Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Friday, April 29, 2011

SEDIH TAPI BANGGA

Kejohanan Bola Tampar Daerah KTS baru saja melabuhkan tirai....ada suka...ada duka...suka-kerana buat tahun ke-4, sester mara ke final dan 3 tahun berturut-turut bertemu smkbb di final...bermakna 3 thn berturut-turut juga sester kalah di tangan smkbb...

walaupun kalah, aku berbangga dengan pencapaian pemain-pemainku...hatiku tidak lagi ralat kerana mjadi naib johan thn ni...sebab aku mempunyai barisan pemain yang hanya 1 thn lebih berada di sekolah ini, tdk seperti sekolah2 lain yg mempunyai ambilan pelajar dr ting 1-5...aku juga berbangga krn wlpun kami tidak mempunyai barisan pelapis, kami mampu ke final lagi sekali...

cuma sedikit kecewa sebab tidak mampu menyekat kemaraan smkbb buat tahun ke-3....tak mengapa..sekurang2nya aku tahu aku mempunyai sebuah pasukan yg sangat bagus...aku punya setter dan juga spiker....

tahun depan...belum pasti lagi sama ada akan meneruskan tugas menerajui pasukan bola tampar atau tidak....bukan kecewa...tetapi terasa ingin beralih angin...ingin mengecapi tugas lain...sbb aku sukakan cabaran....namun apa keputusannya blm dpt dipastikan sehingga masa itu tiba...

Sedih kerana kalah tetapi BANGGA dengan kegigihan para pemain.....syabas VB SESTER GIRL TEAM...love u all

2 comments: