasa bersalah di atas perbuatannya.....ya, memang aku pemandu perempuan tetapi aku tidak melakukan pemanduan secara melulu atau terlalu lembab sehingga menyulitkan pemanduan orang lain...walaupun kau pemandu lelaki, tetapi jangan sekali2 menunjukkan kejaguhanmu di jalanraya...kerana mungkin kesilapanmu akan menyebabkan nyawa org lain diragut....

kepada pemandu2 di luar sana, tolong jangan jadikan jalanraya ini sebagai litar anda kerana tindakan kamu itu mungkin mengundang padah buat pengguna jalanraya yg lain...kalau berlaku kecelakaan ke atas diri kamu akibat kecuaian diri sendiri, itu tidak mengapa..bagaimana andainya ada nyawa yang diangkat kerana kelalaian tersebut? dan bagaimana pula jika berlaku korban nyawa dalam kalangan ahli keluarga kamu sendiri akibat kecuaian pemandu lain? sama-sama fikirkan dan berubahlah.....

0 comments: