BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Monday, July 14, 2014

TENANG DAN BAHAGIA

"IF YOU DO NOT FIND PEACE IN URSELF, U'LL NEVER FIND IT ANYWHERE ELSE"

Setiap orang berhak punyai banyak sebab untuk merasai bahagia dan tenang. Namun, ketenangan yang gagal dicari dalam diri sendiri takkan kita temui di mana-mana tempat sekalipun. Seandainya ketenangan itu diperolehi kerana 'seseorang' atau 'sesuatu', maka di mana ketenangan andai 'seseorang' atau 'sesuatu' itu tiada lagi.

Bahagia...iya, kita boleh jadi punya banyak sebab untuk merasa bahagia. Bahagia punya zuriat yang cerdik soleh...bahagia punya kehidupan yang stabil..bahagia didampingi insan tersayang...bahagia tiada konflik dan pertelingkahan...bahkan 1001 kebahagiaan lagi yang boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata....

Pokok pangkalnya adalah HATI...ia merupakan ibu atau kunci kepada segala rasa....perasaan seringkali mempengaruhi apa yang kita ingin lihat dan fikirkan....kacamata apakah yang ingin kita gunakan? besar mana kaca mata itu? segalanya berkait rapat dengan apa yang kita rasai...

Amat menyedihkan bukan, bagi golongan yang hanya ingin melihat apa yang ingin dia lihat...tanpa die mengambil-kira sisi lain juga.....ia juga bergantung kepada emosi....rasa kecewa remuk-redam menghalang akal fikiran daripada melihat kenyataan sebenar...maka layar keikhlasan boleh tenggelam dek pancaran hati dan akal fikiran yang tidak sirna. 

Duhai hati..bertabahlah...redhalah...insyaAllah jernih pandangan menerusi kacamata yang besar lagi berwarna-warni....duhai hati....

"Saya memang mempunyai banyak sebab untuk merasai bahagia yang sedang saya kecapi sekarang tetapi saya cukup bersyukur kerana ANDA adalah di antara salah satu sebab itu"

"Hadirnya seseorang mungkin tidak sebagai tempat bergantung tetapi ia lebih kepada pengalaman dan sebahagian daripada warna-warni kanvas kehidupan"



Sunday, March 2, 2014

RUTIN BAHARU

Alhamdulillah akhirnya coretan pertama tahun 2014 berjaya disiapkan...bukan tak nak update blog, cuma inchik MOOD yang menghilang selama setahun...terlalu banyak yang ingin diceritakan tapi tak terluah..tahun 2013 berlalu dengan cemerlang kerana banyak KPI tercapai...tahun 2014 dianggarkan banyak onak dan ranjau yang lebih mencabar..tambahan, insyaAllah September 2014 aku akan mendaftar sebagai pelajar Doktorate in Education (specialization in psychology) di UNiSZA...makin berganda-ganda laa cabaran dan dugaan menjadi pelajar sambil bekerja....tapi, HIDUP ADALAH PILIHAN...aku yang memilih jalan ini so langkah kaki kena cekal demi kelangsungan hidup...

Secara rasminya telahpun genap 2 bulan aku mendiami rumah baharu, menjalani kehidupan baharu bersama-sama anakanda tercinta....rutin harian sedikit berubah...yelah, dah tinggal di rumah baharu semestinya rutin membersih laman dan menghias belum berakhir...

Buah tangan pertama deco laman rumah-Taman Mini  Reflexo


Sekarang ni aku berada di stage menyemai benih pokok dan bunga....di antara yang baru disemai ialah Serai, daun pandan, bunga kertas (pink, putih & purple), pokok mempelam, limau kasturi dan beberapa jenis pokok lagi...i/Allah selepas pokok membesar dengan suburnya, aku akan tanam di laman rumah dan bunga-bunga akan dimasukkan dalam pasu...Hurmm cerita tentang kerja-kerja di laman rumah, tidak ketinggalan juga hiasan dalaman rumah...kabinet dapur still in progressing..kalau takde aral i/Allah akan dipasang kabinet hujung minggu ini...

Master bedroom 

Ruang Tamu


Irfan pun nampak happy....seronok dengan rutin baharu...sama-sama kemas rumah dan laman..sama-sama rehat depan tv...cuma masalahnya nak asingkan tempat tido belum berjaya hahaha...sebab irfan masih dengan habitnya, nak pegang tangan ummi tyme nak tido...

Okeylah dulu buat kali ni...i/Allah akan dihapdet cerita lain dalam masa beberapa hari ni...ada benda lain nak kena setel dulu...ok chaloooooo

Friday, January 25, 2013

BINGKISAN 2013


Berlabuh sudah tirai 2012....banyak sekali lakaran pada kanvas kehidupan tahun sudah...kini lembaran baru bermula...2012 menggamit 1001 kenangan, pamitan 2013 membuai-buai...hati digamit pelbagai rasa...telah berusaha sedaya mungkin menetapkan minda bagi menelusuri perjalanan 2013...yang pasti makin besar onak n ranjau serta pancarobanya, sesuai dengan kematangan yang akan bertambah selari dengan pertambahan usia...memasuki tahun baru bermakna usia menginjak setahun ke hadapan, bermakna umur semakin tua..juga memberi erti diri semakin hampir dengan kematian.....
 
Penghujung akhir tahun 2012 memalit kisah duka, seorang teman seperjuangan yang telah kembali ke rahmatullah, pada Disember 2012....Januari 2013 pula mengheret kisah duka dengan pemergian isteri kesayangan kepada sahabat seperjuangan yang juga merupakan ketua UBK di SESTER....Ya Allah, sesungguhnya Engkau tidak memerlukan sebab untuk mentakdirkan sesuatu itu berlaku...juga tidak memerlukan alasan untuk menangguh-nangguh dalam urusan memakbulkan doa-doa hamba-Mu....persoalannya, bersediakah kita???
 
Banyak yang bersarang dalam fikiran...namun tidak berdaya untuk kuungkap...apa yg ada dalam fikiran, apa yag dirasai dalam hati, seolah-olah ‘wordless’ untuk diungkap....persoalan yang sering jelma dalam kotak fikiran dalam tempoh beberapa hari ini apabila melihat 2 anak kecil yang menatap jenazah ibunya...2 kanak-kanak yang berusia 5 & 3 tahun...usia yg sangat mentah dan belum mengerti hakikat kehidupan..belum memahami kematian dan kehidupan....Allahurabbi, bagaimana agaknya keadaan anakku seandainya aku dipanggil mengadap Ilahi? Anak yang sangat jarang berenggang dgn umminya...hatta mandi dan tidur pun masih damba umminya....hati tersentuh bila bercakap tentang kematian...menangis-nangis si Irfan dan dengan linangan airmata merayu Ummi janganlah mati, nanti Irfan nak tidur dengan sape? Hati dan minda bekerja pantas memikir-mikirkan kondisi 4 anak kepada sahabat yang baru sahaja kehilangan isteri.....Ya Robb, Engkau limpahkan segenap kasih sayangMu kepada hamba-hambaMu itu, moga dengan rahmat mahabbahMu, maka hati-hati mereka cekal dan tegar dengan kehilangan...moga hati-hati mereka erat dan bersatu dlm 1 dakapan ukhuwah yang takkan terlerai ilaljannah...kerana si isteri dan bayi dalam kandungan sedang menanti suami dan juga bapa di pintu syurga...bercerailah mereka di dunia, insyaAllah dengan izinMu mereka bersatu di syurgaMu...
 
Ya Allah, terima kasih atas kurniaan rahmat dan nikmatMu di sepanjang tahun 2012....moga aku makin cekal dan tabah melalui pancaroba yang melintang....sesungguhnya itulah tanda kasih sayangMu bagi memastikan hamba-hambaMu tidak terus hanyut dengan tipu daya dunia.....Ahlan wasahla Tahun Baru Hijrah, 2013.....marilah berhijrah menjadi hambaNya yang lebih baik...wallahua’lam...

Wednesday, August 1, 2012

TRANSFORMASI UBK

Alhamdulillah setelah 2 minggu berhempas pulas bekerja untuk indahkan lagi UBK, akhirnya semua kerja penyelenggaraan dan hiasan dalaman telah selamat dijalankan...berkat kerjasama daripada rakan sejawat Kak Lotfiah serta dibantu oleh pembantu makmal, Puan Zainab.....rasa lebih tenang, aman dan tenteram dlm setting kerja yang kondusif....

 Bilik Pengurusan UBK (Kaunselor)

 Ruang Tamu Bilik Pengurusan (Kaunselor)

Ruang Tamu Luar 

Cantik tak? sentuhan 2 kaunselor wanita =)........lupa plak nak ambek gambar bunga tulip....kesemua kos kain untuk alas notice board, skirting semua meja, scallop notice board, meja-meja dan meja panjang bilik pengurusan, bunga-bunga, ribbons, karpet dan yg sewaktu dengannya berjumlah kira-kira RM1 000.00 secara kasarnya.....alhamdulillah pelajar-pelajar juga nampak lebih selesa bertandang ke UBK kerana keselesaan, kecantikan dan ketenangan yg ada di sini...lebih-lebih lagi ada a/cond =)....

Merasmikan perpindahan ke bilik baru ini beserta siap menghiasnya, sempat juga aku bergambar dengan anakanda kesayangan.....bersamaan dengan meraikan penurunan berat badanku sebanyak 5kg hehehehe...semoga target berat badan untuk raya tercapai dengan jayanya....salam ramadhan buat semua, semoga ramadhan al-mubarak ini penuh barokah warohmah...mudah2an kita semua berada dalam mawaddah Ilahi.....












Thursday, May 10, 2012

RUMAH PERTAMAKU

Gambar Hiasan (Semi D)
Alhamdulillah semester 5 dah berakhir...it means, no more classes, no more assignments and no more quiz/test...tapi masih ada tugas yang perlu setel...penulisan kertas projek bab 1-3 masih perlu diperbaiki...banyak lagi proses yang perlu dilakukan untuk menyiapkan penulisan kertas projek...perlu dihabiskan sebelum berakhir julai 2012 kerana pihak senat uum akan bermesyuarat bagi menentukan kelayakan konvokesyen pada Oktober 2012 nanti di Sintok, insyaAllah....

Sedar tak sedar, diam-diam masa berlalu...kini dah nak masuk pertengahan Mei....bermakna telah sebulan lebih urusan mencari rumah untuk dibeli...proses tinjauan, pemerhatian dan penilaian yang cukup memeritkan...penat...tapi puas hati...hajat hati nak cari rumah yang bukan bertaraf banglo besar...sekadar untuk didiami bersama-sama anakanda kesayangan...penat meninjau ke merata tempat, segala aspek diambil kira...di antaranya :
  1. Lokasi tapak rumah
  2. Harga keseluruhan rumah
  3. Harga guaman
  4. Nilai pinjaman yang akan dipohon (agar tidak membebankan potongan bulanan)
  5. Aksesori yang disediakan oleh kontraktor/pemaju
  6. Baki bersih pinjaman (untuk tempah grill dan juga perabot)
Dalam masa sebulan terlalu banyak perkara yang dipelajari....perancangan, pengurusan..segalanya memang memeningkan...tapi adat belajar, tak tahu kene bertanya...so banyak juga sumber yang dirujuk...banyak juga pendapat yang diterima....cuma yang perlu dilakukan ialah mengesahkan sumber dan seterusnya membuat keputusan...alhamdulillah, berkat asuhan sejak dulu lagi, dah memang terdidik untuk membuat pertimbangan dan keputusan, maka semuanya dilalui dengan lapang hati....inilah hasilnya:
  1. Rumah Semi D berkembar gaya kontemporari RM220 000.00 (3 bilik 2 bilik air)
  2. Keluasan tanah 370m2, keluasan tapak rumah 1350 sqft
  3. Accessories  (Auto Gate, Sliding door beserta grill, Downlights dlm rumah, pemanas air bagi 2 bilik air, Siling kapur, Bata merah untuk binaan rumah)
  4. Letrik 3 phase (Plug point bagi 3 unit a/cond di master bedroom, 2 bedrooms dan living room)
  5. Porch boleh masuk 2 buah kereta
  6. Bukaan sisi kanan rumah 20ft dan bukaan depan 20ft
  7. Keluasan ruang tamu anggaran 16ft
  8. Dijangka siap sepenuhnya pada Januari/Februari 2013
Banyak pilihan yang aku ada tapi setelah mempertimbangkan semuanya, aku berpendapat inilah pakej terbaik yang aku dapat....lagipun rumah ni bukanlah permanently aku tinggal di situ...ada hajat lain yang lebih besar lagi....after tamat Sarjana, aku berkeinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Kedoktoran...mudah-mudahan suatu hari nanti aku akan bergelar pensyarah atau pegawai psikologi di UNiSZA atau UMT....

Berkat sokongan dan juga doa daripada ibu bapa, aku mengharapkan tiada masyaqqah yang boleh mengganggu kelancaran proses memiliki rumah yang sempurna (bagi diriku dan Irfan)...mudah-mudahan juga "Rumah Pertamaku" ini akan membawa sejuta kerahmatan dan kebahagiaan buat diriku...amin...

SEJUK HATI UMMI



Semester lepas dikejutkan sikit dengan ujian kecil....akibat kemalangan kecil, kaki kiri mengalami kecederaan ringan...meskipun sedikit sahaja nikmat Allah tarik, namun aku tidak mampu bergerak seperti biasa....menurut doktor, kakiku mengalami "soft tissue injury" di kawasan sekitar pergelangan kaki hingga menyebabkan buku lali dan kawasan sekitarnya membengkak...kaki nampak sedikit sembab....sekarang ni aku dapat mc 3 hari (18-20/3) dan terpaksa menggunakan tongkat bagi mengelakkan pressure di tempat yg injured....namun semua kuharungi dengan tabah dan senang hati....tiada sikitpun buruk sangka pada Allah...kerana bagiku ujian ini hanya sepicing drp nikmat yang dianugerahkan padaku meskipun tanpa kupinta....

Namun dalam tempoh ini, hatiku banyak kali tersentuh dengan gelagat si kecil yang telah genap usianya 4 tahun pada 6/5/2012 ini....meskipun masih kecil, tapi sikap prihatin dan tanggungjawab Irfan sesekali menyentuh dasar hati seorang ibu....sejak diberitakan aku mengalami kemalangan kecil, terus airmata Irfan mengalir dan memeluk neneknya kerana berdukacita....kemudian, after berehat dan tidur, aku terjaga semasa azan maghrib...hajat hati nak ke tandas utk urus diri namun sebaik sahaja kaki kiri berpijak, aku hampir terduduk....dgn terhencot2 menahan kesakitan, akhirnya keluar dari tandas menyebabkan aku terduduk di atas katil krn kesakitan yg teramat sangat...teresak2 sendiri....akhirnya mulut memanggil Irfan...segera si anak berlari masuk bilik...sebaik sahaja melihat aku menangis teresak2 kerana sakit, Irfan terus menangis dan memanggil neneknya....mmg tidak dapat kutahan kesakitan pada waktu itu....segera aku dihantar ke klinik...Irfan juga bersusah-payah ingin menolak kerusi roda dan tolong buka-tutup pintu klinik....

Sepanjang berada di rumah, Irfan sgt sensitif dengan keperluan aku....pantang aku nak bergerak, die akan segera ambilkan aku tongkat....then sedia menunggu di pintu tandas sekiranya diminta menghantar tuala dan juga kain....dah siap mandi, Irfan juga yang menghulurkan deodorant dan baju utk aku....

Bayangkan, usianya 3 tahun 10 bulan (pada masa itu) dah pandai menguruskan umminya...juga sgt sensitif dengan keupayaan dan keperluan ummi....tido malam juga irfan tidak lagi lasak...manakala susu juga sudah pandai buat sendiri......mudah-mudahan Irfan menjadi anak soleh yang mampan tiang agamanya, luhur budi pekertinya....moga di suatu hari nanti Irfan juga sebahagian drp cendekiawan Islam yang memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara...amin

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH....

Maha Suci Allah....Segala puji bagi Allah....sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya....Sejurus mengetahui keputusan peperiksaan semester 5, aku merafa'kan kesyukuran kepadaNya di atas nikmat dan rahmat daripadaNya....memang sangat tidak dijangka.....kerana sesungguhnya ujian demi ujian yang bertubi-tubi, akhirnya hasil yang diperolehi sangat mengujakan....Sesungguhnya Dia menguji kerana sayangkan hambaNya...dan sesungguhnya bagi orang-orang yang sabar, untuknya sebaik-baik ganjaran...alhamdulillah Ya Robb =)