Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Saturday, October 15, 2011

HATI TERUSIK...

Alhamdulillah minggu ini aku berpeluang pulang ke pangkuan family tercinta....kebetulan juga ada 2 walimah yang wajib dihadiri....hari jumaat 14/10/2011, anak sepupu yang kawen manakala hari Sabtu 15/10/2011 pula sepupu yang kawen....memang agak memenatkan sebab walimah berlangsung di 2 daerah yg berbeza....Dungun dan Kemaman....kalau hari jumaat aku bersama kakak dan anak-anak bergerak ke sana sebab mak dan abah terlebih awal ke sana untuk bantuan tenaga....manakala hari sabtu pula kami gerak satu kereta je sebab abah dah tak larat nak drive jauh....jam 9.00 pagi semua dah bersiap dan masuk dalam kete...abah request utk singgah ke rumah salah sorang warga felda...katanya isteri cikgu rosdi uzur sangat...aku tak bertangguh kerana kebetulan cikgu Edlin dan cikgu Rosdi juga merupakan bekas guruku....

Tiba di rumah orang tua cikgu Rosdi, aku segera menyalami cikgu Edlin yg juga merupakan bekas guru Bahasa Inggeris masa aku di sekolah rendah dulu....beliau mengidap parkinson....sekarang ni bergantung kpd ubat...tanpa ubat beliau tidak berupaya bangun atau berdiri.... beberapa kali aku menahan air mata supaya tidak gugur sewenang-wenangnya....sebak melihat keadaan cikgu Edlin...di akhir ziarah aku menyalami dan mencium tangan cikgu Edlin serta memeluknya sambil berkata... "cikgu, terima kasih kerana pernah mendidik saya dulu...akhirnya saya menjadi guru juga, berkat didikan cikgu...saya doakan cikgu terus diberi nikmat kesihatan selepas ni....." aku tau cikgu Edlin memandangku dengan senyuman dan aku juga tau die perasan mataku yang berkaca-kaca kerana sedih melihat keadaannya hari ini....

Aku lebih terseksa perasaan kerana melihat cikgu Edlin yang tidak pernah lekang dengan senyumannya.....hatiku cukup terusik...walaupun perbualan kami singkat tapi terkesan ke dasar sanubariku....cikgu Edlin merupakan salah sorang guru yg sangat dedikasi dengan tugas...beliau menjadi kesayangan pelajar-pelajarnya...mendidik dengan penuh kelembutan tapi dalam lembutnya ada tegasnya....melihat cikgu Edlin hari ini membuatkan aku terkenang kepada arwah cikgu Fauzi Agus yg merupakan guru matematik...arwah seorang yg sangat garang...aku di antara pelajar yg selalu didenda dan dirotan kerana melakukan kesilapan dalam kira-kira....tapi jauh di lubuk hatiku tidak pernah ada rasa dendam atau benci walau sekelumit pun...kerana didikan mereka maka hari ini aku menjadi 'seseorang'....

Cikgu Edlin....satu nama yang membuatkan emosiku terusik ketika memandu ke Kemaman tadi....aku bertekad selepas ni akan mengunjungi teratak cikgu Edlin dan cikgu Rosdi di Dungun sebagai tanda ingatanku....cikgu Edlin, restui aku dalam meniti arus dunia perguruan ini...suntikkan aku semangatmu yang sangat teguh ibarat gunung tertinggi di dunia.....berikan aku kekuatanmu menongkah dugaan duniawi....Cikgu Rosdi, aku kagumi kesabaranmu, kesetiaanmu, kelembutanmu dan kasih sayangmu buat cikgu Edlin...meskipun isterimu telah lama menderita kesakitan namun tidak kau tinggali dia atau abaikan dia...

Ya Allah, Kau berkati guru-guruku....berkati hidup mereka...Kau ampuni dosa-dosa mereka....limpahi mereka dengan kasih sayangMu..kuatkan dan satukan hati-hati mereka dalam keimanan kepadaMu...kau masukkan mereka dalam jannahMu yg paling agung....ya Allah sesungguhnya aku amat menyayangi guru-guruku...jasa mereka tidak terbalas...aku berhutang dengan mereka ya Allah, seumur hidupku.....Robbanaa aatinaa fiddunya hasanah..wafil aakhirotihasanatanwaqinaa "adzaabannnaar......


*Tiada ilustrasi y sesuai dipaparkan bagi menunjukkan emosiku kala ini...

No comments:

Post a Comment