Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Sunday, January 1, 2012

EPISOD BARU 2012

Alhamdulillah tirai 2011 telah berlabuh...kini langkah diorak menelusuri denai 2012....mungkin di luar sana ramai yg telah memasang azam baru...namun bagiku tiap hari juga boleh ditanam keazaman...dalam bahasa mudahnya, aku menggariskan proses transformasi diri bagi sepanjang tahun 2012...hahaha mungkin itu adalah 'niche area' secara kasarnya....akan kubina NKRA bagi setiap perkara yg ingin ditransformasikan...hehe bercakap mengalahkan Datin Seri Hajah Rose plak, NKRA bagai...hahaha...tapi sebenarnya bila bercakap tentang transformasi, ia tidaklah semudah diungkapkan....kerana tiap niat ke arah kebaikan pasti akan diuji....apabila kita berkata "aku berazam tak nak jadi panas baran" maka Allah akan datangkan pelbagai ujian yg memungkinkan kemarahan itu maujud....adakah Allah itu tidak adil? Jawapannya tidak...kerana mat salleh pun ada cakap "practice makes perfect"...maka sudah tentulah ujian demi ujian diberi sbg latih tubi ke arah perubahan yang diingini...


Allah juga ada berfirman...
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri”
(Ar-Ra’d: 11)
Adapun bagi orang-orang beriman, " (iaitu) Mereka yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik di antaranya. Merekalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan merekalah orang-orang yang berakal, ” (Azzumar: 18). .
“Allah telah menurunkan sebaik-baik kalam iaitu al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit-kulit orang-orang yang takutkan Tuhan mereka kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki,” (Azzumar: 23).
Firman Allah di atas boleh diperincikan bahawa kita memerlukan perancangan bagi melalui fasa-fasa perubahan yang diinginkan....kerana usaha mengubah nasib tidak diperincikan dengan jelas, namun akal yang jauh wawasannya boleh memperincikan bahawa untuk berjaya dalam perubahan perlu kepada perancangan dan pelan tindakan...juga perlukan kepada back up plan....semua ini boleh dikaitkan dengan usaha bersungguh-sungguh, kekuatan dan kecekalan hati, semangat yang jitu di samping doa dan juga tawakal.....laluan yang bakal kita lalui tidaklah semudah ABC tetapi seandainya hati dan akal mengatakan boleh, i/Allah semuanya akan dicernakan dalam bentuk tindakan....
Selain itu, ayat -ayat diatas jelas membuktikan bahawa apa cara sekalipun usaha perlu datang dari diri kita untuk mencintai Al quran kerana kesan Al-Quran terhadap mereka adalah kesan yang positif pada setiap masa, ia mengubah diri mereka daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain serta mendorong diri mereka untuk berhias dengan akhlak-akhlak yang mulia lagi terpuji. Memang benar semua yang ada di muka bumi ini, semuanya dalam lingkungan ilmu Allah. Amal soleh, ajal maut, rezeki dan segalanya sudah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali. Jika ia tidak berlaku maka ternafilah ilmu Allah. Namun demikian, adakah ia bermakna kita perlu meninggalkan semua asbab? Adakah kita mesti menolak semua wasilah untuk mencapai matlamat kita? Sama-sama kita fikirkan....

Adakah perlu jadi begini?


Atau begini???????

Atau mungkin beginikah???