Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Monday, August 1, 2011

RASA MUSYKIL

Salam ramadhan...semoga kedatangan ramadhan kareem ini akan benar2 menyucikan diri dan jiwa kita....semoga hati kita sentiasa terpanggil untuk bermunajat kepadanya...semua syaitan dan iblis la'natullah telah diikat, dirantai...justeru itu tiada lagi halangan untuk mengerjakan amal ibadah, kan?

Hatiku merasa terpanggil...setelah menonton filem PAPADOM malam tadi...aku pun tak tahu kenapa...memang sejak dulu lagi, apa sahaja perkara yang berkait ibu bapa, mudah benar hatiku tercuit...cepat benar airmata ini mengalir...mungkin juga aku dah berpengalaman melahirkan seorang zuriat lelaki secara normal...kepayahan dari saat mengandung, melahirkan dan membesarkan sedikit-sebanyak meruntun hatiku tentang pengorbanan ibu bapaku terhadap diriku....hatiku terusik bila melihat gelagat anak-anak zaman sekarang....bukankah di dalam Al-Quran telah dinyatakan :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).



Cuba lihat senarai di bawah dan fikirkan, adakah ia membawa kpd dosa atau tidak??
  1. Tidak menjawab apabila ditanya oleh ibu/bapa
  2. Menguncikan diri di dalam bilik meskipun dipanggil berulang kali
  3. Bermuka masam/memalingkan muka (kerana amarah)
  4. Menjawab sehingga mengguris hati ibu/bapa
  5. Meninggi suara dengan ibu/bapa
  6. Mengguris hati ibu/bapa dengan perbuatan/suara

Senarai di atas di antara picisan perkara yang sering ditonton pada hari ini, dilakukan oleh golongan anak.....semoga anak-anak yang berada di luar sana, termasuk diriku, segera bertaubat dan memohon keampunan drp ibu bapa dan berjanjilah kpd diri sendiri bahawa perbuatan tersebut tidak akan diulangi lagi...masih ingatkah kalian tentang kisah seorang anak yang tekun mengerjakan solat sunat sehingga tidak menghiraukan panggilan ibunya dari luar rumah? meskipun banyak amal ibadatnya, namun sekali hati ibu terguris, maka si anak berhadapan dengan kesukaran untuk melafazkan kalimah syahadah sehinggalah ibunya mengampunkan dosa-dosanya...

Na'udzu billahimin dzaalik...semoga diriku dan anakku terpelihara drp sikap sedemikian...keutamaan ibu/bapa dapat kita lihat menerusi hadith-hadith dan juga firman Allah di dalam Al-Quran....bahkan banyak juga kisah2 teladan yg dapat kita jdkan pedoman....semoga hati kita tidak pernah lagha drp mengutamakan ibu/bapa....Allah tetap yang terutama...Nabi dan rasul juga yang teratas...namun ibu bapa merupakan kunci untuk kita ke syurga.....amal ibadat yang menggunung tinggi takkan dipandang Allah krn redha ibu bapa adalah redha Allah jua....ibu menjaga kita dlm kandungan selama 9 bulan 10 hari....ibu bapa membesarkan kita sehingga sanggup mengorbankan kehendak peribadi asalkan anaknya mbesar dengan sihat dan menjadi anak pintar cerdas...hitunglah usia kita sekarang...berapa lama kita bergantung hidup kpd ibu bapa...berpuluh2 tahun....tapi kenapa kita tak mampu bersabar dengan karenah ibu bapa yang hanya picisan drp usia kita hidup.....kita tak mampu sabar jika dimarahi walau tidak melakukan kesalahan....kerana masa lampau kita, masa kecil kita, tak pernah kita sedari...krn masa lampau itu sangat jauh...tapi kene ingat, yang dekay itu kematian....berubahlah sebelum malaikat maut datang menjemput...jangan nanti kita atau ibu atau bapa yang dipanggil pulang mengadapNya, kita masih mempunyai hutang dengan mereka....wallahua'lam...