BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Monday, February 6, 2012

KERANA TERLALU PERCAYA


Kata orang tua, "Kalau orang memberi kita merasa, Kalau orang berbudi kita berbahasa"....dalam kesibukan mengejar hari, menghabiskan hari demi hari dengan kerja-kerja hakiki, sesekali hati terusik...Pantai mana yang tidak dihempas ombak...lautan mana yang tidak bergelora....menguruskan kerjaya dan anak di samping terjahan onak ranjau kehidupan sesekali mencabar kekuatan emosi dan juga spiritual....

Abah selalu berpesan, "Jangan terlalu percayakan kawan"....mungkin pesanan itu kuabaikan...mendengar ibarat angin lalu, umpama curahan air ke daun keladi....mungkin juga kerana empati yg terlalu tinggi sehingga membuatkan rasa ingin menolong itu sangat tinggi...tapi benar juga kata orang, adakalanya hati yang baik ini menjadi mangsa ibarat "Melepaskan anjing tersepit".....pertolongan yang dihulur umpama susu dibalas tuba....

Maaflah,  mungkin terlalu banyak peribahasa yang diungkapkan entry kali ini....hati benar-benar ralat...benar-benar tersinggung...benar-benar tersentuh.....rasa sakit...juga gelisah....hanya kerana niat nak membantu rakan yg dalam kesusahan, akhirnya aku sendiri yang terpelecok....bukan lagi terseliuh urat, tapi sendi juga turut terkehel....hati mendesah....jiwa tidak tenteram...

Ya Allah, aku yakin dengan kuasa-Mu....aku percaya dengan segala ketentuan-Mu....aku benar-benar tau dan percaya bahawa sekecil-kecil kejadian yg Engkau takdirkan tersembunyi 1001 hikmah, pasti ada sebab-musabab....kuatkan imanku Ya Allah, cekalkan semangatku....moga aku tidak rebah dengan bisikan syaitan yg sentiasa mencuri ruang di dalam hati yg paling longgar rongga-rongganya....moga-moga bisikan di telingaku adlaah bisikan Malaikat yg sentiasa menyeru ke arah kebaikan...

Ampuni dia Ya Allah, lembutkan hatinya supaya tidak berlaku zalim terhadap orang yang berniat ikhlas untuk membantu....Pasrah bukan bermakna aku menyerah kerana aku tau Engkau tidak suka hamba-hamba-Mu yang dengan mudah menyerah tanpa usaha yang sewajarnya......