BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Wednesday, September 14, 2011

SAUNA, BEKAM & MASSAGE

Dah beberapa hari rasa lesu...rasa serba tak kena....susah nak lelapkan mata...gelisah di peraduan......sebelum ni rasa masih mampu menahan...namun tidak untuk hari ini.....rasa sangat tidak tertanggung...ketika tiba di rumah selepas tamat kerja, jam baru menunjukkan angka 5.00 ptg...sebenarnya waktu terawal untuk minggu ini....beban kerja sentiasa bertokok....hasrat hati ingin mengambil masa lelap seketika kerana perlu hadir ke sekolah pada malamnya...namun kegelisahan meruntun hati dan anggota badan bingkas tegak berdiri...dengan segera menukar pakaian yang sesuai untuk keluar....bertemankan anakanda kesayangan, maka menyusurlah TAL3126 di jalanraya....untuk satu tujuan destinasi...iaitu "Beuty Saloon Centre"...

Jam 6.30pm bermulalah pengalaman baru...dimulakan dengan mandi wap, diikuti dengan bekam angin dan akhir sekali massage....pengalaman baru yang menyeronokkan serta sedikit memeritkan...hahahaha...perit sebab badan mmg banyak angin dan peranakan berada di bawah...memang sangat sakit sampai rasa macam kekejangan sewaktu peranakan diangkat naik ke atas semula....alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan syukur juga kerana badan terasa ringan dan lebih bertenaga....mudah-mudahan lepas ni dah takde lagi kesakitan pada tumit kaki....

Aku masih ada 2 kali sesi lagi...kali ni aku pilih 3 sesi dengan bayaran RM100.00 sahaja...kalau satu sesi bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50...so aku dah jimat RM50 untuk sesi ketiga....Mudah-mudahan diberi kesihatan yang lebih baik untuk melaksanakan tugas...


0 comments: