Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Monday, July 4, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BUKU OLEH ISTERI MB TERENGGANU

 Di mekap sebelum majlis

Bercakap psl 2 Julai 2011, rasanya 1Malaysia tau apa event pd hari berkenaan...hurmm larian 1Murid, 1Sukan, 1Guru...huhuhu yg bestnya saya tak pegi sebab ada majlis penyerahan buku di Taska Permata Keluarga...seawal jam 7.30am saya n irfan dah berada di Taska meskipun majlis bermula jam 8.30am....sebagai seorang ibu, saya merasa teruja bila mendapat tahu anak akan membuat persembahan pembukaan...bukan setakat kamera DSLR yg saya bawa, turut bersama ialah camcorder Sony kesayangan..kononnya nak record Irfan..hahahaha...tapi 15 minit sebelum To' Puan Seri Norliza sampai, tiba2 cikgu Huda datang n bgtau...

cikgu: xpelah kak, Irfan dah takmo wat persembahan..
umi: haaa?? (tunduk n bercakap dgn irfan)...kenapa ni syg? sian cikgu...pegi laa duk dgn kawan2...
irfan: irfan nak duk ngan umi je...
(sesi konsultasi berlangsung selama beberapa minit namun menemui jalan buntu kerana Irfan tetap enggan membuat persembahan...mungkin aku sedikit hampa tetapi tidak pula memarahi si anak..biarlah..takpe...)

Bilik tayangan..

Kami para ibu bapa dipecahkan kepada bilik-bilik aktiviti bersama-sama anak masing-masing dan saya ditempatkan di bilik multimedia...hurmm To' Puan Seri akan melawat ke bilik-bilik utk menyaksikan bengkel belajar sambil bermain....



Bilik yg saya duduk tu merupakan bilik terakhir lawatan To' Puan Seri Norliza lawati...mmg sgt menarik kerana guru mengajar menggunakan skrin layar interaktif yg sangat besar...seorang demi seorang kanak-kanak diberi peluang berulang-kali utk menekan butang pada skrin...ada gambar kereta, bas, basikal, feri dan sebagainya mengikut kategori (kenderaan di darat, air, udara dan awam)...

umi: Irfan nak tekan lagi tak?
irfan: nak..(angguk kepala)
umi: kalau irfan nak tekan lagi, bgtau cikgu ye..
Irfan: cikgu..cikgu..irfan nak..
(belum ada respon drp cikgu sbb cikgu huda tgh seronok melayan bdk2 di barisan hadapan..suasana aga bingit)
irfan: cikgu..cikgu..irfan pulak..
(masih belum ada respon jugak sbb cikgu huda tak dengar suara irfan)
irfan: cikgu..cikgu..cikgu..(sambil angkat tangan)....
(cikgu huda beralih drp paparan kenderaan di air ke paparan kenderaan di darat)
irfan: (meraung-raung sambil berguling-guling dengan disaksikan oleh To' Puan Seri Norliza, JK Puteri Umno dan pegawai2 YPKT)
cikgu: ehh knp irfan?
umi: irfan pgil cgu, die nk tekan dr td lagi..
cikgu: (cpt2 hulurkan pointer..peg YPKT tlg angkat Irfan n bawa ke depan)
*Irfan menekan semua kenderaan yang dikehendakinya...manakala To' Puan Sri Norliza dan semua yg ada dlm tu melontarkan ketawa geli hati

Ketika tamat sesi lawatan di bilik tersebut, To' Puan Seri Norliza mengagihkan sampul duit utk setiap kanak-kanak...Irfan salam n cium tangan...

To' Puan Seri: Sape nama td?
umi : Irfan...(senyum)..irfan, ckp trma kasih..
irfan: terima kasih
To' Puan Seri: ooo irfan...(sambil usap pale irfan dan tersenyum...

Ketika majlis penyerahan buku, sekali lagi aku rasa tercuit...selepas namaku diumum, aku tampil ke depan bersama-sama Irfan..lagi sekali Irfan menyalami To' Puan Seri...

To' Puan Seri: ni tadi namanya Irfan kan? )senyum)
umi : ye To' Puan Seri..(senyum dan angguk)

Hurmmm dalam 30 kanak-kanak di Taska tersebut, akhirnya To' Puan hanya mengingati nama Irfan...hanya kerana 1 insiden...hahahaha..selepas tamat majlis...

cikgu huda: Irfan, kenapa Irfan nangis tadi? sian cikgu, Irfan buat camtu...(senyum)
umi: hahaha dah berulang kali Irfan pgil cikgu tapi no respon..tu yg die ngamuk..
cikgu huda: dah laa cikgu menggigil td..Irfan buat camtu..sampai hati Irfan...(senyum+ketawa)...
irfan: (muka polos)...

Irfan dan Haikal

Akhirnya kami pulang ke rumah dengan 1000 kenangan manis =)

No comments:

Post a Comment